Monday, November 8, 2010

BANJIR : Suatu kisah benar [ pengalaman sendiri ]

Merujuk isu banjir di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, pelbagai perkara akan timbul.Dari soal-sola bantuan sehinggalah soal-soal kebersihan, soal penempatan, soal kerjasama membantu dan sebagainya.Pihak ini menuding jari kepada pihak itu.Pihak ini tidak puashati dengan pihak itu.Masing-masing salah menyalah.Orang-orang yang terlibat dengan banjir menjadi mangsa keadaan.Bekalan tidak cukup,bantuan menyelamat lambat tiba, bantuan tidak cukup, bantuan yang diberi kepada mereka yang tidak layak dan mcm2 lagi.Penulis pernah mengalami keadaan ini.Setiap kali musim banjir, bekalan beras,sardin atau apa-apa sahaja yang disalurkan tidak semuanya sampai kepada pihak yang benar-benar layak.

Pihak yang mengagihkan bantuan tidak menyalurkan kepada yang berhak.Rakan2 terdekat yang tidak terlibat dengan banjir diberi,mangsa banjir yang sebenar tidak dapat.Nak kata berlainan politik pun tidak juga,ada dari parti politik yang sama tidak dapat bantuan.Sebaliknya bantuan tersebut diberi kepada bukan mangsa banjir. Sikap pilih kasih seperti ini tidak wajar terjadi.Pihak JKKK yang bertanggungjawab jangan butakan hati dalam hal ini.Biarpun mereka kawan rapat atau satu parti, jangan pecah amanah.Bantuan hanya kepada mangsa banjir,mereka benar-benar berhak.Jangan sesekali menyalurkan bantuan kepada orang yang tidak layak kerana bantuan itu menjadi darah daging.Pihak yang dilantik untuk menguruskan bantuan tersebut janganlah pula menjadi gunting dalam lipatan.Tidak jujur dan tidak amanah dengan tugas.

Ada ahli UMNO keluar parti kerana protes sikap tidak adil tersebut.Ahli UMNO tersebut adalah mangsa banjir tetapi tidak mendapat bantuan sebaliknya ada ahli UMNO langsung tidak terlibat dengan banjir mengusung bantuan masuk ke rumahnya.Walaupun sekampit beras,biskut dan beberapa tin sardin namun sikap itu tidak wajar sama sekali.Ahli UMNO tadi tidak mempertikaikan ahli PAS yang dapat bantuan atas alasan mereka juga mangsa banjir sepertinya tetapi dia marah dan kecewa kerana JKKK menyalurkan bantuan kepada orang yang tidak layak.

Hal ini berlaku di kampung penulis.Penulis mendapat pengesahan dari kedua-dua pihak.Pihak yang tidak layak memulangkan semula bantuan yang diterima [ diambil ].Lebih parah lagi bantuan yang diberikan tidak sama.Lebih pelik lagi keluarga kecil dapat banyak, keluarga besar dapat sikit.Ini lagi mengeruhkan keadaan.Selalunya hal ini tidak disedari.Mangsa banjir di kampung2 tidak mampu buka mulut sebab kalau bising2 langsung tidak dapat bantuan.Mahu tidak mahu penyelewengan berlaku sesuka hati dalam kalangan  mereka yang berkuasa [ pihak JKKK ].Pihak yang tertanggungjawab dalam menguruskan bantuan inilah selalunya tidak melaksanakan tugas dengan adil.Sekarang penulis tidak tahu apakah isu ini terjadi lagi kerana penulis sudah lama meninggalkan kampung halaman sejak berhijrah ke kota.


No comments:

Post a Comment