Wednesday, November 24, 2010

SUKAN ASIA KE-16 : M'sia pungut EMAS ke-7 dan ke-8 dari Sukan Karate

Tahniah buat atlet negara khususnya dari sukan Karate kerana berjaya memungut EMAS ke-7 dan ke-8 buat negara.Tahniah dan syabas juga kepada Ku Jin Keat dan R. Puvaneswaran kerana mencipta sejarah dalam Sukan Asia ke-16 ini, mereka berjaya memunggut emas.Dalam edisi yang lalu mereka hanya memungut perak.Hanya tinggal SATU pingat emas sahaja lagi untuk Malaysia mencapai target yang sasarkan.

Mungkin pasukan hoki mampu merealisasikan impian negara.Jika hoki berjaya memungut emas maka skuad hoki bukan sahaja berjaya melengkapkan impian kontinjen negara untuk meraih 9 emas tetapi juga skuad hoki bakal mencipta sejarah julung-julung kali memungut emas dalam Sukan Asia.Lebih membanggakan lagi, jika skuad hoki negara berjaya muncul juara di Sukan Asia ini maka Malaysia akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik nanti. Malaysia BOLEH!!!...

No comments:

Post a Comment