Friday, November 12, 2010

PILIHANRAYA UMUM KE-13 MAKIN MENDEKAT...

Dari hiruk pikuk pemain politik,dentuman suara yang begitu vokal,menerjah,menghentam sesiapa sahaja mereka berlainan agenda.Fitnah dan tuduhan bermaharajalela.Menyerang melanda sesiapa juga.Retorik dan polemik mengambil acara. Parti politik opposisi masing-masing bermain kata.mengejek,mengeji dan mencela.Masing-masing merancang agenda.PRK menunjuk tanda,UMNO-BN menang kedua-dua.

Melantunlah suara yakin meraja,rakyat negara kononya kembali menerima.Bersahutan nada gembira.PAS,PKR dan DAP bermuram durja.Batu Sapi,Galas mereka melihat hampa. Milik BN kekal semula,Galas terlerai, PAS menerima takdir-Nya.

Banjir melanda,kawasan utara memecah propaganda.Pelbagai tekanan, tuduhan dan cacat cela menjeruk rasa.Melenting pemimpin Pakatan,marah dan sakit rasa dek fitnah tulisan media arus perdana.Kerja bakti pembangkang tidak disuara.Buruk dan busuk mengantikan kerja mulia.Budi dan bakti disimpang menjela.UMNO-BN bermain silangkata,fakta tersembunyi, auta melata.

Hayat UMNO-BN makin terasa,masih panjang atau sudah tiba masa.Pakatan Rakyat juga macam tercedera.Gabungan meretak dan berkaca.Jika tidak bijak menutur bahasa, retak ternampak berderai jua.UMNO-BN jangan terleka.Pakatan Rakyat usah gulana.Masa masih ada.Ruang terbuka.Landasan terhampar terbuka.Mengisi masa sehingga tiba waktunya.Berperanglah secara gentle.Maruah bersama dijaga,buruk dan fitnah jangan menjaja.

Menjadi manusia bukan haiwan pelihara.Tuturkata adab sopan lambang budaya.Menerajui perubahan, transformasi agenda.Memartabat bangsa, meningkatkan nama.Negara gemilang,ummah terbela.BN- Pakatan Rakyat perlu saksama,kalah dan menang hamba rakyat yang menjadi mangsa.Jaga mereka, prihatin semerta.Sakit demam rakyat hamba jangan alpa.Usahkan terjaga kroni dan nepotisme cuma.Bila susah rakyat yang membela, waktu senang segelintir merasa.Mengapa buruk budi dan holo baso[ tamak ] di jiwa.

Laluan peperangan makin menjelma.Pudar dan samar makin terkesima.Sirna kelabu, pasti mengena.PRU13 makin pesona.UMNO-BN makin cakna.Kebajikan rakyat seperti ditanya,ambil tahun konon2nya.PR pula bersiap sedia.Mengetahui perjuangan sebenar bakal melanda.Gerak gempur makin bersiap.Jentera kempen sudah bersilat.Gerak dan geri penuh tersirat.Mengenal pasti semua tersurat.

Bersedialah semua YB Bebas,katak atau beruk.Cacian dan tuduhan semakin teruk.Tidak kenang budi menjadi tajuk.Budi dan jasa bukan berpihak,mereka nafikan ,jasa  mereka terlekat.Wang mengalir bukan sekeping surat tetapi note jutaan berpra-syarat.Entah siapa hebat menjawab,cuma Allah yang paling muktamad.

Dari renung dan cakab-cakap,masing mendakwa dan benar mengharap PRU13 bakal mendekat.Lagak dan gaya seperti tepat.Ramalan dan tilik macam melekat.Soal dan isu makin berjawab.YB kembali kawasan makin mendekat,ambil hati segala hamba rakyat.Itu gaya YB putar ligat.Waktu perlu bukan main akrab,setelah menang hilang lesap.Pejabat kosong,rumah sunyi kononnya mesyuarat.Kuala Lumpur menjadi tempat.Juahnya jarak dari rakyat.Bila pulang senyap-senyap.Rakyat tahu mereka hilang sepantas kilat.YB macam ini usah ralat,singkir mereka biar sepakat.Lanyak cukup2 dengan undi makrifat.Biar mereka reti kuasa rakyat.Tahu Rabu Khamis itu hakikat atau daulat.Muka tak malu merayu mengharap.Hamba rakyat jangan terjerat.Pengalaman lampau jadi syarat.Pilih yang lain lebih berkat.Penyapu baru bertugas penuh semangat.

Kerajaan lama atau kerajaan rakyat.UMNO-BN atau PAS,DAP bersama PKR?.Bincang dahulu baru sepakat.Undi serentak penuh lengkap.Pilih kuasa dan pangkat,berikan amanah kepada mereka yang ada 'daulat'. Amanah terjaga bila syariat terikat.Mendekati agama seiring makrifat.Islam dan Iman menjadi syarat, sempadan dunia dengan akhirat. Soal agama jangan makin tangkap muat.Teliti dan halusi setiap cakap.Kufur nyata jika perbuatan,perbuatan dan iktikad benar-benar sepakat.Akidah jangan digadai, diperalat.Mati itu benar mendekat.Tidak lambat apatah cepat walaupun sesaat.

Percayalah..PRU13 sudah dekat.Bersiap sedialah rakyat.Membuat perhitungan yang mana tepat.Kerajaan lama atau kerajaan rakyat.Risiko menjadi debat, jika pilihan tersilap.Semusim berlalu mengajar rakyat.Apa yang tercela belum tentu tetap, berpura-pura mainan ahli politik hebat.Memutihkan yang hitam itu kerja cepat,menghitamkan yang putih perlu merakyat apatah lagi jika melibatkan Pakatan Rakyat.Media pro pasti bersiap memutar belit setiap yang tetap,bertukar rupa menjadi ralat kononya kerajaan yang ada lebih hebat.Tertipu teraniaya hanya rakyat.Kaki jaga kenyang padat, kaki tidur terkulat-kulat.

Ayuh,bersedialah wahai hamba rakyat.Pilihan kali ini betul-betul tepat.Jangan tersilap.Silap catur sesal sehayat.Tunggu masa bertahun lama penuh mengharap,angkara bermuka-muka politik berkarat.Rakyat merana, ahli politik tidak boleh harap.Jangan tertipu semula,bertindak cepat-cepat.Masa menyingkat, ruang bertambat padat.Mulut longkang jangan diharap.Penipu utama jangan diberi harap.Buang mereka dari Dewan Rakyat.DUN pula biarlah tepat,siapa benar jujur dan membela rakyat.

PRU13 sudah makin rapat.Paling lama dua tahun mendekat.Mungkin MAC 2011 boleh diharap,jika tidak SEPTEMBER pula menjadi tempat.Teliti dan hati-hati dengan selamat.Gunakan fikiran dan makrifat.Solat hajat menjadi penambat,Isthikarah merujuk alamat.Tawakkal kepada Allah jalan selamat.Petunjuk-Nya paling tepat.Berdoalah meminta manfaat, menjauhkan bala dan juga musibat.Pemimpin mengena selamatlah ummat.Sudah lama menanggung akibat.Puasa merana,puas mengharap.Pemimpin menipu segala hamba rakyat.Kantung sendiri makin ketat,muka rakyat bertamabah kelat.Buang pemimpin anjing kurap.Melepas tersepit menyalak berlipat.Betis rakyat digigit melekat.Rakyat mengundi tertipu sepanjang hayat.

Benar...PRU13 maha mendekat.Senaraikan hasrat,senaraikan mandat.Siapa pilihan, siapa disepak.Beri peluang pada yang amanah.Korup dan jahat biar merasa jadi rakyat,usah diberi lagi mandat.Dulu YB, ingat wakil rakyat rupanya wakil tersilap.Hak rakyat mereka rembat.Kebajikan rakyat tersiat-siat.Kali ini biar mereka pula menjadi pengikut,jadi ketua tidak terikut.Jahat haloba menangguk murka.Rakyat tertipu terpedaya.Berkurun merana menjadi iktibar.Rakyat mesti memutus rasa.Pilihlah untuk jaga jiwa.Selamat sentosa melata.Dahulukan kebaikan diri sebelum menjaga mereka ,YB bergelar wakil rakyat, daratan terlupa.Jangan lagi alpa dan leka.Kali ini tentukan masa depan, anak bangsa tercita.Kita yang tentukan bukan mereka.Mereka yang bergelar YB durja jangan lagi diberi muka.Cukup lah sekali terkena, bukan sekali sudah berkali-kali, puluhan tahun lamanya masa.Cepatlah tersedar.Buatlah keputusan segera.

Satu antara dua.UMNO-BN atau Pakatan Rakyat pula..PRU13 benar-benar akan melata.Terserlah dari lamunan ke alam nyata.Mengundi pulak lah kita..



No comments:

Post a Comment