Sunday, October 24, 2010

HAK MELAYU : Benarkah terjamin ?.

 SENARIO LAMPAU
____________________________________________
" Kuasa raja pernah cuba dikurangkan oleh UMNO sewaktu pemimpin UMNO berkrisis dengan raja Melayu suatu masa dahulu.Kekebalan kuasa raja boleh dicabar di mahkamah, dan akhirnya UMNO berjaya mengurangkan kuasa dan kekebalan raja dalam hal-hal tertentu.Kalau kuasa Raja pun boleh diubah,apakah tidak mustahil hak dan keistimewaan Melayu itu boleh dipercayai benar-benar terjamin? "
____________________________________________

Ucapan penangguhan Presiden UMNO semalam menegaskan, "usahlah dibicarakan lagi soal hak dan keistimewaan Melayu kerana  dalam Perlembagaan Negara sudah termaktub dan tidak boleh diubah2 lagi.Apatah lagi  segala hak dan keistimewaan  dalam Perlembagaan Negara tidak  akan dapat diubah tanpa persetujuan 9 Raja-raja Melayu " . Begitulah antara intipati ucapan Presiden UMNO semalam.

Bunyi macam begitu kebal dan amat kukuh terpatri dalam Perlembagaan Negara. Segala hak dan keistimewaan Melayu itu akan kekal begitu sehingga kiamat. UMNO seperti benar2 mempertahankan hak dan keistimewaan bangsanya,Melayu.Benarkah demikian,betulkah UMNO benar2 memperjuangkan hak dan imuniti Melayu?Benarkah UMNO teras perjuangan Melayu?. Orang Melayu hanya akan benar2 selamat dan terjamin bila terus bersama UMNO?. Betulkah begitu?

Merujuk sejarah lampau terutama di era kuku besi Mahathir,raja Melayu pernah dikurangkan kuasa mereka,raja Melayu pernah dicabar di mahkamah untuk mengurangkan kuasa dan kekebalan mereka. Pelbagai hujah dan sebab diberikan untuk mewajarkan kuasa raja-raja Melayu perlu diperbataskan.Imuniti raja-raja perlu dihadkan.Kekebalan raja-raja boleh dicabar di Mahkamah Diraja.

Jika kuasa raja dan kekebalan mereka [ raja2 ]  pun UMNO boleh kurangkan,boleh wujudkan Mahkamah Diraja, apakah mungkin UMNO boleh dipercayai bahawa hak dan keistimewaan Melayu memang benar2 terjamin?.Kalau kuasa raja dan kekebalan raja boleh dicabar,apa penanda aras utk mempastikan raja-raja menjadi dinding kebal utk membatalkan semua keputusan dan hujah utk mengkaji semula segala hak dan keisitimewaan orang-orang Melayu?.Kuasa raja dan imuniti mereka pun tidak terjamin masakan hendak menjadikan Raja-raja Melayu sebagai alasan UMNO betapa hak dan keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Negara akan terus kekal selamanya.

UMNO yang membawa isu kekebalan raja-raja ke mahkamah, UMNO yang mempertikaikan kuasa raja-raja,UMNO yang menimbulkan krisis dengan istana,UMNO yang mencabar kesultanan Kelantan dengan menabalkan seorang 'raja' hanya beristanakan pokok sedangkan sultan yang memerintah masih sihat dan mendapat mandat rakyat sepenuhnya.UMNO boleh itu dan boleh ini sekiranya UMNO mula tergugat.Maka,bolehkah dipercayai UMNO benar2 membela Melayu?.

Kalau kuasa raja-raja pun boleh UMNO gugat, kalau kekebalan raja-raja pun UMNO pernah pertikai di mahkamah, itu maknanya hak dan keistimewaan Melayu juga boleh digugat melalui mahkamah bila tiba masanya nanti. UMNO sengaja beretorik dengan rakyat bahawa hak dan keisitimewaan Melayu akan kekal terjamin sedangkan dalam waktu yang sama UMNO sendiri yang sebenarnya sedang menggadaikan hak dan keistimewaan tersebut demi kuasa dan kemewahan mereka. Difahamkan, tanah rizab Melayu pada awal merdeka ialah melebihi 3 juta hektar,namun terkini dengar2nya sudah separuh dari jumlah itu telah tiada,kemana perginya tanah rizab Melayu itu?Siapa yang 'gadaikan' ?

Diharapkan ahli2 UMNO dan pemimpin yg berkuasa perlu menyedari hakikat ini.Rakyat mengetahui segala2nya.Rakyat mencatat semua tindakan yang merugikan rakyat dan raja-raja Melayu yg UMNO telah lakukan.Rakyat mengikuti secara terperinci segala helah dan tipudaya yg UMNO pernah buat dan sedang buat.Rakyat makin meluat dan muak dengan cerita2 dan janji-janji manis UMNO sdgkan dalam waktu yang sama UMNO sedikit demi sedikit menghakis hak rakyat yang sepatutnya perlu dipertahankan.Rakyat sudah lama bersabar dengan sikap 'curang UMNO ini.

Dalam keadaan ledakan IT makin menular dengan cepat, maka segala maklumat dan sebarang cerita baik atau cerita buruk akan mudah sampai ke pengetahuan rakyat.Semuanya di hujung jari.Semuanya dapat diketahui dalam beberapa saat sahaja.Rakyat berjaya mengorek semua rahsia dalam masa terdekat.Rakyat yg lahir lama selepas merdeka pun dapat mengetahui apa yang terjadi lama dahulu melalui kecanggihan IT yg ada ini.Sejarah lama yang tersimpan dari pengetahuan rakyat generasi yang lahir sekitar tahun 80-an pasti dapat mengetahui semua sikap dan keburukan pemimpin UMNO di era  mereka terdahulu  melalui internet, facebook, blog-blog dan sebagainya.

Semuanya terdedah dan terpapar 24 jam sehari.Makin UMNO menafikan,makin UMNO menidakkan makin kuat rakyat percaya.Makin UMNO memberi jaminan,makin UMNO memberi hujah utk pertahankan apa yg mereka suarakan itu benar dan betul, maka rakyat makin tidak percaya.Sudah terbalik.Benda yang dinafikan,rakyat jadi yakin bahawa apa yang dinafikan itu betu. ,Benda yang cuba diyakinkan,rakyat pula makin hilang keyakinan.Situasi ini menyebabkan UMNO tidak senang duduk.UMNO kena berubah serentak,segera, secara pukal, secara mutlak. Berubah rohani dan jasmani. Berubah ukhrawi dan duniawi dari segi roh dalaman parti.Roh pemimpin UMNO dan ahli2nya sekali.

Semua pemimpin yang sedang berkuasa,semua menteri yang sedang meraja perlu ditukarkan dengan barisan kepimpinan baru.Perlu 'nafas' baru, perlu budaya baru, perlu 'UMNO Baru' walaupun UMNO hari ini adalah yang terbaru, perlu roh perjuangan yang baru, perlu idealogi terbaru, perlu wajah yang semua baru,jika tidak mampu maka UMNO sengaja memberi ruang dan hamparan karpet merah untuk kerajaan baru dari pakatan terbaru berkuasa.

Dodoian UMNO dengan lagu2 lama tidak lagi melenakan rakyat.Muzik dan irama lagu masa kini sudah lama melalui reformasi,sudah lama berlaku transformasi. Hari ini, lagu2 sudah pelbagai ; ada pop,ada rock, ada R&B, ada irama Melayu, ada hip-hop, ada jazz, ada mcm2 lagi.Rakyat tidak lagi terikat dengan lagu yg sama dan irama yang hanya sesuai untuk era 60-an sahaja.Sekarang sudah alaf baru.Alaf mellinium Alaf ICT,alaf telekomunikasi, semua maklumat hanya di hujung jari.UMNO sepatutnya boleh 'baca' permintaan rakyat,  bukan ego dan angkuh kerana mereka sedang berkuasa sdgkan kuasa yg ada itu dari rakyat.Maka rakyat boleh berikan kuasa itu kepada 'orang lain' pula .Sedar ke tidak?.

Jika benar hak Melayu itu kebal dan terjamin,UMNO perlu buktikan bahawa Melayu diperlihara maruah dan kebajikannya.Melayu diberikan segala hak dan keperluan mereka.Melayu perlu dilihat wajar diutamakan dalam semua bidang [ terutama ekonomi ].Melayu perlu dibela dalam ertikata yang sebenarnya.Bukan Melayu yg menjadi 'peminta sedekah' di negara sendiri, menjadi 'pengemis' di bumi pertiwi, menjadi mangsa 'digula2' setiap kali hampir pilihanraya.Melayu itu ialah bangsa Melayu terbanyak yg sedang mendiami setiap ceruk rantau negara ini bukannya Melayu yg bernama pemimpin  yang menjadi pencacai, pembodek, perasuah, gila kuasa, gila pangkat, berkereta besar, berbini ramai bila kaya raya, mengaut semua projek utk kroni terdekat melalui  jalan dan cara tidak betul. Faham ke tidak?.

Sekarang Melayu bernama rakyat sedang memindahkan sokongan mereka kepada pembangkang sebab Melayu bernama pemimpin [ dibaca UMNO ] tidak menanam tebu di tanah yang subur tetapi Melayu ernama pemimpin menanam tebu di bibir  mereka sahaja.Cakap lain,buat lain.Cakap tidak serupa bikin. Melayu bernama pemimpin hipokrit,individualistik, bombastik, gedik. Sehingga membuatkan Melayu bernama rakyat naik getik, jijik, dan merasa bau hangit ke atas Melayu bernama pemimpin tersebut.Meraka tidak yakin Melayu bernama pemimpin benar2 membela mereka.Mendengar luahan sanubari mereka.Rakyat akhirnya akan 'bersuara' dengan suara majoriti.Tidak lagi berbelah bagi,semuanya secara bulat utk pembangkang, itu yg mereka sedang melihat, dilihat ,dan terlihat.Rakyat sudah sepakat jika UMNO masih 'pekat' dan  'jahat', tidak belajar erti 'hakikat' dan 'makrifat' dalam politik. Mereka akan menolak UMNO-BN. TAK PERCAYA ? :Tunggu dan lihat. Masanya sudah dekat.

No comments:

Post a Comment