Sunday, October 17, 2010

KES PEMBUNUHAN DATO' SOSILAWATI...

Mengikut pendedahan akhbar, 2 tertuduh yang terlibat dengan pembunuhan Dato' Sosilawati Lawiya dan 3 rakan arwah yang lain itu mengaku bersalah kerana bersubahat membakar dan menghapuskan bukti.Mereka berdua yang mengangkut dan membuang abu mayat yang dibakar ke dalam sungai.Kekejaman mereka ini tidak mampu dimaafkan.Lebih jijik,lebih hina dari binatang.

CUMA yang lebih mengejutkan ialah mereka ini mengaku bersalah dan memohon maaf kepada keluarga dan rakyat Malaysia menggunakan bahasa Tamil.Negara sudah lebih 50 tahun merdeka, ada lagi rakyat Malaysia yang tidak fasih bercakap Bahasa Melayu [ Bahasa Malaysia ]. Jika benar demikian,maka sistem pendidikan negara gagal.Gagal menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.Gagal menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara,bahasa pengantar.Jika bahasa pun kaum lain tidak taat bagaimana boleh terjamin ketaatan mereka kepada negara ini jika berlaku sesuatu isu yang mengancam keselamatan negara?.

Jauh dari itu, jika benar tertuduh bercakap dalam Bahasa Tamil dan terpaksa diterjemahkan kepada hakim akan pengakuan mereka,maka satu persoalan juga timbul di sini,apakah dua tertuduh itu rakyat negara ini?Apakah mereka ini adalah rakyat asing yang berkerja dengan tertuduh utama?Jika demikian, masalah kebanjiran warga asing dan masalah jenayah yang berpunca dari mereka amat membimbangkan rakyat negara ini.

Tertuduh utama pula wajar mendapat hukuman lebih keras,pengakuan dua tertuduh yang dihukum penjara 7 tahun sudah jelas membuktikan kaitan tertuduh  utama dalam kes pembunuhan tersebut.Kes pembunuhan itu mendapat liputan sensasi dalam negara lebih dari sebulan.Perkembangan kes itu masih mendapat perhatian rakyat kerana julung2 kali kehilangan beberapa individu yang disyaksi telah dibunuh dikaitkan dengan suspek tertuduh utama.Amat2 kejam dan berhati binatang,seorang yang berpendidikan tinggi namun ilmu yang dituntut gagal mendidik dirinya untuk menjadi manusia.Berselindung dari profesionnya sebagai seorang peguam untuk mengaburi mata rakyat sebaliknya mempunyai sekeping hati setan yang berwajah manusia.Nasib baik mangsa bunuh itu adalah tokoh perniagaan kosmetik terkenal jika tidak beliau dan rakan2nya akan hilang tanpa dikesan sepertimana mangsa2 bunuh yang lain.

Syabas dan tahniah kepada pasukan polis, mereka berjaya mencungkil sehingga ke akar umbi,berjaya menemui bukti kes untuk kaitkan semua tertuduh dengan pembunuhan kejam itu.DIHARAP sangat2 tidak ada campurtangan daripada SESIAPA PUN sehingga memungkinkan tertuduh utama lepas bebas.Kekejaman yang telah dilakukan tidak mungkin boleh dimaafkan hatta kalau dia dihukum gantung sekali pun, cuma rakyat rasa lega sebab kesalahannya itu mendapat balasan setimpal [ pada keluarga mangsa mungkin hukuman gantung pun tidak mampu untuk mereka maafkan kesalahan si pelaku tersebut ].Rakyat kalau boleh tertuduh utama dan rakan-rakannya itu patut dilakukan seperti yang berlaku kepada mangsa-mangsa. Semua tertuduh jika dibuktikan bersalah mereka patut dikerjakan cukup2, dipukul,dibelasah dan dibaka hangus sepertimana yang berlaku kepada arwah Dato' Sosilawati dan rakan-rakan.Baru rakyat dan ahli keluarganya rasa kematian arwah Dato' dan rakan-rakan 'terbalas' dan terbela.Biar padam muka.Ingin kaya dan mewah tapi menipu dan sanggup membunuh.

Kerajaan perlu membuat pemeriksaan teliti ke semua mereka yang berprofil  tinggi yang ada kes jenayah sebelum2 ini supaya tidak terlepas pandang kalau2 ada mangsa yang terbunuh dek tangan2 mereka yang cuba cuci tangan dengan jawatan dan kuasa yang mereka ada.Kasihan ahli keluarga mangsa,anak isteri ,suami atau ibubapa mangsa jika mereka hilang atau dibunuh tanpa menghukum si pelakunya.Hari ini, dengan kuasa dan pengaruh, penjenayah boleh membersihkan bukti dan penglibatan mereka melalui wang ringgit sahaja.Ada wang semua boleh jadi.

Manusia hari ini 'BERTUHANKAN' wang,  kerana wang sanggup membunuh, kerana wang  mereka berhati babi dan berhati setan ini akan sanggup segala2nya.Membunuh manusia buat mereka berhati binatang ini seperti menyiang  ikan yang dibeli dari pasar tani sahaja.Tidak ada rasa kasihan dan rasa kemanusiaan.Apa jenis makhluk mereka ni.Keturunan entah darimana jika mereka berhati  lebih jahat dari binatang.Kalau sanggup membunuh, menyeksa dan membakar mayat mangsa umpama membakar kertas akhbar pada mereka.Memang tidak bertamadun,ilmu tinggi tapi digunakan untuk menipu orang.

Tidak kira siapa pun mereka,apa agama sekali pun jika mereka bertindak di luar batas mereka yang terlibat perlu 'dihapuskan'.Kalau boleh,macamana mereka lakukan kepada mangsa maka macam itulah juga patutnya mereka rasa.Kalau menyeksa mangsa maka mereka perlu merasai sendiri bagaimana terseksanya mangsa.Kalau boleh biar disaksikan orang ramai supaya memberi pengajaran.

No comments:

Post a Comment