Wednesday, November 10, 2010

SIDANG DUN KELANTAN : YB PAS BERMULUT LONGKANG..

Berita TV3 sekejap tadi menyiarkan isu berkaitan Dun Paloh Datuk Nozula digantung menghadiri sidang DUN Kelantan.Penggantungan itu berpunca daripada protes Datuk Nozula yang mempertikaikan ADUN PAS yang menyamakan UMNO Kelantan dengan najis dalam tandas.Penulis sebenarnya cukup benci dengan sikap sesetengah pemimpin PAS yang merasakan mereka itu terlalu suci.Mengapakah begitu angkuh dan sombongnya sikap dan tuturkata  ADUN PAS di dalam menjalankan dakwah untuk orang-orang yang bukan bersama PAS.Islam sesungguhnya tidak menganjurkan umatnya bersikap sedemikian.

Mengapa mengambil pendekatan yang tidak cerdik.Kalau pun sikap UMNO kurang ajar ke,biadap ke, kurang ajar ke mengapa PAS perlu mengikut rentak menjadi bodoh sama?Mengapa mereka [ pemimpin PAS ] tidak menunjukkan sikap yang berlapang dada.Sikap yang lebih kurang sama dengan mereka yang menentang PAS tidak sepatutnya diambil oleh mana-mana pemimpin PAS kerana sikap itu dilihat teramat tidak Islam.Sunnahnya tidak sedemikian.

Kalau pun benar UMNO itu buruk,busuk atau apa-apa sahaja sekali pun,apa hujah PAS untuk melontarkan tuduhan atau melabel pihak yang bertentangan dengan perlambangan tertentu yang jelas menampakkan bahawa PAS juga jahil agama,jahil dakwah.Sikap mereka itu sebenarnya akan membuatkan orang Melayu UMNO makin menjauhkan diri dari perjuangan PAS.Luhur dan mulia mana pun perjuangan PAS jika pelaksanaan oleh pemimpinnya tidak berpijak dengan dasar dakwah yang dibawa Rasulullah maka mereka sebenar lebih jijik dan buruk dari pihak mereka labelkan itu.

Sudah banyak kali pemimpin PAS yang angkuh dan sombong ini cuba memperlekehkan orang lain.Mengapa sikap berbaik sangka tidak diamalkan oleh pimpinan PAS.Sepatutnya mereka perlu menunjuk contoh teladan yang mulia, mengamalkan pendekatan berbaik-baik, berlapang dada, bersikap tolak ansur dan tidak mencari gaduh dengan mana-mana pihak.Apa untungnya berbangga diri sedangkan sikap itu membawa kepada bersyirik dengan Allah.

Sikap ADUN PAS yang menuduh UMNO seperti najis dalam tandas kalau benar sekalipun, perkataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut mereka yang mengaku memperjuangkan syiar Islam.Mana sikap muaddib, muddaris, mualim, mursyid serta murrabi dalam perjuangan PAS?.Sifat fatanah dalam berdakwah tidak ada.Pendekatan hikmah yang dibawa Rasulullah tidak ditiru,maka pendekatan siapa yang ditiru oleh pemimpin PAS tersebut?Mereka perlu berhemah dan berlembut dalam semua keadaan.Perjuangan PAS adalah bersandarkan Al-Quran dan Al-Hadith namun tidak kelihatan pada sesetengah pimpinan PAS.Mereka ini membawa perwatakan kasar, maki hamun, mencarut dan macam-macam lagi yang boleh dipertikaikan perjuangan dakwah mereka.

Sikap suka bermulut longkang ini begitu meluat dan membuatkan PAS akan dibenci oleh orang-orang yang opposisi dengannya.Begitu mengharukan jika PAS mengaku mereka pejuang Islam tetapi dalam sisi lain,pemimpin PAS tidak menghayati perjuangan Islam yang dibawa Rasulullah SAW.Sekadar mengaku berjuang untuk memartabatkan Islam tetapi pelaksanaannya tidak menjurus kepada pendekatan yang berhemah.Tidak membawa apa-apa makna sebenarnya.

Andai PAS masih tidak berubah,tidak menjaga tuturkata,tidak bijak dalam percakapan, masih bermulut longkang, sesuka hati melabel pihak lain dengan perkara-perkara yang tidak elok maka pada penulis, PAS tidak ada bezanya dengan pihak yang mereka tuduh itu melainkan PAS lebih teruk dari itu.Pengamatan khalayak tidak akan melihat PAS itu wadah terbaik untuk membela Islam kerana saf kepimpinan mereka tidak mampu menunjukkan kualiti yang boleh dipercayai.Islam yang mereka bawa terlalu keras.Pendekatan yang dibawa juga pendekatan mencari gaduh,membalas cacian dengan cakian,membalas maki hamun dengan maki hamun.Sedangkan Islam tidak mengajar umatnya demikian.

PAS perlu muhasabah diri.PAS perlu merenung jauh ke dalam diri mereka terlebih dahulu,apakah mereka benar-benar menghayati perjuangan yang dibawa Rasulullah.PAS perlu bijak menangani tentangan lawan dengan menggunakan pendekatan berlembut bukannya membalas segala fitnah dan tuduhan lawan dengan sikap kurang ajar dan biadap.PAS mesti berlapang dada dalam setiap aspek.Jika PAS menunjukkan perwatakan sebaliknya maka PAS tidak layak mengaku mereka pejuang Islam.Peribadi dan sahsiah pemimpin PAS perlu luhur,bijaksana, faham agama,mempunyai perilaku yang menarik hati masyarakat, bersikap penuh kesederhanaan dalam semua segi.Bukan menuduh dan menjadikan pihak lawan sebagai bahan ejekan mereka.

Kalau pemimpin PAS mendabik dada mereka lebih berilmu agama,lebih faham al-quran, boleh menjadi imam, boleh mengetuai majlis tahlil dan sebagainya namun jika akhlak mereka buruk,percakapan mereka kotor dan banyak memaki hamun maka PAS sebenarnya memalukan Islam.Mereka secara tidak langsung meletakkan Islam itu dipandang rendah oleh agama lain.Kalau 'sesama Islam' pun PAS gagal menunjuk contoh yang baik maka pihak lain yang tidak seagama pasti lebih-lebih lagi memandang Islam itu tidak ada kelebihan dari mana-mana agama samawi yang lain.Silapnya, kerana pemimpin PAS [ tidak semua ] bermulut celupar, pengotor, suka memaki hamun maka khalayak akan melihat PAS tidak membawa model Islam yang sebenar.Sekadar beretorik,sekadar mendakwa,sekadar mengaku macam-macam maka semua ini tidak membawa sebarang erti.Islam akan dipandang rendah oleh penganut agama lain.

PAS perlu bijaksana,PAS perlu mengamalkan sikap berbaik-baik,membawa perjuangan politik bersifat lemah lembut,berbaik sangka dan penuh kekitaan.Sikap angkuh,sombong dan ego kononnya mereka lebih baik,lebih alim,lebih berilmu, lebih makrifat dalam hal-hal Islam sebenarnya akan membawa PAS kepada kehancuran.Kualiti peribadi pemimpin perlu benar-benar menepati syariat Islam,perlu membawa idealogi yang sederhana bukannya kasar dan rakus.Sikap suka memaki hamun perlu dihentikan segera.Melalak,melolong dalam Dewan Negeri atau Parlimen perlu dijauhi oleh semua pemimpin PAS.PAS hanya sebuah parti yang berjuang untuk menegakkan Islam namun kegagalan PAS menonjolkan kualiti keislaman sejati akan membuatkan matalamat perjuangan PAS akan gagal.Jauh dari itu, niat PAS untuk berkuasa di peringkat pusat juga akan gagal.Khalayak akan menilai PAS tidak layak memimpin kerana PAS tidak mampu menunjukkan mereka itu benar-benar sebuah parti yang memiliki kualiti kepimpinan yang syumul.

Nasihat dan ingatan kepada mana-mana pemimpin PAS yang bermulut longkang itu,mereka perlu berhati-hati.Jangan jadikan diri mereka penyebab PAS kalah dalam PRK atau PRU.Jangan angkuh merasakan diri mereka itu warak,alim atau terbaik dan memandang orang lain jahat, tidak betul,buruk dan macam-macam lagi.Selagi bergelar manusia iman itu turun naik,iman itu tidak boleh diwarisi.Manusia biasa tidak maksum.Pemimpin PAS juga ada nafsu malahan kadang-kadang lebih bernafsu dari orang bukan PAS.Jangan menyangka diri kita terbaik,jangan menyangka diri kita baik dan banyak amal ibadah.Amalan kita kepada Allah bukan untuk bermegah-megah.Amal ibadah kita itu urusan kita dengan Allah.Berwataklah secara sederhana,ambil prinsip biar orang lain hebat, biar orang lain bijak, biar orang lain yang sempurana.Kita tidak memiliki apa-apa keistimewaan atau kelebihan.Itu lebih selamat.Hati tidak angkuh.Kesombongan juga tidak bertapak dalam jiwa.Sudah-sudahlah bersikap angkuh dan takabur.Kelak akan menjadikan PAS makin dijauhi orang Melayu apatah lagi kaum2 lain yang tidak seagama dengan kita.

No comments:

Post a Comment