Friday, November 19, 2010

ROMBAKAN KABINET : Najib berteka teki

Macam-macam berita terdengar pada hari ini,semuanya menjurus kepada isu rombakan kabinet yang semakin diperkatakan.Masing-masing membuat pelbagai andaian dan ramalan.Orang itu akan keluar, orang ini akan masuk.Para menteri yang sedia ada semuanya seram sejuk.Menanti penuh debar kalau-kalau mereka antara ayang terkeluar atau kekal.

Sebenarnya, DS Najib sudah boleh membuat pilihan siapa yang patut kekal dan siapa yang patut menjadi YB biasa-biasa sahaja.Sudah dua tahun mereka yang bergelar menteri andai masih belum mampu mencapai KPI yang ditetapkan maka mereka yang berkaitan layak memberi peluang kepada YB lain pula.DS Najib tidak perlu takut dengan protes dari bakal2 bekas menteri yang gugur nanti kerana yang paling penting undi rakyat dalam PRU13 nanti.Terlalu menjaga hati rakan dalam kabinet sedangkan kuasa memerintah terlepas dari tangan buat apa.

Calon pilihan masih ramai,jika yang menang dalam PRU12 lalu sudah tidak menepati kehendak diri DS Najib, lantik sahaja mana-mana pemimpin lain menjadi senator kemudian beri mereka jawatan menteri.Selalunya mereka yang baru atau fresh ini bila diberi jawatan dan kedudukan mereka kan bersungguh-sungguh berkerja.Mereka akan benar-benar bertugas sebagai tanda terima kasih kepada PM yang melantiknya.Walapun mungkin selepas beberapa ketika mereka mungkin juga menjadi malas dan tidak turun ke bawah bertemu rakyat.Itu biasalah, bila sudah 'kenyang' dan mewah, nafsu untuk berkhidmat akan menipis.Walaupun tidak semuanya begitu namun majoriti menteri yang ada hari ini sudah terkena sindrom 'zon selesa' tersebut.

Pak menteri yang berada dalam zon selesa inilah yang perlu diberi surat berhenti.Lantik yang baru.Beri peluang kepada muka-muka baru yang lebih berdaya saing,bersemangat, mempunyai idea dan kreativiti yang tinggi untuk meriah sokongan rakyat. Kalau ada pemimpin veteran yang masih bertaring, punya kualiti untuk berkhidmat dengan lebih baik maka tidak salahnya untuk dipanggil kembali ke dalam kabinet, sebagai contoh YBM Tengku Razaleigh Hamzah antaranya masih punyai pengaruh, punya aura dan punya daya kerja yang dihormati.YBM Ku Li juga masih mendapat sokongan ramai,rakyat bawahan.Abaikan isu peribadi.Abaikan sengketa lama.UMNO perlu mencari pemimpin yang mampu menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO.

Menteri-menteri yang banyak menimbulkan isu dan menjadi liabiliti kepada UMNO, perlu ditamatkan segera.Kalau sekadar untuk mencari isteri yang cantik,berdahi licin tidak guna jadi menteri.Nanti banyak masanya digunakan untuk 'berbulan madu' banyak masanya terbuang menyelesaikan kerenah dalam keluarga.Sedangkan menteri perlu bertugas menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan kemajuan negara.

DS Najib perlu berani membuat perubahan.Transformasi yang ingin dilaksanakan perlu bermula dengan barisan menteri kabinet.Bariskan kabinet dengan menteri yang benar-benar berkualiti.Lantik orang-orang yang benar-benar mampu merealisasikan semua agenda kerajaan.Pilih mereka yang mampu berkorban masa dan tenaga untuk parti dan rakyat bukannya menggunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan.Buang mereka yang hanya berpura-pura berkhidmat untuk rakyat sedangkan banyak masa digunakan untuk bermewah, 'membuka cawangan baru', bermasalah dengan isteri tua, banyak menimbulkan masalah kepada parti.Mereka seperti ini tolah ke tepi awal-awal sebelum rakyat menolak mereka,atau lebih teruk lagi menolak UMNO-BN dalam PRU13 akan datang.

DS Najib mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan kabinetnya.Wajahkan kabinet kerajaan dengan mereka yang benar-benar ikhlas, dedikasi, amanah, jujur, dan benar-benar bertanggungjawab untuk rakyat dan kerajaan.

UMNO-BN tidak mempunyai masa yang panjang lagi untuk berubah.Jika benar ingin menarik kemali sokongan rakyat, UMNO-BN kena elakkan dari menimbulkan isu atau perkara yang menjadi kemarahan rakyat. UMNO-BN sedang mengalamai krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat.Jangan dipandang remeh isu ini.Tersilap percaturan, tersilap membuat bacaan maka UMNO-BN akan menyesal nanti.

Rombakan kabinet jika benar-benar berlaku maka PM perlu memilih calon-calon menteri dengan cukup teliti.Jangan tersilap pilih mereka yang bijak berlakon,siasat semua latar belakang calon.Biar mereka yang dipilih itu akan memberi impak positif kepada parti.Benar-benar meyakinkan rakyat.Hati rakyat yang pelu dijaga bukan hati para menteri, bukan hati kawan-kawan dalam parti kerana bila rakyat membenci, UMNO-BN akan kehilangan kuasa.Waktu ini rakyat perlu didahulukan.

Menteri yang pernah terlibat dengan kontroversi samada terbukti bersalah atau tidak terbukti di mahkamah, lebih baik mereka seperti itu ditolak awal-awal.Jika masih diberi peluang maka keyakinan dan kepercayaan rakyat akan pudar juga.Untuk itu, lebih baik tidak diambil kembali.

Sesunguhnya memang wujud pemimpin yang boleh diharap dalam UMNO untuk membawa amanah negara kepada rakyat namun mereka ini seperti dipancung awal-awal oleh pihak yang punya kuasa dan pengaruh.DS Najib perlu melepasi sempadan ini,perlu melangkah segala pagar yang melingkungi mereka yang memang punyai potensi terbaik untuk membantu PM menarik kembali sokongan rakyat.Lupakan kroni dan kerabat jika pilihan masih ada untuk bersama menyemarakan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Buat menteri yang sedia ada, redha dan bersabarlah dengan ketentuan yang bakal menjelma.Jika hayatnya sebagai menteri sudah berakhir, senyumlah.Berilah peluang kepada rakan-rakan yang lain pula.Usahlah membawa diri bertemu bomoh atau tok-tok pawang untuk menujum atau meramalkan masa depan.Tok bomoh dan pawang pun tidak tahu nasib dan masa depan mereka yang kita jadi bodoh dan keldai mengunjungi mereka buat apa.Jangan buang masa.Lebih baik bermunajat dan berdoa dengan Allah memohon pertolongan-Nya itu lebih mulia.Jika sebelum ini sudah lama meninggalkan solat, belajar-belajar solat semula.

Bukan apa mati itu bila-bila masa.Jika ada salah dan silap dengan rakyat buatlah perubahan,bertaubat segera.Kalau ada harta yang terkumpul secara tidak halal, kembalikan hak rakyat.Jika sudah banyak melakukan penyelewengan, bertaubatlah.Kelak bila mati, kalau muflis di sana, penyokong dan pengikut tidak mampu membantu kerana di sana masing-masing bawa diri.Bagaikan enau di belukar.Nafsu nafsi.

No comments:

Post a Comment