Tuesday, November 9, 2010

ISU PERTENGKARAN DENGAN TOKGURU : JAWAPAN MOHD NOOR DERIS

Penulis berpeluang melihat rakaman temuramah wartawan dengan Mohd Noor Ideris,iaitu individu yang terlibat dalam perbalahan mulut dengan tokguru Nik Aziz di rumah bekas Dun Galas, Tn. Hj. Omar Mohamed.Dari apa yang penulis dengar, rasanya En. Mohd Noor bukan seorang ilmuan agama.Cakap2nya dalam temuramah itu masih berpaksikan nafsu amarah,dendam dan sakit hati.Dalam seronok dia menghentam tokguru Nik Aziz,tanpa sedar dia telah mendedahkan siapa batang tubuh dia yang sebenar.Dia menggunakan perkataan 'kasyaf sdgkan orang yang makam hakikat,atau makam makrifah tidak sesekali mengakui diri mereka tu kasyaf.Namun En. Mohd Noor sebaliknya sehingga mengatakan dia nampak tangan tokguru yang dihulurkan utk bersalam dengannya itu adalah tangan syaitan bukan tangan manusia,bukan tangan tokguru Nik Aziz.Dengan tokguru tak mahu bersalam,apakah dengan tangan orang bukan Islam dia masih terima salam?.Betulkah cara dia tu?.Orang hulur tangan untuk bersalam,dia tolak..mana ajaran agama yang dia tuntut tu?.

Bukan niat memihak namun dari cakap2nya dalam sedutan video itu,ceritanya seperti mengangkat diri sendiri.Memperlekehkan orang lain.Apa salahnya kalau dia bercakap secara sederhana,kalau benar dia 'kenal Allah' rasanya bukan begitu kupasan yang keluar dair mulutnya.Ego dan angkuh kerana seperti menang berhujah dengan tokguru.Begitukah yang dia kata dia mahir dan faham agama?.Jauh lagi tuh kalau itu yang dia ingin banggakan.

Satu lagi,bandingan sahsiah dan perilaku tokguru dengan pemimpin UMNO [ bukan semua ].Terbukti ada pemimpin UMNO raba punggung wanita, minum arak, rasuah, seleweng, tidak jaga solat, tidak meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya.Setakat bina masjid tapi solat pun jarang-jarang mana bukti mereka bela Islam.Hudud ditolak mentah2,hukuman Islam tidak mahu dilaksanakan walaupun sedikit.Tidak mampu buat semua hudud,apa salahnya buat dulu yang boleh kemudian perlahan-lahan la lakukan hukum yang lain.Ini tidak,terus mengatakan tidak sesuai.Mengapa En. Mohd  Noor tidak nampak dan tidak sedar keadaan tersebut?.

Kalau tokguru yang alim, solat jaga, kerja untuk ummah terpuji, jaga hak rakyat, jaga kebajikan agamanya dituduh syaitan,mana ada pemimpin sezuhud tokguru dalam Malaysia hari ini.Cuba tunjukkan satu contoh pemimpin yang lebih baik dari tokguru Nik Aziz?.Sudah berapa banyak tuduhan rasuah ke atasnya,satu pun tidak pernah terbukti kecuali mainan politik semata-mata sdgkan dalam UMNO berapa banyak yang 'disyaki' terlibat dalam pembunuhan namun tidak ada siapa yang berani mendesak.Lebih2 kan, kena tindakan sebaliknya pula.Siapa yang berani.Dalam PAS,semua orang boleh bersuara.Tokguru ditegur,dihina,dikecam oleh segenap sudut namun jiwanya tetap terbuka dan berlapang dada..

Tuduhan syaitan terhadap tokguru satu perkataan amat biadap dan kurang ajar.Lebih2 lagi dari mulut manusia yang mendabik dada lebih faham agama.Di situ penulis sudah dapat membuat agakan dan perbandingan.Siapa lebih tulus dan mulia antara mereka berdua.

Serangan hujah juga tidak dilakukan ditempat yang sesuai,dibuat di rumah orang.Mana hikmahnya En. Mohd Noor ingin berdakwah?.Menolak huluran tangan untuk bersalam dari manusia seagama sudah dikira satu kebiadapan.Dah la yang menghulur itu tangan dari seorang MB yang disayangi rakyat Kelantan, dan dia mengganggap itu tangan 'syaitan'.Memang cukup teruk dan menjijikkan perbuatan tersebut.

Secara ringkasnya,Tokguru masih wajar dihormati kalau hendak dibandingkan dengan hujah dan cakap2 En. Mohd Noor tersebut.Penjenguk blog boleh mencari rakaman video tersebut di you-tube,penulis terlupa untuk muat turun ke blog ini.Lebih haru lagi, DAP itu anjing yang akan menghuru-harakan politik dan kemakmuran negara.Sebenarnya itu cakap2 manusia yang takut kehilangan kuasa dan kekayaan.Takut dengan bayang2 sendiri.Menuduh sesedap hati.DAP ker, PKR ker semuanya parti politik yang sah.Rakyat yang undi dan angkat mereka.Mengapa salahkan parti?.Itulah lumrah demokrasi..pilihan di tangan rakyat.Mereka yang memilih,itu hak mutlak mereka.

Siapa Mohd Noor ni dalam arus politik negara ke dia juga antara yang kena 'jual'?.Terbeli secara lelong untuk PRK Galas yang lalu.Dalam politik,mcm2 pendekatan dan strategi digunakan.Asalkan menang,asalkan maruah tersimpan,hal2 lain apa peduli.Apa pun hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya.Cakap banyak pun tak guna kerana hati kita hanya DIA yang boleh ukur, ikhlas ke tidak berjuang untuk agama-Nya.Cakap ni siapa2 pun boleh dan bijak tapi ikhlas hanya Allah yang nilai.


3 comments:

  1. Salam Ukhwah

    Maaf PAB berkata2 :

    Sebelum anda membuat andaian..adalah lebih baik deme memahami Ayat 12 Surah Al-Hujjarat dan kaitkan dengan hujahan anda.

    Jgn lupa baca Ayat 1-13 Surah Al-Hujjarat serta tafsirannya utk lihat apa yang PAS buat demi Agama ISLAM..Seleri atau tidak dengan pejuangan ISLAM

    Wassalam...

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhwah

    Maaf PAB berkata2 :

    Mengenai andaian deme mengata UMNO tidak pernah ingin berbaik dgn PAS

    PAB ada jawapannya

    Maaflah PAB nk tegur sikit. Sbg profesional Ternyata deme TIDAK PERNAH BACA SEJARAH...atau SAJER BUAT TAK TAU ATAU TIDAK MAHU AMBIL TAHU TTG SEJARAH UMNO-PAS

    Deme nak bukti UMNO ingin berbaik2 dengan PAS. PAB bagi 2 bukti ;

    1- Pada PRU 1972, UMNO telah menbawa PAS menyertai UMNO walaupun PAS KALAH DLM PRU tersebut. UTK APA SEMUA TUE....BUKANKAH UMNO BOLEH PERINTAH TANPA PAS...Semuanya krn AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU.

    2- UMNO bukan shj pelawa PAS masuk BN. UMNO bg 2 potfolio kabinet kpd PAS, bersetuju PAS dilantik sbg MB Kelantan dan melantik pemimpin PAS sbg EXCO di negeri Kedah dan Terengganu.

    TETAPI SIAPA YG MENGKHIANATINYA... SEHINGGA PAS DIPECAT DARI BN.

    Baca SURAT Allahyarhan Tun Hussein Onn mengenai mengapa PAS dipecat dr BN. (Cari dalam Blogger Pembela Bangsa)

    Nk tau siapa yng bertanggungjawab menyebbakan PAS dipecat... Ketua Dewan Ulama Pusat PAS pada masa itu iaitu....

    jeng..jeng...jeng

    N.Ajis

    SEJARAH TAKKAN MENIPU...Sebab tue N.Ajis tak terima Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS...krn dialah punca PAS dipecat dr BN.

    SO...SIAPA YG MENOLAK PERPADUAN UMNO PAS..

    PAB nk tanya..Mengapa PAS sanggup berkawan dgn Kafir Harbi DAP tetapi menolak sesama saudara seislam iaitu UMNO.

    Kedua..Bukan dalam Jenayah Hudud...Adalah menjadi satu jenayah hudud menentang pemerintah ISLAM selagi ia menunaikan Rukun Islam dan Iman dan tidak mengistiharkan dirinya KAFIR.

    Jangan hanya pandai berhujah...tetapi tersadung di alam kebatilan

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam,tuan PAB..jgn kaitkan isu DAP dalam hal ini.UMNO juga berkawan dengan MCA,MIC, Gerakan dan lain2 lagi mereka juga kafir harbi.Kalau PAS salah berkawan dengan kafir harbi maka UMNO juga bersalah.

    Isu perpaduan..kalau bersatu tapi tidak sepakat untuk apa berpadu.Mimpi lain2.UMNO sebenarnya perlu menjaga sekutunya [ MCA,MIC,Gerakan dan lain-lain tu ] Kalau bersatu dengan PAS, pasti wujud curiga antara parti bukan Melayu yang lain.Mahukah kita melihat negara huru hara?.

    Apakah kita sedar, kesulitan yang ingin PAS elakkan jika bersatu dengan UMNO.PAS tidak sedangkal itu menolak utk bersatu.Bersatu tetapi membawa malapetaka lebih besar baik berpisah namun keamanan lebih terjaga.

    Hari ini kalau UMNO-PAS bergabung, apa hujah sekalipun, parti bukan Melayu akan memandang penuh curiga.Mereka akan melihat perpaduan itu bukan semata-mata untuk Melayu dan Islam tetapi lebih kepada meminggirkan dari arus perdana.

    Kesilapan paling besar ialah UMNO memecat Anwar.Itu faktor paling2 utama.Bermula dari itulah UMNO menjadi sakit dan terus sakit.Bukan sbb PAS.DAP dengan PAS sudah byk kali 'bercerai' dan 'rujuk'.Mereka tidak pernah pun menggugat keamanan negara.Cuma setelah PKR wujud,keadan menjadi lebih 'tegang', UMNO makin tertekan.Lebih-lebih lagi sekutu UMNO [ MCA,Gerakan dan MIC ] berani bersuara menuntut macam2.

    Bila terjadi demikian, UMNO ingin menyalahkan PAS,kenapa?.Sekutu UMNO yang bersuara lebih lantang.Mereka tuntut macam2.Cuma UMNO risau kalau2 sekutu tersebut akan menyeberang masuk PKR atau DAP jika mereka kecewa dengan layanan UMNO.Itu je.

    Kalau benar UMNO ingin membela Islam,mengapa isu murtad menjadi2,nite club dibuka sana sini, hab pelancongan juga menambah bebanan utk terus berfoya,rasuah makin teruk, ketirisan menjadi-jadi [ bukan saya yang cakap ] tetapi pemimpin UMNO yang cakap dalam PUA yang sudah2.Amalan agama jauh dari kehidupan pemimpin,pakaian wanita [ puteri & wanita UMNO ] tidak memenuhi kehendak agama,roboh masjid,roboh surau, roboh pusat asuhan kanak-kanak berlaku.,penyelewengan terus terjadi.

    Ringkasnya..bandingkan perjalanan PAS membela agama dengan perjalanan UMNO membela agama,mana lebih jelas?.Bandingkan antara pemimpin PAS dengan pemimpin UMNO mana lebih condong kepada Islam?.Bandingkan penampilan,budaya hidup antara pemimpin UMNO dengan pemimpin PAS,mana lebih mendekati yang dianjurkan agama.Banding kekayaan MB pembangkang dengan MB UMMNO, siapa lebih berseadanya?.Bandingkan kualiti agama untuk memimpin rakyat antara pemimpin PAS dengan UMNO,siapa lebih mendalam?.Siapa lebih banyak di nite-club antara pemimpin UMNO [ semua peringkat ] dengan pemimpin PAS [ semua peringkat ].Berjuangkan menegakkan rukun iman dan islam bukan setakat zahir sahaja tetapi perlu melibatkan diri pemimpin itu sendiri...

    Siapa yang tersadung dalam hal ini.Kontroversi yang melanda pemimpin UMNO lebih teruk berbanding pemimpin PAS.Soal fitnah itu lain cuma masakan pokok bergiyang kalau tidak ada angin,tak tumbuh tak melata..tak sungguh orang tak kata...

    Takkan 50 tahun pemimpin UMNO memerintah,tidak apa pun mereka yang terheret ke penjara kerana rasuah, menyelweng dan seumpamanya?Begitu bersih dan maksumnya?.sedangkan masalah yang melanda berpunca dari atas..kalau ada pun cuma didakwa ke mahkamah kemudian dibebaskan.Kalau terkena pun ikan bilis sahaja.Mengapa yang kena suruh dihukum?yang menyuruh lepas bebas..persepsi ini melingkari pemimpin UMNO.Keadaan ini yang membuatkan rakyat menolak UMNO.Bukan kesalahan orang lain.

    Tuan PAB,kita hadapi semua yang berlaku dengan rasional.Saya tidak mahu membuat andaian,semua yang diatas tu adalah yang telah terjadi bukan perkara akan datang.

    Soal surah Al-Hujurat tu,buktikan UMNO benar2 memahami dan menghayatinya?..

    ReplyDelete