Thursday, February 18, 2010
MENGURUS SEBUAH IKATAN KEMESRAAN
Dalam usaha kita untuk mengeratkan hubungan antara dua hati, dua jiwa agar menjadi satu adalah satu tugas yang berat.Begitu abstrak.Umpama menolak ombak.Kita perlu saling bertolak ansur.Tidak menekan dan memaksa.Jangan kita mempergunakan dia jika benar kita jujur dan setulusnya.Usahlah kita membebankan pasangan kita.Biarlah seadanya.Jangan fikirkan hati kita kerana hatinya perlu dijaga sama.Usahlah mementingkan diri andai benar diri ingin dikasihi.Biarlah antara keduanya seperti diikat mati.Seciap seperti ayam, sedencing seperti besi, seberkas seperti sireh, serumpun seperti serai..kuat pada seia, berani pada sekata.Menjaga ikatan kasih sayang perlu berseni dan keberanian.Cuma biarlah berani kerana benar bukan berani mengikut perasaan.Kata pujangga ikut hati mati, ikut nafsu lesu...waspadalah selalu jika ingin hubungan yang bermutu.Cinta cuma satu...jagai dan siraminya dengan kasih sayang yang padu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Takkan ku biarkan prasangka buruk bertkhta di singasana jiwa demi kasih setia.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan blog saya...semoga apa yang dicoret membantu sesiapa juga dalam menguruskan kehidupan mereka berkaitan diri, kasih sayang dan keluarga..
ReplyDelete