Monday, November 15, 2010

SEJAK BILA UMNO SELANGOR RETI BERJIMAT?...

Ekoran desakan Noh Omar supaya Tan Sri Khalid Ibrahim [ MB Selangor ]  melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Selangor boleh diumpamakan paku dulang paku serpih sahaja.Selama UMNO memerintah Selangor,pelbagai kerenah dan pemborosan berlaku.Contoh paling jelas peruntukan DUN untuk setiap wakil rakyat licin dalam masa beberapa bulan sahaja.Peruntukan tersebut bukan sedikit.Kalau dicampur-campurkan semuanya mencecah puluhan juta.Namun tiada siapa pun dari pemimpin UMNO yang buka mulut bersuara untuk mengkritik sikap boros dan penyelewengan tersebut. Tuntutan perjalanan yang berjuta-juta sewaktu 'melancong' keluar negara juga tidak ada siapa pun yang menegur.Kemana semua pemimpin UMNO Selangor yang kononya hebat dan berhemah ini?.Mengapa wujud sikap 'double standard' seperti ini?

Sebenarnya Baginda Sultan membatalkan keberangkatan Baginda ke majlis Sambutan Ulangtahun Yayasan Selangor Ke-40 itu sebenarnya boleh diumpamakan pukul anak sindir menantu.Sepatutnya UMNO Selangor perlu merasa malu kerana selama ini mereka lebih boros malahan terlalu joli berbelanja wang rakyat.UMNO Selangor perlu hati-hati mengkritik Kerajaan Selangor,silap-silap bukti penyelewengan dan sikap boros UMNO Selangor selama memerintah Selangor akan didedahkan oleh Kerajaan Selangor.Jangan lebih sudu dari kuah.Tilik dan lihat kelemahan sendiri yang teruk selama mereka memerintah Selangor.Bukan orang tidak tau...tidak terlindung muka di sebalik sehelai daun lalang.


No comments:

Post a Comment