Friday, November 12, 2010

TAKZIAH : Untuk keluarga Arwahyarham Daud Ibrahim dan Shamrin FOTOGRAF

Semalam, bekas jaguh lumba basikal negara ,Arwahyarham En. Daud b. Ibrahim, telah kembali ke rahmatullah.Beliau meninggal dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS.Kenderaan yang dipandu beliau dirempuh dari belakang oleh sebuah treler.Takziah untuk ahli keluarganya.

Keduanya, petang semalam bekas penyanyi kumpulan FOROGRAF,Sdr Shamrin juga kembali ke rahmatullah.Beliau dikatakan terjatuh sewaktu bermain bola di Kg.Baru.Rakan-rakannya menghantar ke hospital di Kg Baru namun ajalnya telah sampai.Shamrin juga dijemput kembali oleh Pemiliknya.

Mati tetap mati cuma cara mereka dijemput berlainan.Satu kerana kemalangan, satu lagi sewaktu bermain bola di padang.Khotimah mereka mudah-mudahan adalah dalam keadaan husnul.Alfatihah dan takziah untuk kedua-dua keluarga mereka.



No comments:

Post a Comment