Monday, November 1, 2010

PELAJAR KENA SETERIKA

Kes seorang guru di SMK Bunut Susu, Kelantan menekap seterika ke atas badan pelajar untuk kejutkan pelajar solat Subuh menjadi satu isu hangat.Sikap guru yang boleh dianggap mendera dan mendatangkan kecederaan ke atas pelajar berkenaan dikira cukup tidak berperikemanusiaan.Itu apa yang siarkan dalam akhbar.Namun apa kisah sebenar yang tersirat dan yang tersurat masih menjadi tanda tanya.Kadang2 perkara lain yang berlaku,perkara lain yang dikaitkan.Guru kadang2 menjadi mangsa media,menjadi mangsa fitnah.Cerita sebenar lain,yang keluar dalam media lain pula.Akhirnya berlaku silap faham.Apa pun kita tunggu laporan sebenar.Jika memang benar guru tersebut bertindak demikian,maka memang wajar guru itu dihukum dengan hukuman setimpal.Jika sebaliknya,media juga perlu memohon maaf kerana ia melibatkan nama baik keguruan,nama baik guru terlibat dan nama baik sekolah itu sendiri.


1 comment:

  1. adakalanya kesabaran guru tercabar juga oleh dek perangai murid-murid zaman sekarang...kalau dahulu bila kita buat kesalahan bila mgadu ngan ibu bapa..bukannya mereka marahkan guru tp kita pula dimarah semula....zaman sekarang bila kita marah murid silap2 kita pula yg kena balik....bak kata pepatah.. manarik rambut dari tepung..rambut jgn terputus dan tepung jgn terurai...

    ReplyDelete