Penulis berpeluang melihat rakaman temuramah wartawan dengan Mohd Noor Ideris,iaitu individu yang terlibat dalam perbalahan mulut dengan tokguru Nik Aziz di rumah bekas Dun Galas, Tn. Hj. Omar Mohamed.Dari apa yang penulis dengar, rasanya En. Mohd Noor bukan seorang ilmuan agama.Cakap2nya dalam temuramah itu masih berpaksikan nafsu amarah,dendam dan sakit hati.Dalam seronok dia menghentam tokguru Nik Aziz,tanpa sedar dia telah mendedahkan siapa batang tubuh dia yang sebenar.Dia menggunakan perkataan 'kasyaf sdgkan orang yang makam hakikat,atau makam makrifah tidak sesekali mengakui diri mereka tu kasyaf.Namun En. Mohd Noor sebaliknya sehingga mengatakan dia nampak tangan tokguru yang dihulurkan utk bersalam dengannya itu adalah tangan syaitan bukan tangan manusia,bukan tangan tokguru Nik Aziz.Dengan tokguru tak mahu bersalam,apakah dengan tangan orang bukan Islam dia masih terima salam?.Betulkah cara dia tu?.Orang hulur tangan untuk bersalam,dia tolak..mana ajaran agama yang dia tuntut tu?.
Bukan niat memihak namun dari cakap2nya dalam sedutan video itu,ceritanya seperti mengangkat diri sendiri.Memperlekehkan orang lain.Apa salahnya kalau dia bercakap secara sederhana,kalau benar dia 'kenal Allah' rasanya bukan begitu kupasan yang keluar dair mulutnya.Ego dan angkuh kerana seperti menang berhujah dengan tokguru.Begitukah yang dia kata dia mahir dan faham agama?.Jauh lagi tuh kalau itu yang dia ingin banggakan.
Satu lagi,bandingan sahsiah dan perilaku tokguru dengan pemimpin UMNO [ bukan semua ].Terbukti ada pemimpin UMNO raba punggung wanita, minum arak, rasuah, seleweng, tidak jaga solat, tidak meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya.Setakat bina masjid tapi solat pun jarang-jarang mana bukti mereka bela Islam.Hudud ditolak mentah2,hukuman Islam tidak mahu dilaksanakan walaupun sedikit.Tidak mampu buat semua hudud,apa salahnya buat dulu yang boleh kemudian perlahan-lahan la lakukan hukum yang lain.Ini tidak,terus mengatakan tidak sesuai.Mengapa En. Mohd Noor tidak nampak dan tidak sedar keadaan tersebut?.
Kalau tokguru yang alim, solat jaga, kerja untuk ummah terpuji, jaga hak rakyat, jaga kebajikan agamanya dituduh syaitan,mana ada pemimpin sezuhud tokguru dalam Malaysia hari ini.Cuba tunjukkan satu contoh pemimpin yang lebih baik dari tokguru Nik Aziz?.Sudah berapa banyak tuduhan rasuah ke atasnya,satu pun tidak pernah terbukti kecuali mainan politik semata-mata sdgkan dalam UMNO berapa banyak yang 'disyaki' terlibat dalam pembunuhan namun tidak ada siapa yang berani mendesak.Lebih2 kan, kena tindakan sebaliknya pula.Siapa yang berani.Dalam PAS,semua orang boleh bersuara.Tokguru ditegur,dihina,dikecam oleh segenap sudut namun jiwanya tetap terbuka dan berlapang dada..
Tuduhan syaitan terhadap tokguru satu perkataan amat biadap dan kurang ajar.Lebih2 lagi dari mulut manusia yang mendabik dada lebih faham agama.Di situ penulis sudah dapat membuat agakan dan perbandingan.Siapa lebih tulus dan mulia antara mereka berdua.
Serangan hujah juga tidak dilakukan ditempat yang sesuai,dibuat di rumah orang.Mana hikmahnya En. Mohd Noor ingin berdakwah?.Menolak huluran tangan untuk bersalam dari manusia seagama sudah dikira satu kebiadapan.Dah la yang menghulur itu tangan dari seorang MB yang disayangi rakyat Kelantan, dan dia mengganggap itu tangan 'syaitan'.Memang cukup teruk dan menjijikkan perbuatan tersebut.
Secara ringkasnya,Tokguru masih wajar dihormati kalau hendak dibandingkan dengan hujah dan cakap2 En. Mohd Noor tersebut.Penjenguk blog boleh mencari rakaman video tersebut di you-tube,penulis terlupa untuk muat turun ke blog ini.Lebih haru lagi, DAP itu anjing yang akan menghuru-harakan politik dan kemakmuran negara.Sebenarnya itu cakap2 manusia yang takut kehilangan kuasa dan kekayaan.Takut dengan bayang2 sendiri.Menuduh sesedap hati.DAP ker, PKR ker semuanya parti politik yang sah.Rakyat yang undi dan angkat mereka.Mengapa salahkan parti?.Itulah lumrah demokrasi..pilihan di tangan rakyat.Mereka yang memilih,itu hak mutlak mereka.
Siapa Mohd Noor ni dalam arus politik negara ke dia juga antara yang kena 'jual'?.Terbeli secara lelong untuk PRK Galas yang lalu.Dalam politik,mcm2 pendekatan dan strategi digunakan.Asalkan menang,asalkan maruah tersimpan,hal2 lain apa peduli.Apa pun hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya.Cakap banyak pun tak guna kerana hati kita hanya DIA yang boleh ukur, ikhlas ke tidak berjuang untuk agama-Nya.Cakap ni siapa2 pun boleh dan bijak tapi ikhlas hanya Allah yang nilai.


