Thursday, October 7, 2010

POLIS MELAKUKAN JENAYAH...

Ulasan isu________________________________________________

Polis Johor menyatakan 200 anggotanya telah dikenakan tindakan tatatertib atau dipecat. Jumlah ini amat merisaukan kerana mereka adalah sepatutnya menjaga keselamatan awam.Andai mereka juga terlibat dalam salah laku dan mewajarkan mereka utk diambil tindakan disiplin dan dipecat,itu satu masalah yg perlu diambil berat. Merisaukan juga jika bekas polis ini terus terlibat dalam salah laku yg melibatkan jenayah.Samada mereka akan melakukan jenayah secara bersendirian ataupun menyertai mana-mana kumpulan kongsi gelap atau gengstar.

Memandangkan rekod mereka sebagai seorg yg pernah menjadi anggota polis,sedikit sebanyak mereka tentu arif dlm hal2 tertentu utk mengaburi mata pihak keselamatan dalam melakukan jenayah.Pemantauan perlu dilakukan ke atas bekas-bekas polis yg dipecat berdasarkan kesalahan jenayah kerana mereka mempunyai kecenderungan utk menjadi penjenayah licik.Mungkin berdendam atau memang memilih jalan gelap ini secara sengaja itu terpulang kepada individu tersebut.Namun tindak tanduk mereka perlu diawasi serapat mungkin kerana mereka mempunyai potensi utk melakukan jenayah.

Hari ini, ramai anggota polis  yg membunuh dan didakwa di mahkamah.Kes2 mereka terbukti dan disabitkan kesalahan.Ada yang dihukum gantung sampai mati.Kes 10 anggota polis mencuri 40kg dadah di Pahang juga satu kesalahan berat. Apabila terdapat anggota polis yg terlibat dalam jenayah,ini membimbang masyarakat umum.Mereka keliru dan sukar utk meletakkan kepercayaan jika ada anggota polis juga menjadi gunting dalam lipatan.Atas desakan apa,atas sebab apa mereka terlibat jenayah masih menjadi persoalan yg belum terungkai.Sekadar cakap2 utk menyedapkan hati itu belum muktamad.

Kalau polis melakukan jenayah,mereka sukar utk dikesan kerana terselindung dgn pakaian seragam mereka.Mereka boleh menggunakan pelbagai alasan utk melepaskan diri.Orang mungkin terpedaya kerana mereka anggota pasukan keselamatan.Mereka ada kad kuasa dan pelbagai lagi.Dah lah penjenayah yg menyamar polis pun sudah menyesakkan minda pasukan polis ditambah pula dengan anggota mereka sendiri terbabit sama lagi membebankan tugas mereka utk mengawal keselamatan awam

Pemutihan dan pembersihan dalam pasukan polis perlu dilakukan segera kerana jenayah dari dalam adalah satu perbuatan yg amak jijik dan keji.Dalam saat mereka membuat siasatan, ada pula menjadi dalang untuk menghapuskan bukti,membocorkan rahsia serbuan,memberi maklumat sulit kepda penjenayah dan sebagainya.Kelakuan ini tidak boleh dimaafkan.

JANGAN HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI...kesian rakyat terbanyak.Hidup mereka dilingkari kebimbangan dan ketakutan kerana jenayah makin berleluasa.

No comments:

Post a Comment