Sunday, November 7, 2010

BIDANG PENDIDIKAN : Tanyalah kepada mereka yang ahli

Pendidikan negara akan menjadi semakin kacau jika kita merujuk semua isu dan permasalahan kepada mereka yang bukan dalam bidang tersebut.Bidang pengajaran dan pembelajaran,tanyakan kepada para guru atau mereka yang terlibat dalam bidang ini.Isu disiplin pelajar, rujuk isu berkenaan dengan mereka yang ahli dalam bidang disiplin di sekolah.Kalau merujuk dengan mereka yang tidak terlibat dalam bidang pendidikan maka mereka akan bercakap mengikut logik dan rasional mereka.Sedangkan para guru dan mereka yang terlibat dalam institusi pendidikan sahaja yang tahu selok belok dan hal-hal pendidikan.Kauselor sekolah dan guru disiplin lebih arif isu disiplin pelajar di sekolah.Bidang sukan, tanyalah Setiausaha Sukan atau Penolong Kanan Koko.Masalah pelajar rujuk dengan PK HEM atau Setiausaha Disiplin bukannya mencari orang yang tidak terlibat dalam bidang tersebut.Jika tidak,percanggahan akan terus berlaku kerana kita merujuk dengan mereka yang  bukan ahli.



No comments:

Post a Comment