Monday, November 1, 2010

SIAPA ZAID IBRAHIM DALAM PKR?...

Dalam suasana PKR melaksanakan pemilihan secara telus,satu ahli satu undi, PKR perlu benar-benar teliti dan hati-hati.Melihat kepada suasana hari ini nampak gayanya PKR makin retak.Perpecahan antara kepimpinan semakin terserlah.Desakan Zaid Ibrahim agar memecat 15 ahli parlimen PKR yang dianggap cuba menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim [ MB Selangor ] perlu ditapis sehalus yang mungkin.Kejujuran DZI [ Datuk Zaid Ibrahim ] menyertai PKR perlu dilihat semula.Satu kerisauan juga jika DZI ini menjadi satu alat perancangan pihak tertentu di luar sana untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Ketua Umum PKR DSAI, perlu bijaksana kerana  mungkin 'pelepasan' DZI dari 'penjara UMNO' merupakan satu helah jangka panjang untuk dijadikan landasan menyambungkan UMNO dengan PKR untuk mendapat apa-apa sahaja maklumat bagi membolehkan UMNO mentalkinkan PKR sebelum PRU13.

Menjadi satu kemungkinan bila perselisihan peribadi antara Azmin dgn DZI makin meruncing.Andai Azmin gagal menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR kemungkinan PKR akan menerima bahana yang cukup besar.Jika Azmin juga keluar PKR dan faktor Azmin meninggalkan PKR lebih menjurus kerana protes terhadap DZI maka DSAI berada di hujung tanduk dalam erti kata yang sebenar. DZI boleh meninggalkan PKR bila-bila masa jika benar dia menjadi upahan untuk memusnahkan PKR.Dalam politik segalanya mungkin.Namun jauh di sudut hati saya, kalau boleh biarlah DZI benar-benar jujur dan ikhlas utk berjuang dalam PKR setelah meninggalkan UMNO.Bukan keluar UMNO kerana menyempurnakan satu konspirasi sulit untuk membunuh PKR dan Pakatan Rakyat.Dalam politik moden ini,segala kemungkinan adalah mungkin dan tidak mustahil.


No comments:

Post a Comment