Tuesday, October 12, 2010

PELIK...

Dalam profesion pendidikan, kebanyakan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri [ JPN ] dan Pejabat Pelajaran Daerah [ PPD ] ada yang mempunyai kelulusan yang lebih rendah daripada guru2 di sekolah terutama guru2 yang bertugas di sekolah menengah.Lagi pelik mereka yang bertugas sebagai pegawai di dua pejabat di atas seoal-olah lebih berkuasa untuk mengarah itu dan ini termasuk untuk pentadbiran.

Sepatutnya semua pegawai yang bertugas di jabatan pelajaran dan pejabat pelajaran mesti dari kalangan mereka yang mempunyai ijazah sekurang-kurangnya bukannya lebih rendah dari itu.Pendidikan kita dikatakan bertaraf dunia tetapi orang yang mengarah lebih rendah kelulusan dengan orang yang kena arah.Sedangkan bila bertukar ke sekolah sekadar menjadi penolong kanan atau guru besar di sekolah rendah sahaja.Sepatutnya tahap kelulusan menjadi kriteria utama untuk dilantik sebagai pegawai di jabatan dan pejabat pelajaran daerah. Walaupun tugas yang dilakukan bersifat setaraf dengan kelulusan sijil atau diploma tetapi penjawatnya perlulah memiliki ijazah.


Ada setengahnya bila datang ke sekolah2,mereka ini seperti 'digeruni' oleh para pentadbir sekolah sedangkan sebelum berkhidmat di pejabat pelajaran daerah, mereka ini hanya guru penolong sahaja.Bila bertukar ke PPD 'kuasa' yang ada begitu dihormati.Sepatutnya mereka yang ingin berurusan dengan para pengetua dan penolong kanan mestilah dari kalangan mereka yang setaraf kelulusannya bukan yang lebih rendah.Penghormatan untuk mereka sukar kerana para pengetua lebih tinggi kelulusan dan pengalaman.Tidak wajar keadaan ini berterusan.

Sewaktu ada 'pangkat' di PPD,gaya dan penampilan gah semacam,sombong dan angkuh dengan pengetua,tup2 bila bertukar ke sekolah menjadi penolong kanan kepada pengetua berkenaan.Ini sudah terbalik.Sepatutnya mereka ini lebih tinggi kedudukan atau setaraf dengan jawatan pengetua bukannya kembali ke sekolah sebagai penolong kanan.Ini yang membuatkan ada jurang  yang wujud dan mungkin memberi peluang kepada pengetua untuk 'mengenakan' semula 'pegawai' dari PPD tersebut.Jika keadaan ini berlaku, sudah membabitkan isu peribadi dan seumpamanya.

Pihak berwajib perlu ambil inisiatif untuk membuat penstrukturan semula mana2 penjawat awam di jabatan dan PPD kerana sepatutnya mereka ini  mestilah yang berkelulusan ijazah sahaja atau mereka yang berurusan dengan pentadbir sekolah mesti mereka yang setaraf atau lebih tinggi bukannya mereka yang berkelulusan lebih rendah.

Kita mesti berada dalam kelas dunia dari segi pengurusan dan pentabiran jika benar ingin mengatakan kita adalah bertaraf dunia.Jika tidak,kita sebenarnya syok sendiri,perasan berada dalam kelas dunia sebaliknya minda dan cara kita berkerja dan mengurus masih jauh di belakang.

1 comment:

  1. sebenarnya mereka ini terlupa seketika siapa mereka.. sehingga mereka alpa hakikat sebenarnya.....mereka anggap mereka betul sedangkan mereka banyak kurangnya..

    ReplyDelete