Wednesday, February 10, 2010

AKU BERSYUKUR PADAMU

SELINGKAR KISAH UNTUK KENANGAN PERIBADI
______________________________________________

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak, aku adalah antara hamba-Nya yang diuji dengan penuh ranjau dan duri.Jarak sekolah dengan rumahku hampir 7 batu jauhnya [ didarab dengan 1.6km = lebih 11km ] Aku berjalan kaki setiap hari.Bayangkan ketika itu ayahku hanya memilik sebuah basikal tua untuk ke ladang menoreh getah pawag, dan petang untuk sawah juga tanah pawah untuk menanam padi. Ayahku cuma mendaftarkan diri untuk masuk tahun satu kemudian apa sahaja mesyuarat dia tidak pernah datang.Masa dan tenaganya hanya untuk mencari sesuap nasi untuk dirinya,isteri dan anak-anak. Pag-pagi aku dah mula menapak kaki ke sekolah berjalan kaki bersama kawan-kawan yang senasib denganku.Anak-anak miskin.Yuran tahun semasa tidak pernah mampu dijelaskan.Selalunya masuk tahun baru, yuran tahun sebelumnya baru dibayar walaupun hanya beberapa RM cuma.Duit belanja untuk diriku pula dalam setahun bilah dibilang dengan jari.Selebihnya aku membawa nasi bungkus lauk ikan kering dibalut surat khabar cina dan daung pisang kering.Alangkah sedihnya hati, perit, malu dan pilu.Time rehat aku dan kawan senasib akan masuk ke kebun getah sebelah sekolah untuk makan bekal yang dibawa.Nak ke kantin rasa malu kerana kami tidak ada duit untuk belanja.Ruin aku begitulah.Pulang dari sekolah lewat petang baru sampai rumah.Waktu balik, jenuh meredah hutan dan kebun orang untuk mengelak panas.Jam 4.00 petang selalunya baru sampai umah.Lapar janganlah cakap...namun pelajaran ku tetap cemerlang.Semasa di sekolah rendah, aku dapat nombor 1[ 4 kali] nombor 2 [ 4 kali ] dan selebihnya antara nombor 3 - 6.Kiranya aku dalam golongan pandai lah jugak.Namun nasibku sudah ditakdirkan sebegini.Setiap hari berjalan kaki untuk ke sekolah.

Masih tidak dapat ku lupa, bila waktu pendidikan jasmani di padang sekolah, tengah-tengah seronok bermain bola, kapal terbang melintasi padang, aku sempat mendongak dan berkata-kata dalam hati "bolehkan aku menaiki kapal terbang suatu hari nanti"..aku merasakan amat mustahil untuk aku mengalami peristiwa tu..Aku seorang anak yang miskin, bapa ku miskin, dan bapa aku juga tidak memiliki apa-apa harta.Kasut sekolahku hanya berganti 3 tahun sekali, maknanya aku sempat pakai 2 pasang kasut sekolah sahaja dari tahun 1 hingga tahun 6.Bayangkan, itupun kasut getah biji 13 macam kasut bola.Tumit kasut pun dah haus, tumit kakiku yang keluar menyapu jalan.Waktu itu, hanya ada azam dalam diriku, ingin berjaya dalam pelajaran.Di kampung, aku dan keluarga menjadi hinaan orang-orang kampung.Malahan saudara mara terdekat juga memandang sinis kepada keluarga kami.Sediah gak kerana makcik-makcik sebelah ayahku semuanya kaya dan berada.Makcik-makcik dan pakcik sebelah ibuku juga kaya dan mewah.Sedangkan ibu dan ayahku dalam kesempitan.Biarlah ku simpan kisah sebenarnya mengapa kami hidup miskin.Semuanya akibat tamak dan haloba harta dan sikap pentingkan diri sendiri dalam kalangan makcik-makcik dan pakcikku trsebut.biarlah ia menjadi kenangan hidupku seumur hayat.Sungguh memeritkan.Pilu.Hati kecil aku dari seorang anak kecil masih mampu merasai penderitaan ayah dan ibuku.Namun mereka tetap sabar.Suruhan Allah tidak pernah mereka abaikan.Hidup kami lebih teruk daripada kais pagi makan pagi..sawah padi pun pawah, menoreh getah pun pawah.Berapalah sangat hasilnya.Paling ku merasa pilu bila aku meminta duit belanja, ibuku puas mencari duit dalam bekas bekalan rokok daunnya,puas dicari di celah-celah tembakau..tak juga jumpa, akhirnya dengan sedih dia berkata "tak ada duit mak nak bagi kat engkau..bawak nasi bekal je lah", "mak rasa semalam ada duit seposen kat dalam beg rokok mak ni" sambungnya lagi.Aduhhhhh..betapa miskinnya keluarga kami.Memang aku tidak pernah merasa duit belanja lebih dari seposen [ sepuluh sen ] waktu aku bersekolah rendah dahulu.Aku memang miskin.Seposen itu pun boleh dikira dengan jari dalam setahun.

Kemudian usiaku meningkat remaja, menyambung pelajaran di sekolah menengah.Keadaanya tetap sama.Mula-mula aku naik bas sekolah.Jarak rumahku dengan sekolah menengah lagi la jauh.Hampir 18km.Namun aku tidak mampu untuk terus naik bas kerana tidak ada duit untuk bayar tiket bulang bas walaupun cuma RM8 sebulan.Memang tidak mampu.Kadang-kadang aku pernah menumpang curi naik bas.Nasib tak baik kena halau dari baik.Berjalan kaki untuk sampai ke rumah untuk jarak yang berbaki..letih, lenguh dan penat yang tidak dapat diceritakan.Malu pun ada.Tak ada duit ada hati nak naik bas...

Namun, tekadku tidak berubah.Azamku tetap membara.Di sekolah menengah aku dilantik menjadi pengawas sekolah, guru-guru begitu baik denganku.Mereka kadangkala memberi ku duit.Aku juga mendapat biasiswa untuk anak-anak miskin.Kemudian aku berpindah untuk tinggal di rumah sewa berkongsi dengan rakan senasib.Bolehlah aku bayar sewa sebab ada duit biasiswa.Aku selalu berlapar kerana tidak ada duit...liku-liku hidupku sewaktu zaman kanak-kanak, peringkat sekolah rendah dan menengah cukup menyedihkan.Di kampung, orang kampung memandang sebelah mata sahaja...umpama melukut di tepi gantang.Ada orang kampung melarang anak dara mereka berkawan denganku kerana katanya aku ni tidak ada masa depan.Aku terima.Aku cuma berkawan dengan rakan perempuan sekampung sewaktu di sekolah sahaja.Di kampung aku buat hal ku sendiri...Entahlah.Hina dan terpinggirnya keluargaku di mata orang kampungku sendiri.

Aku bersyukur ayah dan ibuku seorang insan yang cukup tabah.Mereka membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.Kasih sayang orang miskin macamanalah sangat..sekadar memberi apa yang termampu...buku rujukan di sekolah hanya bergantung kepada buku-buku teks sahaja.Orang lain mampu membeli buku-buku rujukan, aku cuma mampu berkongsi menelaah buku-buku mereka.Ada juga kawan yang bersimpati denganku.

Namun itu kisah dahulukala...kini aku bukan lagi manusia yang dihina, diumpat atau dikeji.Orang kampung mula menukar pandangan mereka selama ini terhadapku.Mereka mula cemburu.Aku berkahwin dengan gadis dari ibu kota Kuala Lumpur, mereka menuduh ]ku memilih.Tidak mahu berkahwin dengan orang kampung sendiri.Wahhhh..memang Melayu mudah lupa, benarlah kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa.Dahulu mereka juga yang melarang anak-anak dara mereka berkawan dengan diriku, sekarang aku pula dituduh memilih isteri.Tergerak juga di hati nak memulangkan paku buah keras tetapi aku tidak sampai hati untuk berdendam.Aku diamkan diri.Biarkan mereka dengan hujah mereka.Keluargaku mula dipandang orang kampung.Mereka mula segan dengan keluargaku terutama ayahku.Mereka mula bercakap tentang kehidupan kami yang mula berubah.

Kini aku memiliki segalanya.Cuma sayang belum sempat untuk ku berjasa, mereka [ ibu dan ayahku ] telah kembali menemui Pemiliknya.Masa mereka masih susah aku masih belum berjaya seperti sekarang.Bila aku mula menapak naik, mula hidup sikit mewah, mereka dijemput kembali.Terkadang tergenang airmataku tanpa sedar kerana sayu dan simpati dengan kesusahan yang pernah mereka lalui dahulu.Apakan daya..apa yang berlaku semuanya dalam takdir-Nya.Kini hanya fatihah dan doa ku hadiahkan buat mereka saban waktu.Hanya itu yang mampu ku berbakti kepada mereka yang pernah mendidik dan memeliharaku dengan 'kasih sayang' mereka.

Dulu yang kurasakan mustahil semuanya ku gapai.Naik kapal terbang sudah menjadi seperti naik bas untuk balik kampung.Sudah kerapkali ku berada di udara dalam perut kapal terbang.Bukan sahaja dalam negara malahan untuk bercuti di luar negara.Makanan yang agak mahal dan tidak terfikir untuk ku nikmati sudah juga menjadi juadah biasa padaku.Terkadang bila teringat derita ayah dan ibu, selera ku terus terhenti.Tak mampu untuk ku telan walaupun amat sedap kerana ibu dan ayahku telah tiada di alam fana ni.Aku tahu semua yang terhidang di depanku kini mereka tidak sempat merasa.Maafkan aku ayah dan bonda...aku tidak sempat berjasa pada kalian berdua.

Ku ringkaskan kisah..aku telah melalui segalanya..umpat keji, hinaan, derita jiwa dan kering airmata menangisi nasib badan.Melalui jalan berliku dalam pelajaran untuk menuju puncak dek kerana kemiskinan.Melalui derita dalam mencari cinta, ditolak kerana harta.Mereka memilih 'emas' dari 'budi'.Begitulah hinanya manusia.Dari segala rentetan derita kecewa dan seksa berpanjangan kini akau mampu tersenyum puas.DAri aku tidak memiliki apa-apa, kini ku miliki segalanya.Apa yang orang lain ada, aku juga ada.Dulu apa yang ku inginkan ku pendamkan bertahun lamanya kerana tiada wang sekarang 'barang pinta, barang jadi' begitulah boleh diumpamakan.Cuma hidupku masih bersederhana...walaupun mampu untuk hidup mewah namun kerana 'didikan' sejarah hidupku yang berliku, aku tidak 'sampai hati' untuk meraikan kejayaanku berlebih-lebihan.Biarlah diriku yang tahu siapa diriku.Hidup masih seperti dulu,masih serba sederhana..cuma keperluan asas aku menumpukan kepada keselesaan dan kehamronian keluarga.Demi anak-anak, mereka tidak faham erti susah dan derita.Oleh kerana ku mampu maka ku penuhi segala keperluan mereka seadanya.Tidak bermewahan tetapi setara dengan rakan-rakan mereka yang tinggal di ibu kota...merekalah pewaris diriku nanti.

Benarlah sabda Nabi " Ingin berjaya di dunia dengan ilmu, ingin berjaya di akhirat juga dengan ilmu dan ingin berjaya dunia dan akhirat juga dengan ilmu" Kini aku menepati sabda Nabi itu.Hanya dengan ilmu yang bapa dan ibuku pertaruhkan untukku selama hayat mereka, kini aku menjadi seorang manusia berjaya.Segunung syukur, sejuta terima kasih ku ucapkan pada-Mu Yaaaa Allahhhh.Aku berjaya dengan takdir-Mu jua.Bimbinglah aku untuk menjadi hambamu yang beriman dan 'mengenal-Mu' dengan sebenar-benarnya sebelum aki dijemput 'pulang'...AKU BERSYUKUR PADAMU ALLAH.

2 comments: