Tuesday, November 2, 2010

MELAKU MAJU TIDAK DIIKTIRAF OECD?

Apa kena dengan Kerajaan Melaka ni?Tanggal 20.10.2010 yang lalu KM Melaka dengan bangganya mengakui Melaka adalah sebuah negeri maju setelah DS. Najib mengisytiharkan Melaka Maju.Namun hari ini, OECD [ Organisation for Economic Cooperation and Development ] menjelaskan mereka tidak memiliki autority untuk mengiktiraf sesebuah negeri itu maju atau tidak. Wakil OECD, Mr .John Hall menjelaskan mereka tidak dalam kedudukan sedemikian untuk membuat sebarang keputusan. Badan bebas itu juga menjelaskan mereka tidak berada di kedudukan sesuai untuk menggariskan sebarang kriteria negeri maju.Sedangkan sebelum ini kerajaan Melaka telah menjaja nama OECD bahawa organisasi tersebut mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri maju.Jika benar OECD tidak mengakui Melaka sebuah negeri maju,kerajaan Melaka dan KM nya perlu memohon maaf kepada semua rakyat Melaka kerana apa yang diumumkan pada 20.10.2010 pada jam 20.10 malam yang lalu itu adalah tidak benar.Rakyat Melaka tertipu.Tidak sepatutnya kerajaan Melaka mengisytiharkan Melaka Maju tanpa sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak yang berautoriti.Sungguh pelik politik negara kita hari ini.Apa motif mereka yang terlibat?.




No comments:

Post a Comment