Monday, October 18, 2010

MEMBURU RINDU...

Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan

Pepatah ada menyebut cinta itu buta.Membawa pengertian seseorg yg sdg dilamun cinta tidak akan melihat sebarang kemungkinan buruk sebaliknya semua yg dilakukan semuanya betul dan baik.Mereka [ pasangan ]  beranggapan segala tingkahlaku dalam cinta adalah benar belaka.Itulah hakikat cinta itu buta.Buta kepada nasihat, buta kepada teguran,buta mendengar kritikan org2 yg terdekat mereka, malahan buta juga kepada larangan dan pantang2 dalam bercinta.

Remaja seringkali tewas dgn ungkapan cinta pasangan masing-masing.Sejalur cinta yg mereka warisi diolah sepelbagai mungkin utk menidakkan hakikat negatif dalam cinta mereka. Remaja lebih suka mengikut naluri cinta yg buta dan kebal nasihat.Mereka suka menongkah arus.Org yg dilamun cinta tidak terhenti lamunannya.Mereka akan terus berangan2,menyemai angan2 palsu dan tidak di alam nyata.Setelah habis manis sepah dibuang baru hendak menyesal.Tidak ada gunanya lagi.

Cinta alam maya,cinta internet,cinta jarak jauh sudah acap kali dibongkar media massa.Cinta lombok, cinta Bangla, cinta Myanmar...segalanya ada.Namun penderitaan yg terpapar dalam kaca TV, dan dada2 akhbar masih tidak mampu mendidik remaja, malahan mereka yg lanjut usia masih terperangkap dengan kegebuan gadis2 warga asing yg menjanjikan segala kemungkinan yg  ternyata palsu.Gadis 'membawa ros' itu entah dari mana asal usul mereka,namun ramai yg menjadi mangsa,terkulai di hujung tangkainya.

Lebih baik mengenali mereka yg telah lama kita kenal. Rakan sekampung, rakan sekerja,rakan sepengajian malahan ramai lain org terdekat yang boleh kita gantungkan harapan, kenapa dan mengapa masih memilih cinta dari kejauhan?.  Sengaja menempah 'maut'.Jerat percintaan yg seringkali membunuh mangsa tidak pernah diambil iktibar.

Bercintalah dengan mereka yg kita yakin dan kenal hati budi mereka.Segala pengalaman kita perlu dijadikan guru sebagai  tempat merungkai dan merujuk.Jgn pinggirkan segala pengalaman org lain,nasihat org lain, teguran org lain,asalkan ia berunsur baik,ambillah jadikan ubat utk berjaga-jaga.Kita tidak sedar bila malang itu berlaku kerana 'malang itu tidak berbau' malahan perkara yg berbau pun masih ramai yg tidak ambil peduli.

Burulah rindu hakiki, burulah cinta tulus suci, burulah kenikmatan abadi.Dekati diri,tumpahkan taat setia pada kecintaan-Nya.Tiada yg lebih baqa hakikat sebuah cinta selain mendekati dan menyerah diri kepada cinta-Nya.Teguklah sebanyak mungkin nur cinta-Nya.Kelak kita dalam kebahagiaan yg berpanjangan.

No comments:

Post a Comment