Tuesday, February 16, 2010

CEMBURU

Cemburu
adalah fitrah manusia
ada cemburu buta
ada cemburu sayang
ada cemburu entah apa-apa
Cemburu menduga jiwa
pelbagai rasa
pelbagai rupa
Cemburukah kita?
benarkah cemburu kita
kerna sayang
atau kerna memang
kita seorang pendengki
membabi buta?
Aduhhhh sakitnya jiwa
buat mereka
cemburu entah apa-apa
sembang bersama
dituduh bercinta
menduakan cita
menduakan pasangannya
Mengapa begitu?

Percayalah..
kalau dah hak kita
jauh mana jaraknya
kita tetap bersama
kiranya
tiada jodoh
antara kita
dalam pelukan pun terlerai jua
dalam ikatan sah pun bercerai jua
dalam penuh kasih
dan sayang pun
pasti terpisah jua
Nah..untuk apa kita cemburu buta
menyesakkan dada
menyakitkan jiwa
menghalang reda
sukar untuk berlapang dada

Usahlah cemburu melata
kelak kita tiada sesiapa
Cemburu itu baik
untuk sebuah ikatan
jujur dan setia
mengikat jiwamaka cemburu
itu penyedap rasa
lantaran hidup kita
dikeliling
cemburu yang bahagia
kerana dia milik kita
dan kita juga miliknya.
Cemburulah sebegitu
kerana ia amat membahagiakan
kerana cemburu itu
tandanya sayang..
Huhuuuu..pernahkah kita CEMBURU?
tepuk dada tanya jiwa
apakah ku juga cemburu buta?
buat sia dia..aku memang
cemburu padamu
namun aku yakin pada-Nya
andai dia milikku
untuk apa ku risau
gundah gulana
andai kami tetap bersama
pasti kami bersama jua.

Ku doa dia bahagia
walau di mana dia berada
yakinlah..aku sentiasa bersamanya
dalam jaga,
dalam lena,
aku tetap sayang padanya.

3 comments:

  1. jauh dimata dekat dihati..merindu pada yg kasih menyinta pada yg sayang.

    ReplyDelete
  2. maaf la lama tk ziarah..entry awk pjg lebar..sya jenis pemalas sket nak baca entry yg pjg2..huhuhu

    ReplyDelete
  3. cemburu itu menyakitkan...

    ReplyDelete