Friday, November 5, 2010

HARGA SEBUAH KEMENANGAN UMNO DI GALAS...Lihat dengan teliti.

Selepas UMNO menang di Dun Galas, berikut adalah senarai harga yang perlu dibayar oleh UMNO untuk janji-janji yang dilafazkan untuk penduduk Gua Musang,khususnya orang-orang Galas;

1. Menyiapkan Hospital Gua Musang yang terbengkalai - RM60 juta
2. Pusat Kesihatan Kecil - RM12 juta
3. Ibu Pejabat Polis - RM31 juta
4. Jalan Besar - RM18 juta
5. Bangunan Sekolah  - RM20 juta
6. Kompleks Sukan - RM2 juta
7. Stesen Keretapi- RM4 juta
8. Perpustakaan - RM1 juta
9. Gelanggang Futsal - RM200,000.00
10. Sek. Men Integrasi - RM40 juta
11. Pusat Latihan Kesedar - RM6.2 juta
12. PPRT [1500 buah rumah ] - RM180 juta dan janji-janji lain yang tidak sempat disenaraikan di sini..

Cuba jumlahkan berapa RM juta tu untuk UMNO menawan Dun Galas,kalau PAS menang mampukah PAS untuk tunaikan semua janji di sebelah mereka?.Baik beri kepada UMNO menang.UMNO duit banyak.Jika dalam tempoh sebelum PRU13 ini janji-janji itu tidak ditunaikan, maka SAHLAH, UMNO memang suka berjanji,untuk tepati janji jauh panggang dari api.UMNO kena hati-hati,kena cukup hati-hati.Ku Li perlu segera bertegas agar semua janji di atas ditunaikan walau dengan apa cara sekali pun kerana rakyat Galas bersetuju untuk memberi kemenangan kepada UMNO kerana mereka melihat banyak untung untuk mereka.Jika tidak,PRU13 nanti rakyat Galas akan berikan pukulan KO untuk UMNO.


1 comment:

  1. Ada duit semua boleh jadi....namun ada kalanya janji hanya tinggal janji sahaja..begitulah lumrah manusia..............

    ReplyDelete