Monday, February 22, 2010
KELIRU...
Entah terpedayakah kita dalam mengenali seseorang...kita semacam ingin percaya.Dalam waktu yang sama kita masih ragu-ragu apakah orang yang kita rasa kenal itu jujur dengan kita?Kejujuran suatu perkara yang sukar untuk dibuktikan, sukar untuk diyakini kerana kejujuran masih berselindung dengan kebaikan dan pelbagai helah dan tipudaya.Sekali imbas jelas nampak kejujuran yang ingin dibuktikan namun dalam waktu yang lain seperti ada pertanyaan, betulkah dia jujur dengan kita?Sedangkan kita seboleh mungkin cuba bersikap jujur, sejujur-jujurnya.Namun tetiba kita tertanya-tanya, apakah kita terpedaya dan tertipu dengan kebaikan dan sikap peramahnya...keliru untuk mencari kepastian.Bagaimana anda menanganinya jika anda berada dalam situsi berkenaan...boleh kita kongsi pendapat di sini.Tinggalkan komen anda untuk renungan kita bersama.Mungkin anda yang sudi menjengok blog ini boleh membantu dengan pengalaman yang mungkin pernah dilalui...pengalaman itu guru paling berharga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment