Sunday, October 31, 2010

PAKU DULANG PAKU SERPIH...

FAKTA_________________________
"Sebanyak RM2.3 billion hasil judi yang terdapat dalam akaun wang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.Dan wang ini digunakan untuk membayar gaji kepada lebih 1 juta penjawat awam dan untuk pembangunan termasuk untuk faedah orang-orang Islam."

Persoalannya,mengapa isu ini tidak dihebohkan oleh UMNO.Mengapa Reezal Merican tidak bising pasal wang judi ini?Mengapa kuman seberang laut jelas sekali di depan mata sdgkan gajah yang begitu menggunung tidak nampak langsung?.Itulah..bila terlalu kemaruk kuasa maka silap orang mudah sangat kita nampak.Mudah sangat kita dakwa macam-macam,melenting macam budak2.Sudahnya bila pembangkang mengemuka fakta dan bukti, UMNO [ kerajaan ] lebih jahat dan lebih teruk mengapa yang kononnya hebat membela kesucian Islam menikus.Takut ke apa?.Laungkanlah isu duit judi tu,buat sidang akhbar,buat ceramah desak kerajaan jangan ambil duit judi tu apatah lagi untuk membayar gaji penjawat awam sehingga lebih 1 juta orang.Sekarang isu wang judi untuk warga emas di Pulau Pinang senyap mcm kena Tsunami.Kenapa diam?Hebohkan lah lagi..dedahkan kat ceramah PRK Dun Galas atau Batu Sapi nun..Patutnya masa ini lah paling sesuai kalau ingin memikat undi,kenapa tidak buat pulak?

Lain kali jangan lebih lajak dari laju.Lihat dulu dalam kain sendiri.Suka sangat selak-selak kain orang,tu la padahnya.Rupa-rupanya dalam kain sendiri berserabut dengan benda haram.Penuh semak dengan pelbagai himpunan duit yang diragui tetapi senyap2 ditelan.Tiada siapa pun pemimpin BN-UMNO bising.Sikap double standard beginilah yang selalunya membuatkan rakyat sukar untuk percaya bahawa UMNO benar2 jujur membela Islam dan rakyat.Bila kena batang hidung sendiri, mereka langsung tidak berani kata apa-apa.Kalau benar-benar berjiwa Islam dan ikhlas mempertahankan agama,  jangan sesekali bersikap memihak.Islam tidak mengira sesiapa,salah tetap salah.Bongkarlah semua sekali...paku dulang paku serpih,mengata orang,parti sendiri lagi lebih.Lebih apa?Lebih jahat la,apa lagi.Alahaaaiiii!!!.


HAJI MABRUR

Mengikut kata seorang alim [ pernah menetap lebih 20 tahun di Tanah Suci, Makkah ],HAJI MABRUR untuk setiap musim haji hanya sekitar 6-7 orang sahaja.Bayangkan,hampir atau lebih 2 juta umat Islam yang mengerjakan haji setiap tahun cuma sekelumit itu sahaja yang mendapat mabrur. Orang yang mendapat HAJI MABRUR,syurga Allah balasan untuknya.Bertuahlah mereka. Namun kata orang alim itu lagi,setiap orang yang mendapat haji mabrur, ia mampu pula untuk 'menaungi' 100 ribu jemaah haji yang lain.Begitu besar pula makam mereka yang mendapat haji mabrur.Tanda-tanda orang yang akan mendapat haji mabrur itu kata orang alim tadi telah dapat dilihat sebelum insan tersebut pergi menunaikan haji lagi.Sewaktu di tanahair,tanda-tanda haji mabrur itu sudah ada pada dirinya.Apa tandanya penulis tidak diberitahu,cuma dari fahaman penulis, orang yang akan mendapat mabrur; perilaku, akhlak,amal ibadah, dan perkara-perkara yang melibatkan hubungannya dengan manusia [ hablumminannas ] dan hubungannya dengan Allah [ hablumminallah ] pasti dalam keadaan yang unggul. Selalunya ramai yang mendapat HAJI MALBORO atau HAJI MARDU' iaitu ibadah haji yang ditolak oleh Allah swt.Nauzubillah...


TANDA SOLAT DITOLAK...

Kata orang-orang ' arif ' [ orang-orang yang hampir dengan Allah ],antara tanda solat kita ditolak ialah bilamana kita masih melakukan perkara yang dilarang walapun kita begitu taat dalam solat.Solat kita tidak mampu menegah diri kita dari melakukan maksiat maka itu tandanya solat yang kita lakukan selama ini tidak mendapat rahmat Allah.Sedangkan solat adalah amalan pertama yang akan dinilai selepas kita mati.Jika solat kita sempurna,diterima dan melepasi tapisan pengadilan Rabbul-Jalil maka segala amal ibadah kita yang lain di dunia akan diterima oleh Allah SWT.

Begitulah sebaliknya,untuk melihat tanda solat kita diterima ialah apabila diri kita lebih patuh dan taat dengan suruhan dan larangan Allah.Kita menjadi lebih baik,lebih mendekati Allah, menjauhi amalan yang menjurus kepada dosa dan seumpamanya. Nilailah solat kita. Apakah solat kita mampu mendidik kita menjadi lebih baik jika tidak itu bermakna solat kita ditolak Allah SWT.Sekian seadanya untuk renungan bersama.



KERANA MATA...

Orang buta selalunya memiliki ingatan dan daya fikir yang lebih suci.Lebih berkualiti.Mereka tidak mempunyai penglihatan zahir mcm manusia biasa.Mereka tidak mampu melihat.Secara tidak langsung hati mereka tidak 'tercemar' dek kerana pandangan mata.Tidak ada apa-apa yang mengganggu fikiran mereka.Mata membuatkan manusia jadi 'gelap hati'.Sukar menghafal,sukar mengingat banyak benda.Sukar 'melihat' alam lain selain alam nyata semata-mata.Sedangkan orang buta mempunyai penglihatan 'mata batin' yang lebih terang dari mata batin manusia yang punya mata zahir.Mata zahir bila telah melihat suatu kecantikan akan terus mengganggu minda mereka,lama ingatan itu terlekat dalam jiwa.Apa yang terjadi bertahun lama pun masih diingati bila dikenang kembali,itulah bahananya penglihatan zahir yang tidak dikawal.Kalau melihat rupa huduh,rupa menakutkan apatah lagi rupa cantik,seksi atau menghairahkan,manusia akan ingat apa yang dilihat itu dalam jangkamasa yang cukup lama.Kesimpulannya..jagalah pandangan mata.Dari mata turun ke hati..

ERTI SIHAT

Selalunya diri kita ni,masa sihat kita tidak begitu berjaga-jaga dalam soal pemakanan.Semua kita telan.Semua kita lantak,semua kita sumbat dalam tekak.Selagi lidah dan tekak rasa boleh terima maka kita telan puas-puas.Selalunya yang manis-manis je kita suka.Begitu juga dgn makanan berlemak,lebih kurang juga dengan makanan manis.Pantang jumpa memang telan.Soal sakit atau penyakit jarang kita ambil berat.Setelah terkena darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, buah pinggang dan seumpamanya baru kita tersedar dari lena.Baru tahu betapa pentingnya kesihatan kita.Barulah kita rasa menyesal kerana selama ini kita telan semua tidak tapis langsung.Bila kita sudah menghidap pelbagai penyakit barulah kita tahu erti sihat kepada hidup kita.Betapa besarnya nilai sihat itu untuk kehidupan kita.Jagalah kesihatan diri kita sebelum terlambat.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..sihat itu tidak mampu dijual beli.Kawal diri,jaga kesihatan sebelum datangnya sakit.

Saturday, October 30, 2010

KELANTAN MUNCUL JUARA...

Sang Kijang melompat riang
______________________________________________________
AKHIRNYA..SEJARAH TERCIPTA

Sejarah tercipta untuk Kelantan.Setelah puluhan tahun menanti akhirnya dibalas dengan cukup manis.Kejayaan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di pentas final  sebentar tadi cukup mengujakan semua rakyat Kelantan,dan penyokong serba merah yang memenuhi setiap penjuru stadium Bkt.Jalil. Kegagalan tahun lepas dan kecewaan bertahun lama menanti saat ini berbaloi jua akhirnya. Tahniah dan syabas kepada pasukan Kelantan,The Red Warriors akan terus dikenang selamanya oleh seluruh rakyat Kelantan.Esok dan hari-hari seterusnya akan mewarnai Kelantan.Mungkin piala kebanggaan bolasepak tempatan ini akan diarak ke seluruh pelusuk negeri. Kelantan akan makin disegani dan digeruni pasukan lawan selepas ini. Tahniah dan sekalung terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pengurusan KAFA di semua peringkat.Tahniah kepada jurulatih pasukan dan semua pemain,baik anak Kelantan mahupun import,budi dan keringat anda akan dikenang seumur hayat. Kejayaan merangkul Piala Malaysia ini juga menjadi hadiah terbaik dalam bidang sukan kepada Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V.

Penulis adalah penyokong skuad The Red Warriors semenjak dari kecil..

Anafakir,11.56 mlm
30 OKTOBER 2010
 
 

PIALA MALAYSIA : KALI INI MILIK SIAPA?

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN...
wisel penamat memberi jawapan muktamad

Sebentar sahaja lagi,wisel permulaan perlawanan akhir Piala Malaysia Edisi ke-43 akan bermula.Perang antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan juga bermula. Siapa akan muncul juara,hanya selepas wisel penamat nanti menjadi kata pemutus.Sewaktu masa masih ada,apa-apa boleh berlaku.Masing-masing meramal pasukan tertentu menjadi juara.Perkara paling pasti hanya Kelantan atau Negeri Sembilan sahaja yang berpeluang muncul juara...kerana hanya pasukan tersebut yang bertemu di final.Tidak pasukan lain,itu pasti.

Secara kasar, kemungkinan Kelantan lebih berpeluang menjadi juara.Faktor utama, sokongan peminat, misi balas dendam, ingin 'menghadiahkan' kemenangan kepada Tuanku Sultan Kelantan yang baru.Di samping sokongan  moral penyokong sejak awal memainkan peranan utama untuk menyuntik semangat Kelantan pada kali ini.Pengalaman lalu terutama sewaktu kesilapan dalam final 2009 banyak mengajar Kelantan untuk lebih mantap dan berani menyerap tekanan suasana perlawanan akhir.

Namun Negeri Sembilan juga bukan pasukan calang-calang.Mereka juara bertahan,juara Piala FA tahun ini.Kesemunya ini membawa erti cukup besar kepada mereka.Negeri Sembilan sebuah pasukan berpengalaman dan bijak mengatur strategi.Cuma asakan awal-awal permainan oleh pasukan Kelantan perlu dikengkang oleh barisan pertahanaan Negeri Sembilan jika tidak,Negeri Sembilan boleh kalah dengan jaringan besar seperti mana yang menimpa pasukan pilihan Selangor sewaktu pusingan suku akhir yang lalu.

Apa pun,masing-masing ingin menang.Masing-masing ingin menunjukkan prestasi terbaik mereka.Masing-masing ingin memperlihatkan wibawa mereka kepada jurulatih kebangsaan.Ketika inilah pemain cuba memikat pandangan jurulatih K.Rajagopal.

Stadium Bkt Jalil makin riuh rendah dengan sorak sorai penonton kedua-dua pasukan.Sesak dengan baju merah dan baju kuning.Lautan penyokong memenuhi setiap penjuru stadium.Begitu hangat dan memberangsangkan.Perlawanan akhir ini begitu dirasakan peminat bola sepak negara kerana ia menjadi perlawan penutup tirai bola sepak negara untuk tahun ini.



Melihat gambar di atas, PIALA MALAYSIA seperti sudah berpindah ke Kelantan

Wira Merah ' The Red Warriors'

Kemungkinan formasi yang bakal digunakan dalam final malam ini

Barisan Negeri Sembilan
Selepas 90 minit nanti,juara akan ditabalkan secara terhormat.Bersorak sorailah penyokong mereka.Jika Kelantan berjaya menebus kegagalan lalu maka ia cukup bererti kerana dendam mereka berjaya dilunaskan.Penantian selama puluhan tahun peminat Kelantan untuk melihat pasukan kesayangan mereka muncul juara terubat.Namun jika Negeri Sembilan masih kekal juara maka itu juga takdir.Sudah tertakdir dalam ilmu-Nya. Semua peminat samada kalah atau menang terima lah keputusan akhir nanti dengan redha dan berlapang dada.Harapan dan cita-cita menjadi penyebab untuk terus berusaha namun ketentuan-Nya masih milik-Nya jua.

SELAMAT BERJUANG UNTUK KELANTAN DAN NEGERI SEMBILAN...


Anafakir, 7.30 mlm
Kuala Lumpur.

MUSIM ORANG KELUAR PARTI

Sejak sekian lama,setiap kali ada pilihanraya kecik [ PRK ] pasti akan ada berita penyokong parti akan bertindak keluar parti masing-masing.Masalahnya isu keluar parti ini hanya melibatkan penyokong pembangkang sahaja.Jarang kedengaran penyokong UMNO-BN mengumumkan keluar parti malahan boleh dikatakan langsung tidak ada. Senario ini selalu berlaku bila adanya PRK baik peringkat Dun atau parlimen.Menjadi tanda tanya ialah bila keputusan diumumkan, UMNO-BN kalah juga.Jika benar penyokong pembangkang keluar parti mengapa pembangkang masih menang dalam pertandingan tersebut?.

Pada penulis,isu keluar tidak menjadi faktor kekalahan parti kecuali jika berlaku undi ptotes,itu yang lebih ditakuti.Jika penyokong memihak lawan sewaktu mengundi maka keadaan ini perlu dirisaukan. UMNO lebih suka bermegah kerana berjaya menarik penyokong lawan menyertainya sedangkan undi protes dari ahlinya sendiri begitu banyak terjadi.Paling ditakuti ialah penyokong yang mengisytiharkan keluar parti itu pun masih mengundi parti lama mereka dalam pilihanraya.Ini lagi teruk.Mungkin pengundi berkenaan makin bijak.Mengsiytiharkan keluar parti,dapatlah sedikit habuan tanda 'terima kasih' tetapi mereka ambil apa yang diberi namun undi masih kekal untuk parti lama.Hati mereka tetap dengan parti asal cuma zahirnya sahaja menyokong parti baru.Hahahahaaaa..nampak gayanya UMNO menang dari segi menarik penyokong lawan untuk mengumumkan keluar parti sahaja tetapi gagal mempastikan mereka mengundi UMNO dalam pilihanraya.

Hari ini UMNO berjaya menarik ratusan penyokong PKR dan SAPP di Batu Sapi untuk mengisytiharkan keluar parti. Majlis penyerahan borang keahlian disiarkan dalam media masa,selalunya TV3, RTM atau mana-mana media arus perdana akan membuat liputan berkaitan perkara ini. TPM bersama penyokong kononya ahli2 parti PKR dan SAPP menyerahkan borang keahlian mereka untuk menyertai UMNO. Sesunguhnya taktik ini sudah lama dijangka.Para penulis blog sudah lama meramal akan kejadian ini bakal berlaku.Tidak hairan sama sekali.Musim PRK seperti ini, selalunya berita penyokong tinggalkan parti masing-masing akan terus berlaku. Namun ia tidak menggugat  keutuhan parti asal mereka.Lebih pelik bila parti yang dikatakan kehilangan penyokong itu masih mampu menang.Siapa undi mereka?Penyokong UMNO,atau penyokong yang 'berpaling tadah' tadi itu masih mengundi parti kesayangan mereka?.Jika begitu,yang tertipu adalah UMNO.Mungkin helah untuk melemahkan pihak lawan yang dilakukan UMNO itu menjadi senjata makan tuan.Undi simpati atau undi protes senyap ahli2 UMNO sendiri masih menyeberang ke parti lawan terus terjadi.

UMNO perlu memikirkan pendekatan lain selain menghebohkan penyokong pembangkang telah keluar parti.Keadaan ini tidak banyak membantu UMNO untuk menang dalam PRK. Sedangkan hakikat sebenar mereka yang keluar parti itu tidak mengundi UMNO,mungkin undi mereka masih untuk parti asal mereka.Jika begitu,tidak perlu lagi ahli parti,UMNO hendak mendakwa semua penyokong PKR atau SAPP keluar parti pun tak apa sebaba bila hari mengundi mereka masih menyokong parti pembangkang malahan ahli UMNO juga turut mengundi parti lawan.Oleh itu, yang penting untuk difikirkan ialah undi dari rakyat bukannya berapa ramai yang keluar parti.Nampaknya UMNO makin dijauhi rakyat.Macam-macam cara UMNO lakukan, rakyat masih bermain teka teki dengan UMNO.UMNO beranggapan mereka berjaya memerangkap lawan rupa-rupanya pengundi yang mempermainkan UMNO.Bijak,bijakkkkk!!!!..

KONSPIRASI SYAITAN : Zulkifli Nordin cakap berbelit-belit

Satu demi satu cerita dalam kain sarung antara PKR dan DAP didedahkan oleh ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Zukifli Nordin.Sejak mengambil keputusan untuk mufarakah dengan PKR,Zulkifli makin mencari publisiti murahan untuk dirinya.Macam2 tuduhan dan dakwaan dilontarkan kepada bekas induknya itu.Selama ini PKR adalah parti terbaik,parti pembela rakyat.Kalau ditanya pemimpin PKR maka Zulkifli ini seorang manusia yang tidak membawa apa-apa faedah dalam PKR.

Kali ini,Zulkifli sekali lagi mencetuskan sensasi.Konspirasi Syaitan menjadi medium terbarunya untuk meletakkan dirinya semula dalam kancah politik negara.Dalam keadaan dirinya yang semakin terpinggir sejak dinasihatkan keluar dari PKR maka Zulkifli perlu mancari isu untuk orang masih menyedari dia masih wujud dalam polemik politik hari ini. Namun dakwaan konspirasi yang didakwanya melibatkan perjanjian sulit antara pimpinan tertinggi DAP-PKR telah mencetuskan satu dimensi baru dalam hubungan Pakatan Rakyat.Pemimpin DAP menafikan malahan menuduh Zulkifli seorang yang tidak siuman.

Hari ini pula, Zulkifli menegaskan dia menunggu masa terbaik untuk mendedahkan perkara itu.Satu tindakan pelik kerana setelah dia membuat pendedahan berkaitan perjanjian sulit itu tetiba hendak menunggu masa sesuai pulak untuk mendedahkan kesudahan konspirasi tersebut.Masa yang sesuai itu bila?Nak tunggu sampai bila?.Apakah dakwaan itu sekadar fitnah semata-mata?.Jika dia memiliki fakta lengkap dan benar konspirasi itu memang wujud,dedahkan sekarang.Tunggu masa apa lagi?.Kalau sekadar lempar batu sembunyi tangan maka Zulkifli hanya seorang ahli politik kedai kopi semata-mata.Sekadar dengan cakap barangkali. Apakah Zulkifli juga bekerja untuk pihak tertentu, membuat macam2 pendedahan untuk meretakkan  hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat?.Zulkifli, Mohd Fairus dan Datuk Zahrain Hashim adalalah antara orang yang mempunyai kredibiliti untuk menyerang PKR kerana mereka adalah bekasan pemimpin PKR.Mungkin cakap2 mereka boleh dipercayai walaupun sekadar mereka-reka cerita.Selain dari itu,Ezam Mohd Noor juga antara individu yang masih vokal menyerang PKR dengan pelbagai dakwaan.

Hari ini terlalu ramai bekas pimpinan terbuang PKR memainkan peranan untuk memecahbelahkan hubungan antara sekutu dalam PR.Masalahnya mereka cuma melaga-lagakan antara DAP-PKR sahaja.Ini boleh dibaca tujuannya.Ia tidak lain selain ingin memusnakan kepercayaan ahli PKR itu sendiri dan membuatkan  ahli dan penyokong PAS berpaling tadah.Sebenarnya pendekatan yang diambil oleh bekas pimpinan kecil ini akan menambahkan sokongan Cina kepada DAP dan PKR.Sifirnya mudah,makin dituduh macam2,makin kuat sokongan itu berpihak kepada PR.Tidak akan berjaya jika tuduhan dan fitnah direka-reka dalam saat PRU13 makin hampir.Rakyat yang memihak kepada pembangkang akan menganggap apa yang dilakukan hanyalah sekadar pendekatan terdesak pihak UMNO-BN dan cuba menggunakan wakil rakyat bebas dari PKR untuk dijadikan tali barut.Idea itu akan memakan diri sendiri.

Terlebih baik UMNO-BN dan mana-mana wakil rakyat bebas buat kerja untuk memujuk rakyat dengan pembangunan dan membela kebajikan mereka.Itu lebih menarik hati rakyat.Daripada buat kerja bodoh dan sia-sia ini. Daripada membuat pelbagai benda yang sengaja mencari nahas elok rasanya UMNO-BN mencari pendekatan lebih lembut dan lunak.Elok diambil pendekatan memulihkan kepercayaan rakyat bukannya mencari helah utk memperlihatkan pakatan pembangkang itu jahat.Cara itu akan membuatkan rakyat lebih yakin pakat pembangkang di pihak yang benar.Kedudukan sekarang ialah UMNO-BN yang terdesak.Jika demikian,rakyat melihat apa yang dilakukan UMNO dan sekutunya atau wakil rakyat bebas adalah sikap orang-orang yang terdesak.Bila ini terjadi,maka semua dakwaan,tuduhan hatta yang benar sekalipun akan ditepis rakyat.Rakyat terus memberi kepercayaan kepada pembangkang.

Kalau benar wujud 'konspirasi syaitan' itu,jangan cakap berbelit-belit.Sekaranglah masanya untuk dedahkan kebenarannya.Bukan berdolak-dalik.Sekarang PRK Dun Galas dan Batu Sapi sedang rancak berkempen.Sesuai untuk dihidangkan kepada rakyat di sana.Pakatan jahat yang dikatakan wujud itu perlu didedahkan segera dan ia boleh menjadi pemangkin untuk BN meraih kemenangan.Nak tunggu masa sesuai, bila masa sesuai tu?.Sekarang dah didedahkan kepada media massa maka sekaranglah masa sesuainya.Memang cakap berdolak dalik beginilah akan membuatkan ahli politik atau sesiapa sahaja tidak dihormati dan dibenci rakyat.Sekejap macam tu,sekejap mcm ni.Kalau benar ingin menegakkan kebenaran,tunggu masa apa lagi?..kecuali apa yang didakwa itu hanyalah cerita rekaan semata-mata. Apa cerita dengan janda Pahang tu Zul Nordin?Dengar katanya,cerita tu ada dalam tangan pihak tertentu...hati-hati la jika benar.




PRK GALAS : UMNO-BN, hati-hati menabur janji

Setiap kali ada PRK peringkat DUN atau Parlimen, pasti akan ada projek baru,pembangunan ekspress untuk rakyat.Pembongkaran pelbagai isu,saling tuduh menuduh dan seumpamanya ada terjadi. PRK Dun Galas,UMNO-BN pada mulanya seperti tidak akan menabur janji sebagaimanan PRK-PRK yang terdahulu.Pemimpin tertinggi UMNO melaungkan hasrat mereka untuk tidak menjanjikan sebarang pembangunan segera atau projek mee segera di Dun Galas.Namun segala cakap2 itu hanya sandiwara semata-mata.Sejak akhir2 ini, Kerajaan BN sudah mula menabur 'gula-gula' kepada rakyat Galas.Sudah diwarwarkan rumah PPR,kemudian Hospital Besar Gua Musang..dan mungkin di saat2 hampir hari pengundian akan ada lagi janji 'emas' untuk rakyat di sana.

Difahamkan,Hospital Besar Gua Musang yang dijanjikan itu sudah lama terbengkalai.Setelah Dun Galas ini kosong, dendangan lagu 'MARI BERJANJI' menjadi senjata BN semula.Isunya di sini, kenapa selama ini hospital itu terbiar begitu sahaja,sedangkan tempoh siap sudah lama berakhir.Kalau sebelum ini projek itu terbiar dan terbengkalai,apa jaminan utk pastikan hospital tersebut boleh disiapkan?Bagaimana jika BN kalah dalam PRK Galas,apakah hospital tersebut akan disiapkan juga?Atau akan terus tersadai seperti sebelumnya?.

Sekarang ditambah lagi senarai janji,iaitu rumah PPR sebanyak 1500 buah.UMNO-BN masih tidak belajar dari sejarah lamanya,suka berjanji mcm2 tetapi utk menunaikannya jauh panggang dari api.Bukan tidak mampu tetapi sengaja bermain 'tarik tali' dengan rakyat.Kalau rakyat tidak memilih UMNO-BN,maka projek itu tidak akan dilaksanakan,masalahnya kalau rakyat memilih UMNO-BN pun projek itu tidak juga ditunaikan.Bila datang lagi PRU atau PRK janji sama diulang2 untuk memancing undi.Rakyat hari ini sudah sedar akan permainan politik UMNO-BN ini.Rakyat sudah tidak percaya lagi.Lihat kepada  Manek Urai,apa yang terjadi,semasa PRK Manek Urai UMNO-BN juga berjanji terutamanya jambatan untuk kemudahan rakyat seberang sungai menyeberang.Setelah PRK tersebut berakhir,UMNO kalah maka sehingga hari ini jambatan yang dijanjikan itu langsung tidak nampak 'muka'.Dan kalau UMNO menang dalam PRK itu,besar kemungkinan jambatan itu tidak akan disiapkan juga. Janji jambatan itu akan digunapakai untuk PRK atau PRU pula.Setelah menang,janji tetap tinggal janji.Itulah sikap UMNO dan BN.Suka mempermainkan rakyat.

Di Galas ini,kerajaaan UMNO-BN sekali lagi berjanji.Sepatutnya UMNO usahlah berjanji,kalah atau menang teruskan sahaja projek itu semerta.Usah ditangguh lagi.UMNO-BN bukan tidak mampu tetapi sengaja bersikap begitu untuk mengekalkan kuasa.UMNO-BN seperti menaruh syak buruk kepada rakyat kerana jika segala pembangunan dilakukan maka PRU atau PRK akan datang,rakyat akan mengundi pembangkang.Sebenarnya jika benar UMNO-BN jujur dan membela rakyat tiada sebab untuk rakyat memilih pembangkang.Rakyat akan tetap setia dengan UMNO-BN.Masalahnyan UMNO-BN suka menipu rakyat bila berjanji.

Projek dijanjikan untuk PRK Galas itu juga bukan mudah untuk ditunaikan apatah lagi jika itu hanya sekadar memancing undi maka 1500 buah rumah PPR itu juga satu main politik yang menjadi gula-gula pilihanraya semata-mata.Rakyat sudah lali dan sudah sedar betapa UMNO-BN suka mempermainkan rakyat.UMNO perlu sedar dan berubah sikap mereka bila berjanji dengan rakyat.Musim PRK atau PRU macam2 pembongkaran dilakukan UMNO terhadap pembangkang untuk menunjukkan betapa buruk dan tidak bertanggungjawabnya pembangkang kepada rakyat.Namun belakang tabir, UMNO-BN jauh lebih jahat dari pembangkang.Pembangkang tidak membuat apa2 pembangunan kerana MEMANG jelas mereka tidak mampu cuma memberi pilihan utk rakyat mengajar UMNO-BN sahaja.Masalahnya UMNO-BN yang memang memiliki kemampuan dan sumber kewangan yang lebih dari cukup tidak juga melaksanakan pembangunan yang dijanjikan, apa masalahnya?. Itu lebih teruk dan lebih jahat sebenarnya.

Rakyat baik di kota mahupun di desa sudah celik politik, sudah celik janji kosong, sudah celik IT.Mereka sudah tidak boleh ditipu atau diperdaya mudah-mudah.Maklumat yang mereka terima lebih telus,cepat dan terkini.Mereka mampu menilai apakah janji2 yang dilontarkan kepada mereka itu benar atau munafik.Rakyat sudah maju,rakyat sudah bijak dalam berfikir dan membuat keputusan.Sudah puluhan tahun UMNO berjanji dengan rakyat Kelantan.Untuk tunaikan apa yang dijanjikan jauh panggang dari api.Suka menanam tebu di bibir mulut.Rakyat Kelantan boleh melihat apa yang terjadi dengan jirannya di Terengganu.Terengganu lebih daif dari Kelantan,sedangkan Terengganu memiliki hasil minyak yang cukup-cukup lumayan namun pembangunan di negeri tersebut lebih perlahan dari apa yang berlaku di Kelantan. Apakah UMNO tidak sedar?Apakah UMNO beranggapan rakyat Kelantan terutamanya tidak nampak apa yang terjadi di Terengganu itu?

UMNO-BN jangan sesuka hati menabur janji.Segala janji yang pernah ditabur selama ini rakyat telah senaraikan satu persatu-Rakyat juga membuat senarai semak secara teliti mana janji yang ditunaikan dan mana janji yang hanya sekadar berjanji.Dari segala senarai semak tersebut,majoritinya UMNO gagal tunaikan.Hanya suka berjanji sahaja.Sekadar janji semata-mata.Rakyat sudak muak dan benci dengan sikap kerajaan yang terlalu suka berjanji sdgkan terlalu liat untuk tunaikan.Kalah atau memang dalam pilihanraya sama sahaja, UMNO-BN hanya sekadar menjadikan janji itu sebagai umpan semata-mata. 'Munafik kubra' bila berjanji. UMNO-BN perlu sedar bahawa hayat mereka di tampuk kuasa makin mengikis jika sikap lama masih tidak berubah,transformasi tidak terjadi sepertimana yang digembar-gemburkan maka PRU13 merupakan PRU terakhir UMNO-BN bergelar pemerintah.

Sikap suka berjanji dan tidak menunaikan janji ini perlu dihentikan segera.UMNO-BN perlu berhati-hati bila menabur janji.Sikap buruk lampau dalam berjanji jangan diulangi.Kesan daripada kelemahan menunaikan janji itu semakin membarah.Rakyat sudah tidak percaya lagi.Rakyat hanya mendengar jauh sekali untuk rakyat percaya.Satu persatu janji kerajaan tidak ditunaikan.Terlalu banyak senarai janji dalam pilihanraya tidak tertunai.Projek terbengkalai yang diusahakan kerajaan pun berapa banyak yang tersadai.Bukan sedikit.Tersadai sana,tersadai sini.Mana rakyat nak percaya dan yakin dengan segala janji kerajaan.Hospital Gua Musang itu pun sudah lama terbiar, baru kini diperbaharui janji kerana ingin memancing undi Dun Galas,apakah rakyat boleh percaya?Rasanya rakyat tidak akan tertipu buat kali kedua.Hospital itu bukan janji pilihanraya pun tetapi tangungjawab sosial kerajaan,kalau UMNO tidak bangunkan projek itu pun rakyat tidak berkecil hati sebab bukan janji.Namun kalau yang dijanjipun tidak ditunaikan maka yang bukan janji lagi la kerajaan buat sambil lewa. Peluang untuk terbengkalai dan terbiar pasti besar.

UMNO-BN sepatutnya perlu tahu bahwa rakyat sudah lama tersedar dan terjaga dari sebuah mimpi yang bernama JANJI PILIHANRAYA.Rakyat mmg tidak percaya lagi dengan janji-janji kerajaan,kecuali janji-janji itu dilaksnakan segera sewaktu pilihanraya sedang berlangsung.Habis pilihanraya,projek yang dijanjikan pun siap.Jika demikian, mungkin UMNO-BN akan kekal di hati rakyat.Rakyat akan kekal setia menyokong kerajaan.Jika sebaliknya,usah harap untuk rakyat tertipu dan terus tertipu kerana rakyat pun bijak menilai.Rakyat sudah lama lena dan tertidur dengan janji.Kehidupan rakyat masih kekal seperti janji-janji awal terdahulu sehingga janji terkini kehidupan rakyat masih tidak berubah.

Belajarlah dari kesilapan lalu.UMNO-BN kena berubah segera.Lakukan transformasi segera bukan sekadar menjadi slogan atau retorik semata-mata.Sedangkan hakikatnya masih sama.UMNO-BN kekal menabur janji dan menjadi munafik untuk menunaikan janji.Rakyat makin menjauhi UMNO-BN.Rakyat makin marah dan berdendam dengan UMNO-BN.Usahlah berani menabur janji sesuka hati.Kelak UMNO-BN hanya tinggal nama sahaja. Apakah setelah UMNO-BN  menerima nasib seperti di Pulau Pinang,Kedah,Selangor atau Kelantan baru hendak insaf?Baru nak membela nasib Melayu konon2nya?.Janganlah hilang kuasa satu Malaysia baru UMNO-BN ingin berubah.Itu satu kerja pandir.Tidak berguna lagi.Insaflah sekarang.Sekarang juga.Jangan tunggu2 lagi.Masa makin singkat.Tiada masa lagi...Jangan sesuka hati menabur janji.
 
 

Friday, October 29, 2010

SIAPA JUARA ?

Kerancakan Piala Malaysia makin terasa.Masing-masing memulakan serangan psikologi.Baik pemain mahupun antara jurulatih kedua2 pasukan yang akan bertanding malam esok.Menteri Besar negeri pasukan berkenaan juga masing-masing menawarkan insentif wang dan sebagainya.Nampaknya makin berbahang suasana perlawanan di Bukit Jalil nanti.Penyokong kedua-dua pasukan juga makin hebat.Tiket di kedua-dua negeri juga 'SOLD-OUT'.Penyokong pasukan berkenaan sudah mula merungut.Kalau awal2 baru-baru FAM dikatakan menangguk di air keruh kerana cuba mengambil kesempatan ke atas penyokong dan penonton.Hari in jumlah tiket yang mahal itu sudah habis.Tiada lagi.Penyokong dan penonton masing merasa kecewa kerana hasrat mereka untuk bersama dalam keriuhan dan kemeriahan di Bkt Jalil nanti hanya tinggal harapan.

Ramalan bekas bintang bola sepak negara dan jurulatih pasukan negeri dan kelab juga mula memilih pasukan yang dirasakan bakal juara.Pemilik Restoran Lagenda 17, Zainal Abidin Hassan memilih Kelantan berdasarkan kredibiliti dan dedikasi kerja Ketua Jurulatih Kelantan B.Sathianathan.Beliau mengakui Sathianathan mempunyai perancangan yang lebih baik berbanding Negeri Sembilan.Mulai malam ini dan esok,pasti akan ada ramalan daripada individu tertentu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bolasepak untuk memilih juara Piala Malaysia edisi ke-83 ini. Artis-artis juga pasti akan menghiasa dada2 akhbar berkaitan ramalan mereka.Penyokong pasukan sudah pasti akan memilih pasukan negeri masing-masing.Semuanya ini untuk menambahkan lagi kehangatan,keriuhan,kemeriahan dan lebih mengejomhebohkan lagi perang psikologi perlawanan akhir malam esok.

Malam esok,segala-galanya akan terjawab.Ramalan,pilihan, agakan hanya sekadar rasa hati.Bola itu bulat,macam-macam boleh jadi.Tahun lalu,Kelantan menjadi pilihan akhirnya tewas dengan jaringan yang agak memalukan.Bukan itu sahaja,penyokong fanatik juga menambahkan derita pasukan Kelantan kerana stadium Bkt Jalil terbakar akibat luahan kecewa dan marah kepada prestasi pemain dalam perlawanan tesebut.Kali ini mereka datang lagi,membawa harapan dan hasrat menggunung untuk menebus kekalahan lalu.Pasukan lawan juga adalah pasukan yang sama.Kali ini sudah kedengaran,Kelantan sekali lagi menjadi pilihan untuk muncul juara.Ini berdasarkan persembahan Kelantan yang konsisten sepanjang pusingan awal,suku akhir dan separuh akhir. Bukan memilih bersikap memihak,mereka memilih berdasarkan faktor menarik dan menolak.Namun perlawanan akhir tidak seperti perlawanan biasa-biasa.Suasana menjadi lain,gegak gempita sorakan ratusan ribu penonton juga boleh membuatkan pemain kedua-dua pasukan menjadi gugup,ada yang makin bersemangat dan macam2 lagi. Hanya sikap tenang pemain,bijak kawal perasaan, penumpuan yang 100%, strategi dan percaturan jurulatih akan menjadi penentu.Selebihnya nasib dan takdir pasukan masing-masing.Siapa juara?Tunggulah wisel penamat malam esok.Kalau boleh biarlah Kelantan pula kali ini menjadi juara...kalau tahun lepas sebagai hadiah kepada YDPB Negeri Sembilan yang baru, kali  ini Kelantan pula ingin menghadiahkan Piala Malaysia itu kepada KDYMM Sultannya yang baru, Tuanku Sultan Muhammad ke-V sebagai meraikan perlantikan Baginda sebagai Sultan Kelantan yang ke-29

KES LIWAT : Saiful vs DSAI

Apakah Kes Liwat 2 ini satu permainan politik?_________

Awal2 dulu diceritakan, Saiful mengatakan selepas diliwat dia tidak membuang air besar selama 2@3 hari [ tidak pasti bilangan hari]. Kejadian liwat itu juga menggunakan minyak pelincir.Namun dalam soal balas pihak pembela ke atas Dr.Mohd Razali Ibrahim [ pakar bedah Am HKL ] mengatakan tiada najis dalam rektum.Ini menunjukkan bahawa Saiful berbohong.Jika benar sudah 2 hari dia tidak membuang air besar masakan raktumnya kosong. Kedua,jika benar minyak pelincir digunakan untuk meliwatnya,Dr Razali juga menjelaskan tidak terdapat tanda-tanda minyak pelincir itu digunakan.Tiada sebarang kesan yang diperolehi dari dubur Saiful. Aduhhh..kes ini makin 'berselerak'.Hati-hati Saiful,jika kamu berbohong maka impaknya akan terpalit ke atas UMNO dan pemimpinnya.

Kes Liwat 2 ini dikatakan konspirasi seterusnya dari pihak UMNO ke atas DSAI.Jika wujud pembohongan maka tuduhan pembangkang ke atas UMNO menuju kebenaran.Ingat!!!..PRU13 makin hampir,jika isu liwat ini sekali lagi menunjukkan wujud konspirasi,penyokong UMNO pula yang akan meroboh 'mahligai kuasa UMNO' dalam PRU akan datang.Kalau selama ini ramai yang keliru, mungkin kes Si Saiful ini akan memporak-perandakan UMNO.


Thursday, October 28, 2010

FINAL PIALA MALAYSIA : Tiket 'sold-out'.

A
Nada menyindir...
Sudah menjadi matlamat utama dalam setiap urusan perniagaan.Keuntungan perlu diraih semaksima mungkin.Cara dan pelan bertindaknya harus bijaksana.Semuanya ini ditunjukkan oleh FAM,seumpama menangguk di air keruh.Mengambil kesempatan ke atas hasrat peminat fanatik pasukan yang bertanding untuk menaikkan harga tiket perlawanan akhir.Mengapa pada edisi final kali ini?Mengapa kenaikan harga tiket itu tidak dilakukan dalam final tahun depan.Peminat pun boleh bersedia dari awal jika FAM mengumumkan hasratnya untuk menaikkan harga tiket. Itulah kelebihnya sistem monopoli dalam perniagaan.Ikut suka kita menaikkan harga.Pengguna tidak ada pilihan. Memang peminat memberrontak dan menentang pada peringkat awal.Namun kerana minat, mereka perlu pejam mata seketika utk melepaskan geram kerana minat pada pasukan pilihan masing-masing.Mahal pun mahal lah.Dalam hati merungut dan sumpah seranah tetap ada.Tambah2 lagi kalau pasukan kesayangan mereka kalah.Lagi terasa harga tiket tu mahal.


Jadual Perlawanan
Memandangkan final tersebut adalah penutup tirai bola sepak negara untuk tahun ini maka kemeriahan yang bakal berlaku pasti tidak mahu dilepaskan peminat.Justeru,harga tiket yag agak mahal dan dinaikkan di saat akhir sehingga menimbulkan kemarahan dan keresahan peminat, mereka tetap juga membeli tiket tersebut kerana tidak mahu terlepas peluang untuk menonton perlawanan tersebut di depan mata secara realiti.FAM menyedari hakikat itu sebab itulah FAM berani menaikkan harga tiket kerana mereka yakin peminat akan membelinya juga walaupun awalnya membantah, memprotes dan ancaman memboikot perlawanan.Bagi peminat fanatik,pencinta tahap taksub kepada bola sepak,mahal macamana pun mereka akan berusaha untuk mendapatkannya.

SEMOGA KELANTAN MENJADI JUARA

KAU PERGI JUA...

Wajah Mbah Marijan
Pemegang Kunci Gunung Merapi yang lebih dikenali dengan nama MBAH MARIJAN telah kembali ke rahmatullah kerana terkorban dalam letupan gunung berapi Merapi di Yogyakarta kelmarin.Diceritakan mayatnya dalam keadaan bersujud.Mungkin kalau benar,itu mayatnya [ lihat gambar di bawah ] maka Mbah Marijan mungkin sedang menunaikan solat.Sudah tertakdir begitu.Selama ini beliau selalu menyampaikan 'berita' utk berpindah kepada penduduk di kaki gunung tersebut jika tiba saat ia akan meletup namun kali ini,mungkin sudah ajalnya begitu,maka jika dia tahu sekalipun, dia sudah ditakdir utk meninggal di situ.Dalam keadaan bersujud begitu.Semoga ada kemuliaan baginya.


Dikatakan mayat Mbah Marijan,mati dalam keadaan bersujud
Cara kita dijemput mengadap-Nya terpulanglah pada kehendak-Nya.Kalau dalam keadaan terbakar maka begitulah hakikatnya.Kalau keadaan lemas maka begitulah keadaannya.Dalam kalau dalam keadaan sujud maka Mbah menerima takdirnya sedemikian.Hanya Allah Mengetahui kesudahannya.Kita hanya mampu berdoa dan bertawakal. 


Keadaan sisa tinggalan rumah Mbah Marijan selepas dilanda lahar Gunung Merapi
Gambar di atas adalah tinggalan sisa rumahnya yang terkena letupan lahar Gunung Merapi tersebut.Hancur dan tinggal beberapa batang kayu atau tiang sahaja.Lain2nya sudah hangus barangkali.


Gunung Merapi sedang mula mengeluarkan asap dan laharnya
Kelihatan Gunung Merapi sedang berasap,mungkin sedang meluahkan lahar panasnya.Setakat ini telah meragut nyawa 30 orang penduduk.Salah seorang termasuklah Pemegang Kunci gunung tersebut,Mbah Marijan atau nama sebenarnya Mas Penewu.Berusia 83 tahun.Sudah tertakdir ke atasnya begitu.Kesudahan hidupnya demikian,semoga akhir hidupnya adalah HUSNUL KHOTIMAH.Bersujud itu mungkin antara tanda-tandanya.Semoga Allah memberkati semua mangsa yang terkorban jika mereka itu beragama Islam
Amin.

Wednesday, October 27, 2010

BILA MERAPI 'BERSUARA'

 Gunung Merapi kelihatan puncaknya mengelembung dan seperti sedia meluahkan
 laharnya semula.Kali terakhir gunung Merapi ini meletup ialah pada tahun 2006.

Beberapa hari yang lalu saya terbaca kisah seorang wartawan yang kecewa,mengeluh dan kesal dengan sikap seorang hamba Allah yg pada pandangan wartawan tersebut begitu istimewa, banyak misteri dan banyak kisah pelik serta dikira 'keramat' sehingga digelar 'pemegang kunci' Gunung Merapi.Usianya sudah tua. Hasrat wartawan itu hanya satu iaitu ingin menemuinya dan mendapat sedikit 'cerita' secara langsung dari mulutnya sendiri. Namun kehadirannya ke rumah orang tua itu ditolak.Tidak ingin menerima kehadirannya malahan langsung tidak keluar bertemu wartawan berkenaan walaupun sudah berada di hadapan rumahnya.Penolakan itu pun melalui anak saudaranya. Wartawan itu begitu kecewa dengan sikap Mbah tersebut yang seolah-olah tidak menghormati tetamu. Dalam Islam, kita dituntut menghormati tetamu.

Hari ini, terkeluar berita mengatakan Mbah ajaib itu sudah mati.Dia menjadi mangsa korban letupan Gunung Merapi.Berpuluh-puluh nyawa turut terkorban.Mungkin Mbah tersebut di akhir hayatnya.Selalunya orang yang nak mati ni selalu berperangai pelik. Mbah tersebut dikenali dengan nama Mbah Marijan atau nama sebenarnya Mas Penewu Suraksohargo, berusia 83 tahun, berasal dari Dukuh Kinahrejo, Desa Umbulharjo,Cangkringan, Sleman. Memegang amanah 'pemegang kunci' Gunung Merapi daripada Sri Sultan Hamengkubuwono IX. Mbah Marijan dikatakan boleh meramal saat Gunung Merapi akan meletup. Saat kematian sendiri tiada siapa yang tahu. Buat wartawan Mingguan Malaysia, En. BORHAN B. ABU SAMAH, mungkin kedatangan tuan ke rumahnya di saat dia sudah 'nampak' akhirnya hayatnya hampir tiba,maka waktu2 begitu bagi mereka yang 'mengenal diri' selalunya tidak mahu lagi berjumpa sesiapa mungkin dia sedang 'menguruskan kepulangannya' ke alam baqa, menemui Penciptanya.Maafkan Mbah Marijan.Al-Fatihah untuknya
 
 
 

MATI AKHIRNYA...

Sotong PAUL menjadi 'GEMULOH'
Kemeriahan Piala Dunia edisi yang baru lalu begitu terasa dengan kehadiran Paul sebagai tukang ramal.Menjadi kebetulan, pasukan 'pilihannya' menepati apa yang ramal.Semua pasukan yang menjadi ramalannya menjadi kenyataan.Menepati apa yang berlaku.Sehingga keputusan di  final pun menjadi kebenaran walaupun kebetulan sahaja.Sepanyol muncul juara mengalahkan Belanda.Sehingga nyawanya terancam.Pelbagai pandangan dan pendapat mengenai sotong Paul ini.Menjadi terkenal dan rebutan negara tertentu untuk menjaganya.Sehingga ada pengawal 'peribadinya' sendiri. Namun hari ini, Paul telah bergelar 'gemuloh', arwah atau mendiang kerana Paul sudah tidak bernyawa lagi.Hayatnya berakhir kerana dia sendiri pun tidak tahu saat kematiannya.Meramal macam2,nasib sendiri tidak tercapai dek akal.

JADILAH SEPERTI AIR...

Air boleh dibentuk,membentuk dan terbentuk mengikut apa yg dimasukinya.Air berupaya menjadi apa sahaja.Berada dalam botol,ia membentuk botol, berada dalam cawan,ia menjadi cawan, berada dalam periuk, ia menjadi periuk, dipanaskan menjadi panas, dibekukan menjadi beku..Apa-apa sahaja yang dimasukinya atau apa saja yg diolah ke atasnya maka ia terbentuk, membentuk dan dibentuk mengikut acuannya. Air berubah, diubah dan terubah berdasarkan situasi.Lembut dan mudah dilentur namun lembut air bukan untuk dilipat2,lembut air bukan sebarang lembut.Waspada dengan air. 'Keganasannya' adalah dalam sifatnya yang lembut itu

Air waktu kecil menjadi 'kawan' bila besar...tenggelam semuanya
[ Gambar di atas : Banjir melanda Bangkok,Thailand ]
Air boleh melarut,boleh memusnah, boleh meruntuh malah boleh menghanyutkan sebuah gunung bila ia berada dalam kapasiti yang besar jumlahnya. Ia bisa menyejukkan kepanasan, bisa meredakan ketegangan, bisa menghilangkan dahaga, bila menyucikan yang kotor, bisa mendamaikan bila sesekali ia berombak menghempas pantai, menyeronokkan bila sesekali ia menyusuri di tepian pantai.Namun air ini boleh menjadi musuh yang kejam jika tidak dibendung 'pergerakannya'.Sejuknya memusnah, sejuknya menyusahkan, sejuknya membahana, dan sejuknya membuat banyak jiwa merana.Itulah air.Jadilah air,dalam sejuknya ia bisa bertukar ganas jika tidak berhati2 dengan sifatnya yang semulajadi.

 
 

BILA BERGELORA

Ombak membadai benteng sehingga mencecah  bangunan setinggi 4 tingkat
Air ini umpama api,kecil menjadi kawan.Banyak faedah,banyak kegunaannya.Banyak manfaat boleh dijana daripada air ini sewaktu jumlahnya dalam sukatan yang kecil.Namun sama seperti api,bila dalam jumlah besar, bergelora, bergelombang maka ia boleh memusnahkan apa sahaja di hadapannya.Membujur lalu melintang patah.Tsunami 2004, telah mengorbankan ribuan nyawa.Aceh dan beberapa negara lain di dunia yang terlibat serangan Tsunami ini telah menjadi padang jarak padang tekukur.Itulah,bila air besar,'marahnya' membadai,tiada apa yang mampu menghalangnya.



ISLAM ITU BENAR DAN AMAN


Tony Blair adalah antara pemimpin utama dunia yg begitu memusuhi  Islam. Sewaktu dia menjadi PM Britain, Blair adalah antara puluhan pemimpin Barat yang ingin melihat negara-negara Islam terhapus di muka bumi ini.Iraq, Iran, Syiria, Jordan, Libya,malahan Palestin juga sentiasa menjadi matlamat Barat untuk dimusnahkan.Kejatuhan kerajaan Saddam Hussein juga antara salah satu dari 'jasa' Tony Blair.Hari ini negara Iraq menjadi padang jarak padang terkukur,masih kacau bilau,tidak aman,rakyatnya menderita adalah antara sebahagian dari kerja-kerja tangan Tony Blair dan rakan2 munafiknya yang lain. Namun permusuhannya terhadap Islam yang tidak kunjung  padam itu,  terpukul bilamana adik iparnya sendiri sudah menerima agama yang selama ini dimusuhinya.Islam itu adalah benar dan membawa kebenaran serta keamanan.Jika tidak,mengapa adik ipar Tony Blair yang asalnya Kristian akhirnya memilih Islam.Sepatutnya Blair merasa malu dengan tindakannya selama ini.Islam itu indah dan mendamaikan.


TANDATANGAN SEORANG PRESIDEN

Bentuk tandatangan Presiden Barack Obama
Bagi mereka yang mempunyai kebolehan membaca personaliti seseorang berdasarkan bentuk tulisan dan tandatngannya maka personaliti dan keperibadian Barack Obama sudah sedikit sebanyak boleh dibaca.



Presiden Obama sedang menurunkan tandatangannya pada autograf 'seorang peminatnya'.
Ragam Global di atas, merakamkan detik2 seorang Presiden terkenal dunia menurunkan tandatangannya kepada skrin iPad antara ribuan orang yang mengerumuninya untuk bersalaman.Barack Obama sempat menunaikan hasrat  seorang peminatnya.


Tuesday, October 26, 2010

PRK DUN GALAS

PAS : Dr.Zulkefli  b. Mohammad [ 44 tahun ] 

BN : En.Abdul Aziz b.  Yusuff [ 47 tahun ]
_______________________________________________
SAH : Pertandingan hanya antara 2 penjuru
_______________________________________________
Proses penamaan calon untuk PRK Dun Galas telah selesai.Muktamad. Hanya dua calon sahaja yang menyerahkan borang pencalonan.Kedua2nya sudah diterima dan disahkan pencalonan mereka.Satu dari PAS,satu dari UMNO. Satu calon kelulusan Ijazah Kedoktoran,satu calon lagi kelulusan 'Ijazah' Sijil Pelajaran Malaysia.Dari segi tahap kelulusan,satu calon sudah mendahului lawannya.Namun kelulusan bukan penentu kemenangan tetapi menjadi penyebab utk menang.Jgn diambil mudah.

Umur mereka hampir2 sebaya,dalam lingkungan 40-an.Satu calon 44 tahun satu lagi 47 tahun.Masih dalam kapasiti kuat berkerja.Zahir dan batin.Sekarang yang menjadi tumpuan seterusnya ialah jentera kempen,pengarugh peribadi kepimpinan parti, maklumat yang disampaikan berjaya mempengaruhi pengundi,dan siapa yang lebih dipercayai, [ parti dan calon ]. Sekali imbas Ku Li dan Tokguru adalah antara penentu besar dalam menjana kemenangan calon-calon yang bertanding.Faktor2 lain menjadi pelengkap semata-mata.Ku Li dan Tokguru masing-masing mempunyai aura dan empayar pengaruh tersendiri.

Tarikh 04 November tetap dinanti2 oleh semua terutama kepimpinan kedua-dua parti,PAS dan UMNO.Tarikh itu menjadi keramat kerana pada tarikh itulah,kemenangan sebenar akan diumumkan oleh Pengurus Pilihanraya Dun Galas.Hari rombongan perarakan penamaan calon didahului PAS kerana berdasarkan maklumat,penyokong PAS mencecah 7,000 orang,manakala UMNO sekitar 3,000 orang atau lebih sedikit.Dari segi perang psikologi, PAS sudah menang di permulaan,peringkat seterusnya dapat dilihat bila kempen2 mula panas dan hangat.

Peribadi calon juga memainkan peranan.Dua2 calon bukan anak tempatan di Dun Galas,mereka menetap di Gua Musang.Maknanya dari segi tempat tinggal sudah seri.Tinggal lagi sahsiah dan akhlak mereka yg menjadi persaingan.Kelulusan akademik, calon PAS mendahului.Peribadi tidak mampu diberi pertunjuk kerana penulis tidak mengenali mereka berdua.Kenal 'atas angin' gitu2 je la.Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Bermula malam ini,perkembangan seterusnya akan lebih rancak.

Masing-masing berperang psikologi, dakwa dakwi, tuduh menuduh, bongkar kelemahan lawan masing-masing, 'gula' pilihanraya, janji2 pilihanraya, sogokan, ugutan, mcm2 akan bermula mulai mlm ini mungkin sudah lama bermula.Mungkin selepas bekas ADUN Galas dimakamkan,atau lebih awal dari itu sewaktu ADUN tersebut sudah sakit2.Kekuatan jiwa dan psikologi jentera kempen dan kekuatan semangat utk bekerja untuk parti menjadi antara pemangkin paling kuat,paling mujarab.Jika bala tentera kempen mudah dilemahkan, mudah dieksploitasi oleh anasair luar maka kemenangan yang dicari akan terlebih awal menjadi kelabu dan kabur.

Perang politik tidak kurang hebatnya dalam peperangan berdarah di medan perang.Masing2 menggunakan strategi dan pendekatan muslihat.Masing-masing ada helah bela diri,memasang jerat, terjerat, kena jerat, kena serang hendap jika sedikit sahaja kelalaian pihak lawan dapat dicungkil.Sejarah banyak membuktikan,kelemahan dalaman,kelemahan sendiri yang akan menjadikan lawan boleh menewaskan kita.Biarpun sedikit,jika bijak mengurus kelemahan itu,maka parahlah akibatnya.

Berperanglah atas dasar kekitaan kerana menang kalah masih sebangsa, seagama, sekaum, seMalaysia,
serumpun.Masih ada ikatab saudara antara pengundi,masih ada ikatan sahabat antara pengundi.Jgn bergaduh melampau,bergaduh sehingga menidakkan kewarasan dan tahap beragama antara kita.Jadikan pemimpin dalam erti kata sebenar.Jadilah pemimpin yang mendidik dan memimpin,bukanya mejadi pemimpin yang dipimpin.Diajar itu dan ini.Siapa kita jika bergelar pemimpin masih dikawal semua tindak tanduk kita.Belum merdeka kita jika demikian dan tidak layak untuk bergelar pemimpin.Pemimpin memberi teladan di hadapan, memberi semangat di tengahnya, memberi pengaruh di belakangnya.Itulah kepimpinan yang benar-benar luhur.Takdir Allah sudah ada,usaha manusia sedang menemui.


ISLAM DAN IMAN

Orang yang beriman pasti Islam,namun orang Islam belum tentu beriman.Islam dan Iman saling lengkap melengkapi akan tetapi Iman lebih bernilai,lebih berharga jika seseorang itu beragama Islam.Bagi umat yang tidak beragama Islam,mereka jauh dan tidak mungkin mencapai tahap beriman.Hanya sanya orang Islam sahaja yang mempunyai peluang untuk menjadi orang beriman.

Rukun Iman lebih mendahului Rukun Islam.Andai tidak mengakui Rukun Iman mustahil seseorang itu boleh mengakui dan mentaati Rukun Islam.Iman itu lebih penting jika sudah menganut Islam.Orang beriman mentaati dan patuh semua perintah Allah sedangkan orang Islam masih melakukan apa yang dilarang Allah dan Rasul-Nya.


Monday, October 25, 2010

MELAKA MAJU?..lucunyaaaa!!!!.

Melaka diisytiharkan sebagai sebuah negeri maju pada 20.10.2010, tepat jam 20.10 minit malam.Dengan terpatrinya nama Melaka Maju 2010 itu sepatutnya membuktikan Melaka merupakan sebuah negeri maju dari semua aspek,ekomoni baik, politik baik, sosial baik dan penghayatan agama juga perlu baik sebab Melaka negeri pertama menerima pengaruh Islam sewaktu Zaman Kegemilangan Sultan Melaka dahulu lagi.Kita kena maju mengikut acuan kita sendiri,sepertimana dihasratkan dalam WAWASAN 2020 jangan jadi  WASWAS 2020 pulak.

Betulkah Melaka maju tu?.Dgrnya masih ramai warga Melaka yg hidup dalam rumah buruk yg amat daif dan menunggu masa utk menyembah bumi.Penduduk sekitar Alor Gajah malahan sekitar Pengkalan Balak dan di sepanjang pantai tersebut masih jauh utk dikategorikan maju.Malahan di tempat2 lain di seluruh Melaka masih di bawah paras sederhana,usahkan nak dikatakan sudah maju.Apa penanda aras pemimpin UMNO di Melaka maka mereka ada hati utk mengumumkan Melaka sudah maju.Apakah ukuran maju itu hanya merujuk kepada sekitar Bandaraya Melaka sahaja?Kalau mcm tu,itu boleh dinamakan Bandaraya Melaka Maju bukannya Melaka maju.Melaka belum maju.Jauh dari tahap maju.Syok sendiri semuanya.

Jika benar Melaka maju,tentunya lapangan terbang Melaka akan sibuk dan sesak dgn pendaratan dan berlepasnya pesawat dari bumi Melaka.Sedangkan, purata penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang Melaka hanya satu kali sahaja,inikah dinamakan negeri maju?Ada cadangan dari YB Pembangkang di Melaka supaya lapangan terbang Melaka dijadikan padang permainan layang-layang.Bentuk layang-layang tu pula dibina atau dibuat menyerupai bentuk kapal terbang supaya nampak macam pesawat yg berterbangan di ruang udara negeri Melaka.Satu sindiran yg cukup tajam dan menusuk hati.

Entahlah,gilakan nama,pengaruh,pangkat dan kuasa..sanggup buat macam2 nak tunjukkan kepimpinan kita ni mcm hebat dan berdaya saing.Usahkan Melaka,Malaysia pun jauh dari tahap maju.Kalau negara pun masih tidak dalam kategori maju,mana nak datangnya negeri2 dlm Malaysia ni dah maju.Dalam bidang pendidikan pun kita masih ketinggalan.Bunyi negara kita ni bertaraf dunia dalam bidang pendidikan tetapi 10 universiti terbaik di Asia,TIDAK ADA satu pun universiti dari negara kita ini tersenarai sdgkan jiran di utara kita, Thailand ada universiti mereka tersenarai, Singapura juga ada tersenarai,Taiwan,Jepun,Korea dan China antara negara yg mencatat nama universiti mereka antara 10 yg terbaik di Asia.

Negara kita?. Gempak je lebih.Kita ni [ negara Malaysia] suka mendakwa itu dan ini.Pengeskport terbesar, pengeluar terbesar, ekonomi terbaik, pendidikan bertaraf dunia, negara Islam termaju di dunia, semuanya ada 'TER',menunjukkan kita terbaik dan dalam kelas tersendiri.Mmg dalam kelas tersendiri,kelas yg kita sendiri bina dan kita sendiri mengaku mcm2.Negara luar tidak pandang pun.Rakyat selalu terkena dan tertipu.Hidup rakyat terbanyak masih di bawah paras kemiskinan.

Sabah dan Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak,yang peliknya dua negeri ini masih di belakang Kelantan dalam ranking negeri miskin.Maksudnya Kelantan lebih maju dari dua negeri utama minyak yg diperintah UMNO tersebut.Mengapa jadi begitu?..Mana pergi hasil mahsul negeri mereka?.Siapa bolah jawab dan siapa nak jawab?Jawab, jangan tak jawab...jawab jgn tak jawab. PRU13 dah dekat...

Itulah Melayu..suka perasan.Biar papa asal bergaya.

BIAR BIJAKSANA

Apa-apa pun jika kita ingin bercakap...untuk menjadikan sesuatu itu berkesan biarlah kena dengan suasana.Contoh, sebagai perbandingan, jika ingin bercerita pasal hantu, perkara menyeramkan dan menakutkan, maka kita hendaklah melakukan di kawasan berdekatan perkuburan, pada waktu larut malam, mungkin di dalam kawasan hutan tebal, jauh di dalam kawasan perbukitan dan seumpamanya supaya yang mendengarnya terasa lebih berkesan, memberi impak yang maksima kepada yang mendengar.Mereka yang mendengarnya lebih tersentuh rasa takut di jiwa mereka.

Sebaliknya kalau kita bercakap pasal hantu dan perkara yang menyeramkan di waktu siang, dalam suasana orang ramai,maka ia tidak memberi kesan yang begitu mendalam malahan mungkin langsung tidak menimbulkan rasa takut kepada yang mendengarnya...

Justeru, untuk berbicara berkaitan sesuatu, biarlah kena dengan suasana barulah kita mampu untuk mendidik orang lain.Berdakwah pun begitu juga, perlu bijaksana.Kita bercerita tentang perkara makruh dan haram tetapi kita juga perokok tegar...mana orang nak 'makan' dengan nasihat kita..itu seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri...renung-renungkanlah.

FAM : Kuman seberang laut boleh nampak jelas...

Berhubung hukuman FAM ke atas jurulatih pasukan Kelantan, timbul pun pertanyaan, apa hukuman kepada Khairul Anuar Baharom tu?Hantukan kepalanya kepada pemain Terengganu tempohari sebenar jelas dan wajar diambil tindakan tegas lagi keras.Rasanya sehingga kini,bentuk hukuman masih belum diambil pun.Sikap yang ditunjukkan oleh Khairul Anuar itu lebih berat sebab ia berunsur keganasan dalam sukan.Memang nampak jelas, bertindak secara individu.Namun FAM seperti tidak begitu kisah pun?.Andai ada hukuman,tiada apa2 komen dan berita pun dalam media massa jadi pada saya,hukuman masih belum dijatuhkan.

Sikap Sathianathan yg memberi komen sekadar pendapat peribadi dia sebagai seorg jurulatih yang banyak pengalaman peringkatan antarabangsa dan tempatan sendiri.Dia antara jurulatih yang vokal dan berterus terang.Sikap begini perlu sebenarnya demi untuk kecemerlangan sukan bola sepak negara. Bukannya sikit2 nak hukum,sikit2 nak denda.Apa yg perlu rasa tersinggung dgn komen Sathia tu?.Tanya sapa2 pun mesti akan ada org beri komen.Samada komen itu diterima atau tidak itu soal kedua.Dia cuma mengeluarkan pendapat dari sudut pandangannya sendiri. Bukan mempengaruhi..hukuman 6 bulan untuknya terlalu kasar dan kejam.Hukuman untuk Khairul Anuar Baharom tu,mcm mana?Apa hukuman dikenakan untuknya?


HUKUMAN KE ATAS SATHIANATHAN : Menghukum biarlah berpada.

Tindakan FAM menjatuhkan hukuman selama 6 bulan ke atas Ketua Jurulatih Kelantan ekoran kenyataannya terhadap akhbar berkaitan isu venue perlawanan antara Perlis da Terengganu begitu berat dan bersifat kejam. B.Sathianathan bukan orang baru dalam sukan bolasepak,beliau pernah membimbing pasukan kebangsaan.Banyak berjasa kepada pasukan bolasepak negara.Namun hukuman yang dikenakan ke atas beliau seperti ada dendam yang tidak sudah.

Menjatuhkan hukuman sebegitu berat bukan memberi kesan yang baik sebaliknya akan terus memalapkan masa depan sukan bola sepak negara.Selepas ini,mana2 jurulatih yg ingin menegur tidak akan berbuat demikian walapun teguran itu perlu demi kebaikan bola sepak negara.Mereka akan membisu dan tidak berani lagi untuk buka mulut.Nampaknya FAM sudah menjadi satu badan sukan yang punya kekebalan dan veto yg tidak boleh disentuh.Menegur atau mengkritik mereka seolah-oleh seperti menjual negara.Begitu besar kesalahannya.

Menghukum tu biarlah berpada dengan niat untuk mendidik bukan membunuh motivasi dan semangat mana-mana jurulatih tempatan.FAM hanya akan maju dan cemerlang sekiranya bersikap terbuka.Sedia menerima teguran baik secara rundingan atau pun melalui dada2 akhbar atau media massa yang lain. Pada saya,hukuman selama 6 bulan itu terlalu kejam.Tidak berperikemanusiaan,sepatutnya mereka yang rasuah atau kesilapan lain yang memburukkan imej negara perlu diambil tindakan keras.Setakat menegur sebuah badan induk bola sepak negara pun begitu berat tindakan dikenakan maka kesan kepada perkembangan bola sepak negara akan lebih muram selepas ini.

FAM sepatutnya tidak menghukum En. Sathianathan begitu kejam.Dalam keadaan beliau sedang merangka strategi utk Kelantan berhadapan dengan Negeri Sembilan di final 30 Oktober nanti,hukuman itu sedikit menggangu mindanya.Mengganggu tumpuan pemain2 Kelantan.Bila jurulatihnya tidak ada bersama di bangku pemain,tentu mereka merasa tidak begitu yakin dalam permainan.Kita bukan liga profesional, minda dan skill pemain tidak sehebat pemain bertaraf profesional.Mereka perlu kepada jerit pekik jurulatih di tepi padang.Bersederhanalah dalam menjatuhkan hukuman.

Jgnlah dianggap seperti ada udang sebalik batu dalam menjatuhkan hukuman kepada jurulatih Kelantan di saat2 mereka sedang bersiap sedia beraksi di final Piala Malaysia pada Sabtu ini.Kemeriahan yang dinikmati pasukan serba merah itu akan sedikit terencat.Apapun,mungkin itu satu lonjakan buat Kelantan utk mengalahkan Negeri Sembilan di final,bukan sahaja menebus kehampaan lalu malahan sebagai sindiran kepada FAM itu sendiri.

Hidup Skuad The Red Warriors!!!..gomo Kelate gomo.

Sunday, October 24, 2010

SELANGKAH KE ALAM GHAIB..

Batu [ mungkin geliga,tidak pasti ] dalam batu.
 Nilai pindah milik : RM500.00

Nampak seperti geliga.Ditemui dalam batu.Batu berwarna cokelat itu menyerupai sebiji buah.Berbentuk buah,bila buah ini dipotong sedikit [ menggunakan mesin pengerat besi ] maka saya peroleh sebiji batu [ mungkin geliga ] berwarna cerah seperti dalam gambar di atas. Cantik,apa khasiat tidak saya ketahui.Buah pelik berisi sebiji batu cerah ini saya dapat dari seorang guru.Berminat boleh hubungi saya melalui email saya; group2418@gmail.com


SOKONGAN BIAR 'SENGOTI' [ JUJUR ]

Jangan sokong membawa rebah
PRK Dun Galas dan PRK Parlimen Batu Sapi akan berlangsung serentak pada 04 November ini.Esok,25 Oktober adalah hari penamaan calon bagi kedua2 tempat tersebut. Esok akan menampakkan bayangan sebenar kepada perhitungan terakhir menjelang hari pengundian nanti. Kekuatan sokong dan kebijaksanaan jentera kempen sebenarnya sudah dapat dilihat dalam kehadiran dan perarakan calon ke pusat penamaan calon masing-masing.Diharap tidak ada apa-apa kekecohan atau protes yang membawa kemungkinan mana-mana calon gugur kelayakan bertanding.Pergaduhan antara penyokong juga diharap tidak berlaku.Sikap provokasi melampau juga dapat dielakkan.Bertandinglah dalam suasana aman, harmoni dan penuh semangat kekitaan.Penuh ukhwah.

Para penyokong juga biarlah yang terzahir, itulah yang batinnya.Bercakap sama dengan bikin.Jangan sokong membawa rebah.Menang sorak kampung tergadai.Puas pemimpin berkempen, puas jentera kempen bersengkang mata memujuk,merayu agar mengundi calon masing-masing.Namun bila tiba hari pengundian, tetiba telunjuk lurus kelingking berkait.Di sangka menang tetapi kalah.Itu yang memilukan harapan parti dan calon.Kalau tidak puashati,tidak suka kepada parti atau pemimpin tertentu salurkan melalui parti bukan bertindak munafik dengan boikot atau menyokong parti lawan semasa pengundian.Jika tidak puashati, buat keputusan secara terus terang,nyatakan pendirian segera, jangan khianati kepercayaan parti dan pemimpin.Jangan jadi Abdullah b. Ubai.Sokongan yang terzahir biarlah sengoti.Biar jujur.Jangan protes semasa waktu pengundian.

MASA BERGELAK HAMPIR TAMAT...

Gelak jangan kuat sangat kerana PRU13 makin hampir..
belum tentu boleh ketawa lagi seperti ini.

UMNO perlu berwaspada dari sekarang.Jika leka dan lalai  mungkin kuasa yg ada di tangan ketika ini akan terlerai. Masa makin suntuk.Masa makin mendesak.Masa makin hampir utk menguji keutuhan kuasa UMNO. Jgn terlalu gelak besar.Kata pepatah di sebalik gelak ketawa itu akan diekori tangisan yang pedih dan begitulah sebaliknya.Gelaklah seadanya.

Cuba perhati di luar sana,apakah UMNO masih mendapat tempat di hati rakyat?.Apakah generasi muda majoritinya memilih UMNO untuk mendaftar sebagai ahli atau mereka lebih hampir dengan pembangkang.Kaji terperinci perlu dibuat secara tulus,bukan sekadar dengan cakap,bukan sekadar percaya dengan apa yang dilaporkan oleh pencacai politik atau mereka yang sekadar cari makan tapi bermuka-muka.

Maklumat yang diterima perlu tepat,benar dan menggambarkan keadaan sebenar di peringkat bawahan sana.PRK Dun Galas dan PRK Parlimen Batu Sapi menjadi kayu ukur sejauhmana hayat UMNO boleh bertahan.Jika majoriti undi  rendah apatah lagi kalau UMNO-BN kalah di kedua-dua kerusi itu,maka itu petanda UMNO dan sekutunya sedang menghampiri khotimah hidupnya sebagai kerajaan memerintah di negara ini.

Jangan menang sorak, kampung tergadai,jangan bergelak sedangkan ombak penolakan rakyat makin membadai. Nanti bukan ketawa yang berderai tetapi airmata yang berjurai-jurai.Sudah lama UMNO lalai,sudah lama UMNO membantai,hak rakyat banyak tergadai. Semua ditelan mereka yang 'otai'. Hanya sisa yang tertinggal.Habis manis,sepah bersepai.Rakyat terkebil2, terkapai.Harapkan pagar, habis padi mereka di telan pagar.Rencong di dalam ,pepat di luar.Amanah rakyat semuanya digadai.

HAK MELAYU : Benarkah terjamin ?.

 SENARIO LAMPAU
____________________________________________
" Kuasa raja pernah cuba dikurangkan oleh UMNO sewaktu pemimpin UMNO berkrisis dengan raja Melayu suatu masa dahulu.Kekebalan kuasa raja boleh dicabar di mahkamah, dan akhirnya UMNO berjaya mengurangkan kuasa dan kekebalan raja dalam hal-hal tertentu.Kalau kuasa Raja pun boleh diubah,apakah tidak mustahil hak dan keistimewaan Melayu itu boleh dipercayai benar-benar terjamin? "
____________________________________________

Ucapan penangguhan Presiden UMNO semalam menegaskan, "usahlah dibicarakan lagi soal hak dan keistimewaan Melayu kerana  dalam Perlembagaan Negara sudah termaktub dan tidak boleh diubah2 lagi.Apatah lagi  segala hak dan keistimewaan  dalam Perlembagaan Negara tidak  akan dapat diubah tanpa persetujuan 9 Raja-raja Melayu " . Begitulah antara intipati ucapan Presiden UMNO semalam.

Bunyi macam begitu kebal dan amat kukuh terpatri dalam Perlembagaan Negara. Segala hak dan keistimewaan Melayu itu akan kekal begitu sehingga kiamat. UMNO seperti benar2 mempertahankan hak dan keistimewaan bangsanya,Melayu.Benarkah demikian,betulkah UMNO benar2 memperjuangkan hak dan imuniti Melayu?Benarkah UMNO teras perjuangan Melayu?. Orang Melayu hanya akan benar2 selamat dan terjamin bila terus bersama UMNO?. Betulkah begitu?

Merujuk sejarah lampau terutama di era kuku besi Mahathir,raja Melayu pernah dikurangkan kuasa mereka,raja Melayu pernah dicabar di mahkamah untuk mengurangkan kuasa dan kekebalan mereka. Pelbagai hujah dan sebab diberikan untuk mewajarkan kuasa raja-raja Melayu perlu diperbataskan.Imuniti raja-raja perlu dihadkan.Kekebalan raja-raja boleh dicabar di Mahkamah Diraja.

Jika kuasa raja dan kekebalan mereka [ raja2 ]  pun UMNO boleh kurangkan,boleh wujudkan Mahkamah Diraja, apakah mungkin UMNO boleh dipercayai bahawa hak dan keistimewaan Melayu memang benar2 terjamin?.Kalau kuasa raja dan kekebalan raja boleh dicabar,apa penanda aras utk mempastikan raja-raja menjadi dinding kebal utk membatalkan semua keputusan dan hujah utk mengkaji semula segala hak dan keisitimewaan orang-orang Melayu?.Kuasa raja dan imuniti mereka pun tidak terjamin masakan hendak menjadikan Raja-raja Melayu sebagai alasan UMNO betapa hak dan keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Negara akan terus kekal selamanya.

UMNO yang membawa isu kekebalan raja-raja ke mahkamah, UMNO yang mempertikaikan kuasa raja-raja,UMNO yang menimbulkan krisis dengan istana,UMNO yang mencabar kesultanan Kelantan dengan menabalkan seorang 'raja' hanya beristanakan pokok sedangkan sultan yang memerintah masih sihat dan mendapat mandat rakyat sepenuhnya.UMNO boleh itu dan boleh ini sekiranya UMNO mula tergugat.Maka,bolehkah dipercayai UMNO benar2 membela Melayu?.

Kalau kuasa raja-raja pun boleh UMNO gugat, kalau kekebalan raja-raja pun UMNO pernah pertikai di mahkamah, itu maknanya hak dan keistimewaan Melayu juga boleh digugat melalui mahkamah bila tiba masanya nanti. UMNO sengaja beretorik dengan rakyat bahawa hak dan keisitimewaan Melayu akan kekal terjamin sedangkan dalam waktu yang sama UMNO sendiri yang sebenarnya sedang menggadaikan hak dan keistimewaan tersebut demi kuasa dan kemewahan mereka. Difahamkan, tanah rizab Melayu pada awal merdeka ialah melebihi 3 juta hektar,namun terkini dengar2nya sudah separuh dari jumlah itu telah tiada,kemana perginya tanah rizab Melayu itu?Siapa yang 'gadaikan' ?

Diharapkan ahli2 UMNO dan pemimpin yg berkuasa perlu menyedari hakikat ini.Rakyat mengetahui segala2nya.Rakyat mencatat semua tindakan yang merugikan rakyat dan raja-raja Melayu yg UMNO telah lakukan.Rakyat mengikuti secara terperinci segala helah dan tipudaya yg UMNO pernah buat dan sedang buat.Rakyat makin meluat dan muak dengan cerita2 dan janji-janji manis UMNO sdgkan dalam waktu yang sama UMNO sedikit demi sedikit menghakis hak rakyat yang sepatutnya perlu dipertahankan.Rakyat sudah lama bersabar dengan sikap 'curang UMNO ini.

Dalam keadaan ledakan IT makin menular dengan cepat, maka segala maklumat dan sebarang cerita baik atau cerita buruk akan mudah sampai ke pengetahuan rakyat.Semuanya di hujung jari.Semuanya dapat diketahui dalam beberapa saat sahaja.Rakyat berjaya mengorek semua rahsia dalam masa terdekat.Rakyat yg lahir lama selepas merdeka pun dapat mengetahui apa yang terjadi lama dahulu melalui kecanggihan IT yg ada ini.Sejarah lama yang tersimpan dari pengetahuan rakyat generasi yang lahir sekitar tahun 80-an pasti dapat mengetahui semua sikap dan keburukan pemimpin UMNO di era  mereka terdahulu  melalui internet, facebook, blog-blog dan sebagainya.

Semuanya terdedah dan terpapar 24 jam sehari.Makin UMNO menafikan,makin UMNO menidakkan makin kuat rakyat percaya.Makin UMNO memberi jaminan,makin UMNO memberi hujah utk pertahankan apa yg mereka suarakan itu benar dan betul, maka rakyat makin tidak percaya.Sudah terbalik.Benda yang dinafikan,rakyat jadi yakin bahawa apa yang dinafikan itu betu. ,Benda yang cuba diyakinkan,rakyat pula makin hilang keyakinan.Situasi ini menyebabkan UMNO tidak senang duduk.UMNO kena berubah serentak,segera, secara pukal, secara mutlak. Berubah rohani dan jasmani. Berubah ukhrawi dan duniawi dari segi roh dalaman parti.Roh pemimpin UMNO dan ahli2nya sekali.

Semua pemimpin yang sedang berkuasa,semua menteri yang sedang meraja perlu ditukarkan dengan barisan kepimpinan baru.Perlu 'nafas' baru, perlu budaya baru, perlu 'UMNO Baru' walaupun UMNO hari ini adalah yang terbaru, perlu roh perjuangan yang baru, perlu idealogi terbaru, perlu wajah yang semua baru,jika tidak mampu maka UMNO sengaja memberi ruang dan hamparan karpet merah untuk kerajaan baru dari pakatan terbaru berkuasa.

Dodoian UMNO dengan lagu2 lama tidak lagi melenakan rakyat.Muzik dan irama lagu masa kini sudah lama melalui reformasi,sudah lama berlaku transformasi. Hari ini, lagu2 sudah pelbagai ; ada pop,ada rock, ada R&B, ada irama Melayu, ada hip-hop, ada jazz, ada mcm2 lagi.Rakyat tidak lagi terikat dengan lagu yg sama dan irama yang hanya sesuai untuk era 60-an sahaja.Sekarang sudah alaf baru.Alaf mellinium Alaf ICT,alaf telekomunikasi, semua maklumat hanya di hujung jari.UMNO sepatutnya boleh 'baca' permintaan rakyat,  bukan ego dan angkuh kerana mereka sedang berkuasa sdgkan kuasa yg ada itu dari rakyat.Maka rakyat boleh berikan kuasa itu kepada 'orang lain' pula .Sedar ke tidak?.

Jika benar hak Melayu itu kebal dan terjamin,UMNO perlu buktikan bahawa Melayu diperlihara maruah dan kebajikannya.Melayu diberikan segala hak dan keperluan mereka.Melayu perlu dilihat wajar diutamakan dalam semua bidang [ terutama ekonomi ].Melayu perlu dibela dalam ertikata yang sebenarnya.Bukan Melayu yg menjadi 'peminta sedekah' di negara sendiri, menjadi 'pengemis' di bumi pertiwi, menjadi mangsa 'digula2' setiap kali hampir pilihanraya.Melayu itu ialah bangsa Melayu terbanyak yg sedang mendiami setiap ceruk rantau negara ini bukannya Melayu yg bernama pemimpin  yang menjadi pencacai, pembodek, perasuah, gila kuasa, gila pangkat, berkereta besar, berbini ramai bila kaya raya, mengaut semua projek utk kroni terdekat melalui  jalan dan cara tidak betul. Faham ke tidak?.

Sekarang Melayu bernama rakyat sedang memindahkan sokongan mereka kepada pembangkang sebab Melayu bernama pemimpin [ dibaca UMNO ] tidak menanam tebu di tanah yang subur tetapi Melayu ernama pemimpin menanam tebu di bibir  mereka sahaja.Cakap lain,buat lain.Cakap tidak serupa bikin. Melayu bernama pemimpin hipokrit,individualistik, bombastik, gedik. Sehingga membuatkan Melayu bernama rakyat naik getik, jijik, dan merasa bau hangit ke atas Melayu bernama pemimpin tersebut.Meraka tidak yakin Melayu bernama pemimpin benar2 membela mereka.Mendengar luahan sanubari mereka.Rakyat akhirnya akan 'bersuara' dengan suara majoriti.Tidak lagi berbelah bagi,semuanya secara bulat utk pembangkang, itu yg mereka sedang melihat, dilihat ,dan terlihat.Rakyat sudah sepakat jika UMNO masih 'pekat' dan  'jahat', tidak belajar erti 'hakikat' dan 'makrifat' dalam politik. Mereka akan menolak UMNO-BN. TAK PERCAYA ? :Tunggu dan lihat. Masanya sudah dekat.