Tuesday, November 9, 2010

MAKI HAMUN TOKGURU NIK AZIZ

ULASAN ISU__________________________

Penulis baru melihat sedutan video sebelum peristiwa perbalahan mulut antara Tokguru dengan Mohd Noor Ideris [ MNI ].Rupa-rupanya MNI sudah merancang untuk 'menyerang' tokguru di rumah Tn. Hj. Omar Mohamad tersebut. Dari awal rakaman itu,penulis dapati betapa dangkalnya hujah MNI.Dia mengaku dia orang beriman, dia mengaku UMNO itu Islam, dia bertanya kepada TGNA kenapa TGNA memusuhi UMNO dan berbaik2 dgn DAP dan PKR?.Dia juga menegaskan orang Cina baik dengan PAS kerana dapat benda macam2. [ Sedarkah MNI -berapa ramai tokey Cina yang mendapat laba melalui UMNO ].Rakaman awal itu juga dia mempersoalkan TGNA baik dengan Karpal,baik dengan Lim Kit Siang, baik dengan Lim Guan Eng.Kalau benar dia orang beriman,apa salahnya TGNA berbaik2 dgn mereka dari DAP itu?.Islam kan menyuruh umatnya berbaik-baik dengan semua orang. PAS tidak bersatu dengan UMNO tidak bermaksud mereka berbalah.Mereka cuma berlainan idealisma perjuangan,idealogi berbeza.Namun hakikatnya mereka [ UMNO-PAS] tidak lah berperang.Cuma masing-masing cara.Sebab mereka demikian ada la hujah di pihak PAS.UMNO kena faham kehendak PAS jika ingin bersama.Kalau bersama tetapi tidak bersatu tidak guna juga.Sepakat tetapi tidak sependapat.buat apa.

Kalau benar dia [ MNI ] beriman apakah itu hujah dia untuk menyerang TGNA?.Apakah senipis itu alasan untuknya menyerang TGNA.Dari awal2 lagi dia sudah menegaskan tidak mahu bersalam dengan TGNA.Sebenarnya sikap kebudak-budakannya ini membuatkan imej UMNO lagi teruk. Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW; menegaskan umat Islam akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan,satu yang diterima iaitu ahli sunnah wal-jamaah. Jika begitu, MNI ingin pilih siapa antara UMNO dengan PAS untuk lebih layak dilabelkan ahli sunnah wal jamaah?.Dari segi berpakaian,PAS lebih condong, dari segi amalan, PAS lebih menepati, dari segi pembawakan diri pemimpin, PAS lebih mendekati, dari segi kehidupan pemimpin, PAS juga lebih mirip kepada perjuangan Rasulullah.Justeru,apakah MNI lebih menyakini perjuangan UMNO itu menepati perjuangan Baginda Rasulullah?.Mana penanda aras jika UMNO lebih mirip kepada ahlul-sunnah wal-jamaah?.Pakaian ahli wanita begitu terdedah aurat, pakaian yang ketat,dada terbuka,tudung sekadar letak sahaja malahan langsung tak bertutup pun ramai bangat.Banyak lagi hujah yang membuatkan PAS menolak huluran untuk bersatu dalam satu ikatan...

Muslimah PAS lebih menyeluruh dari segi menjaga aurat,lebih mentaati ajaran agama,lebih diyakini mereka menjurus kepada perjuangan Rasulullah.Mana bukti MNI, UMNO itu setanding dengan PAS.Zahir dan batin antara PAS dengan UMNO serba serbi berbeza.Pemimpin PAS majoriti mempunyai kualiti untuk menjadi imam,boleh membaca al-Quran dengan baik, lebih penghayatan agamanya,sedangkan pemimpin UMNO tidak sedemikian.Hidup pemimpin PAS majoritinya sederhana.TGNA sendiri terbukti mengamalkan kesederhanaan dalam hidupnya.

Betulkah MNI itu orang beriman?Apa tanda-tanda dia beriman?.Angkuh,sombong dan berlagak di rumah orang,memang merancang untuk menyergah TGNA di rumah orang.Enggan bersalam,tidak mahu beralah,menunjuk diri seolah-olah hebat beragama dan itulah yang terlihat dalam rakaman video tersebut..MNI masih perlu belajar lagi adab-adab bagaimana berhadapan dengan pemimpin.Kalau benar dia tidak senang dengan TGNA kerana berbaik-baik dengan DAP mengapa dia juga tidak mahu menunjukkan contoh yang dia boleh berbaik sangka [ husnul zhan ] dengan TGNA?.Kalau sikapnya itu adalah dengan niat berdendam,jauh panggang dari api kalau dia mengatakan dia orang beriman.Dia sendiri tidak menunjukkan kualiti seorang manusia beriman.

Mengapa dia enggan bersalaman dengan TGNA.Kalau benar dia seorang yang beriman sedangkan dengan jelas pengakuannya dalam video tersebut dia juga seorang yang beriman,mengapa dia tidak seperti seorang yang beriman,menolak untuk bersalam dengan TGNA.Mengapa ego?Mengapa sombong?Beriman kah mcm tu?.Pada pandangan penulis yang tidak seberapa mahir ilmu agama ini,rasanya MNI tidak dikategorikan manusia beriman.

Rasanya MNI ni ada dendam tak sudah dengan TGNA.Caranya itu macam seorang yang kecewa dan frust.Dan begitukah contoh orang beriman?.Orang yang beriman perlu beriman dengan qada dan qadhar Allah, mesti mempercayai alam ghaib, mesti mempercayai malaikat,nabi-nabi,kitab-kitab dan paling aula menyakini akan Allah dan takdir-Nya.Namun dari apa yang ditunjukkan dalam video tersebut,MNI jauh dari hakikat itu.Sekadar mengaku,semua orang boleh cakap..kepada penjenguk blog ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh ke blog ; http://www.mahaguru58.blogspot.com/ ada video berkenaan di sana.Dengar dan teliti butir percakapannya, seorang manusia yang mengaku beriman ini.Wajarkah pengakuannya itu.

Tuan-tuan dan puan-puan nilailah sendiri.Jika begitu kualiti seorang pemimpin yang pernah berada dalam saf Dewan Ulamak PAS, pernah menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Kelantan, rasanya sudah tertakdir dia tidak layak untuk kekal bersama PAS.Sebenarnya dia menjadi liabiliti kepada UMNO.Sikapnya terhadap TGNA dan rombongan sewaktu di rumah Tn. Hj. Omar Muhammad [ bekas ADUN Galas] itu tidak sama sekali menggambarkan dia seorang yang beriman.Nafsu amarahnya masih kuat membara.Orang beriman boleh mengawal api kemarahan,boleh bersabar,boleh menerima kehadiran tetamu di rumah orang bukannya menyergah dengan sikap kebudak-budakan sedemikian.Memalukan...

Ingat, orang Islam akhir zaman berpecah kepada 73 golongan...nilailah sendiri mana satu gologan yang dikatakan AHLUL SUNNAH WAL-JAMAAH.Memang TGNA itu Islam, MNI itu juga Islam, orang PAS juga Islam,orang UMNO juga Islam,orang Melayu juga Islam,orang Cina juga ada yang Islam,orang India juga ada yang Islam,cuma Islam yang bagaimana mereka ini,apa persamaan dan apa perbezaan?.Sedangkan satu golongan sahaja yang diakui benar.Orang beriman itu pasti Islam namun orang Islam belum tentu beriman.Renung dan hayatilah.


 

No comments:

Post a Comment