Rasulullah SAW amat merindui umatnya di akhir zaman.Para sahabat heran kenapa baginda begitu menanti2 umatnya di akhir zaman,baginda begitu memuliakan umatnya akhirnya zaman dan Allah memuliakan hamba-Nya yang hidup di akhir zaman iaitu suatu umat yang hidup jauh selepas kelahiran baginda Rasulullah SAW.
Atas alasan apa maka umat akhir zaman dimuliakan sedemikian rupa.Mengikut Junjungan Besar umat akhir zaman begitu mulia kerana mereka mencintaiku, menyayangiku, taat dan mengikut sunnahku, serta patuh dengan perintah Allah sepertimana yang aku anjurkan tanpa melihat dan mengenali diriku. Mereka yakin dan percaya dengan semua kata-kataku. Mereka begitu beria-ia untuk menemuiku.
Walaupun umat akhir zaman tidak pernah berjumpa atau melihat cara hidup baginda Rasul namun masih taat kepada semua sunnah yang nabi anjurkan. Berbanding dengan umat dan para sahabat yang hidup sezaman dengan nabi.Keyakinan dan kekukuhan keimanan mereka disebabkan mereka dapat hidup di zaman nabi.Pengaruh Islam dan roh keimanan dan ketaqwaan masih menebal.Perjuangan nabi untuk menyebar syia Islam dilihat dengan mata kepala sendiri sedangkan umat akhir zaman hanya melalui hadis2,al-quran, qias dan ijma' ulamak semata-mata.Percaya dengan cakap para ulamak dan mereka yang setaraf dengan mereka.
Bersyukur kerana hidup dalam Islam,berada di kalangan umat akhir zaman yang kekal berpegang teguh dengan agama Islam.Mereka yang tidak bertaqwa bukan mereka yang nabi tunggu2 atau dirindui nabi.Mereka yang sedemikian bukan umat yang nabi muliakan.
No comments:
Post a Comment