Thursday, November 18, 2010

AIDIL-ADHA : Nisbah pembahagian daging korban..

Setiap kali tiba Aidil-Adha atau hari raya korban, majoriti umat Islam terutama mereka yang berkemampuan serta terpanggil untuk berkorban [ menyembelih binatang ternakan ] akan melaksanakan ibadat ini dengan penuh meriah.Mereka yang kaya akan mengambil lebih dari satu bahagian,dan ada yang mengorbankan seekor lembu khusus untuk diri sendiri atau ahli keluarga masing-masing.

Para menteri pun berlumba-lumba menyedekahkan lembu.Cuma jika lembu itu dihadiahkan oleh pihak tertentu janganlah lupakan jasa orang.Tidak elok menumpang nama atas bakti orang lain.Ada menteri sumbang berpuluh ekor lembu,malahan ratusan ekor pun ada.Mungkin lembu-lembu itu disumbangkan pihak lain namun perlu lah diberi kredit juga kepada orang yang sebenar yang menyumbangkan binatang korban tersebut.

Berbalik kepada isu sembelihan korban,rata-rata antara kita ada yang sekadar menyempurna sembelihan itu sebagai memenuhi tuntutan agama tanpa mengambilkira atau menghayati pengajaran yang perlu diambil dari hakikat korban tersebut.Kata seorang ustaz,disamping kita sembelih lembu,kita juga perlu 'sembelih, sama segala sifat kita yang mazmumah [ sifat buruk ] yang ada dalam diri sendiri.

Satu lagi isu yang tidak kurang penting ialah kadar pembahagian daging korban itu.Mengikut kata seorang ustaz,kadar yang afdal untuk dibahagi2kan antara tuan dengan pihak yang layak 1/3 untuk diri sendiri,1/3 untuk fakir miskin, dan 1/3 lagi untuk tetangga.Kadang-kadang umat Islam terlupa kadar pembahagian ini.Selalunya selepas dibahagi-bahagikan selepas selesai melapah mereka akan 'mengusung' bahagian mereka itu ke rumah masing-masing.Masalahnya tidak dibahagikan sepertimana yang dianjurkan Islam.Kenduri pun tidak dilakukan.Untuk jiran-jiran pun tidak diberi.Semuanya disimpan untuk stok dalam peti sejuk masing-masing.Ada sehingga sebulan dalam peti sejuk di dapur masing-masing.

Jika begitu mana istilah 'korban' tersebut. Kalau macam tu baik la beli daging di pasar tani atau pasar malam.Daging korban itu sewajarnya diagih-agihkan kepada yang layak.Bukannya disimpan di rumah untuk keperluan keluarga sendiri.Pengorbanan yang dimaksudkan ialah kita berkorban wang kita untuk 'membeli' sebahagian daripada 7 bahagian yang disembelih ke atas binatang yang cukup syarat dan sifatnya.Kiranya kita pulun semua sekali bahagian kita tadi untuk bekalan berminggu-minggu, itu sudah hilang erti korban yang ingin diterjemahkan oleh Islam.

Seluhur dan mulianya jika 1/3 dari hak kita itu kita agihkan kepada fakir miskin,1/3 lagi untuk jiran tetangga,dan 1/3 sahaja kita ambil untuk kita nikmati.Itulah yang dikatakan korban.Hasil korban itu kita 'korbankan' untuk dinikmati oleh orang lain.Sedikit duit yang kita keluarkan untuk membeli bahagian korban itu kita sedekahkan kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib,bukannya kita 'sapu' semua sekali.Itu sudah tidak menepati kehendak yang dianjurkan oleh agama.Seperti dicakapkan tadi, jika demikian baik beli daging di pasar sahaja kerana hikmah dan manfaat korban kita tidak perolehi langsung.

Mungkin isu ini tidak disedari,dan mungkin menganggap dibolehkan.Sedangkan korban yang dimaskudkan ialah kita korbankan sedikit harta kita [ daging korban ] itu untuk diberikan kepada orang lain.Kita menerima sedikit sahaja dari apa yang kita bayar.Selebihnya kita agih-agihkan untuk mereka yang dimaskudkan di atas tadi.Itulah pengorbanan yang dimaksudkan.Kita tidak kedekut dan tidak lokek dengan harta yang kita ada,kita sudi bahagia-bahagi untuk dinikmati oleh orang lain sama. Niat kita perlu betul dan perlu ikhlas.Jika tidak kita kerugian duit,masa dan tenaga sedangkan pahala dan hakikat korban tidak kita perolehi.Sama-samalah kita fikirkan.


No comments:

Post a Comment