Saturday, February 20, 2010

MENJELANG SENJA - Menilai diri

Sedarkah kita, bahawa hidup ini memang sementara.Umur dah sebegini rasanya masih baru hidup di dunia.Dulu banyak menanggung derita, rasa perit dan lamanya hidup ini.Namun bila mendapat sedikit bahagia, sedikit harta terasa baru semalam hidup di dunia.Baru semalam terasa enaknya hidup ini.Itulah tipua daya dunia.Manusia begitu semuanya.Mudah lalai dan terlena dengan hiburan palsu yang terpana.Masa susah terasa perit hidupnya.Bila sudah kaya lain pula nadanya.Hakikatnya manusia yakni kita semua mudah terleka.Kalau boleh nak hidup selamanya.Bicara soal mati tidak mahu semacam mahu mengelak.Macam-macam dibuat helah.Hakikatnya mahu hidup seumurnya.Begitu takut bicara soal mati sedangkan mati itu pasti.tidak mungkin lewat dan tidak mungkin tercepat.Sampai saat dan ketikanya..terbujur kaku lah kita.Sehelai kain putih peneman jasadnya.Tidak pernahkah kita bertanya..akan bahagiakan kita kelak 'di sana'?
Ingatlah mati, ingat seksa diri, ingatlah mati itu amat-amat pasti.

No comments:

Post a Comment