Friday, October 8, 2010

MIMBAR JUMAAT

Wasiat LUQMAN AL-HAKIM kepada IBUBAPA ___________________

Untuk lebih detail; rujuk terjemahan Al-Quran ayat 13-19,Surah Luqman.

Terdapat 14 wasiat yang mengandungi permasalahan penting buat UMAT ISLAM.

Permasalahan Pertama
Perkara pertama yang diajar Luqman kepada anaknya ialah JANGAN syirik kepada Allah.Dalam wasiat itu,bahawa syirik kepada Allah adalah satu kezaliman yang amat besar.Mengapa?kerana ia mengandungi syirik kepada Rububiyatullah [ Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ] dan syirik terhadap Uluhiyatullah [ Tiada selain Allah yang disembah melainkan DIA ]. Dalam lain perkataan jangan sesekali mempersekutukan Allah kerana itu adalah perbuataan Syirik.!!!.

Ayat 13 Surah Luqman bermaksud " Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah.Sesungguhnya  mempersekutukan Allah itu adalah kezaliman yang amar besar"


Permasalahan Kedua
Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat-Nya yang tidak terhitung luas dan banyaknya.Dan kesyukuran mengandungi erti; Balasan perbuatan yang indah-indah dan baik dengan perbuatan yang indah-indah dan baik juga.Termasuk dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepada-Nya dengan melakukan ibadat seperti yang disyariatkan,mendekatkan diri kepada-Nya,menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepanda-Nya Yang Maha Esa.

Kesyukuran kepada Allah ini dikaitankan dengan pembalasan Hati Qiamat.Jika sekiranya kesyukuran itu untuk Allah maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksa di atas kekufuran dan keingkaran.

Ayat 14 Surah Luqman bermaksud " Dan kami wasiatkan [ perintahkan ] kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya, Bersyukur kepadaKu dan kepadaKu tempat kamu kembali"


Permasalahan Ketiga
Luqman mendidikan anaknya agar berterimah kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesar dan mendidik anak2 dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak-anak tersayang. Tunaikan hak kedua2nya terutama hak kepada IBU.Ibu bersusah payah menganggung penderitaan bermula proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.

Sesungguhnya ketaat kepada ibubapa adalah wajib walaupun berlainan agama kecuali apabila disuruh melakukan maksiat dan meninggalkan ibadah  yang disayriatkan oleh Islam.Maka ketika itu haram mentaat perintah mereka [ ibubapa ]

Ini diterangkan melalui ayat 14 Surah Luqman yang bermaksud " Dan kami wasiatkan [ perintahkan ] kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya.Ibunya yang mengandung dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan susuan dalam 2 tahun.Bersyukurlah kepada Ku dan kepada ibubapamu!.KepadaKu tempat kembali"


Permasalahan Keempat
Luqman mendidik anak2nya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah.akan tetapi sebagai anak,ibubapa seharusnya dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh membahagiakan dan kasih sayang.Anak2 harus melakukan kebaikan kepada mereka seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmt kepada mereka.

Penjelasan melalui ayat 15 Surah Luqman bermaksud " Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku [ Allah ], apa yang tiada kau ketahui janganlah dituruti dan pergaulilah mereka keduanya di dunia ini dengan secara yang patut [ mesti menghormati mereka juga ]"

10  Wasiat lagi akan disambung kemudian...



No comments:

Post a Comment