Thursday, February 18, 2010

MENGENAL DIRI

Hanya mereka yang mengenal diri mampu untuk mengurus hidup dengan sempurna.Mengenali kelemahan dan kekuatan diri adalah mereka yang bijaksana.Tahu kelemahan, maka kita sedar keupayaan kita.Tahu kekuatan, terima seadanya kerana itu jua pinjaman cuma.Allah mengizinkan kita menggunakan sedikit 'kekayaan-Nya' untuk kita guna.Gunakanlah seadanya.Jangan menganiaya.Mengenal diri membawa kita mengenali Pencipta.Kita tahu ke mana kita sudahnya?Harta bertimbun, di 'sana' kelak sehelai kain putih cuma.Tiada siapa mampu membela selain 3 perkara ; ilmu yang berguna, anak-anak yang soleh dan solehah,dan amal jariah semasa di dunia..Hidup biarlah bijaksana.Jangan kedekut, jangan berkira mana.Takat termampu berbudilah kita pada hamba-Nya.Mengenal diri, kita lebih reda dan sentiasa berlapang dada...tiada beza di sini atau di sana kerana semuanya adalah milik DIA...

No comments:

Post a Comment