Sunday, February 21, 2010

KERAS KENG, DEGIL DAN KERAS PEDAL...

Pertembungan antara kerajaan Kelantan dengan Pusat dalam isu wang ehsan dan royalti makin meleret.Semakin dipanjang-panjangkan.Hujah Kelantan telah diberi.Hujah Pusat juga diberi.Macam dalam perbahasan la pulak.Penontonnya seluruh rakyat Malaysia.Penotnton sudah dari awal tahu menilai.Mereka tersenyum sahaja, kekadang menggelengkan kepala.Jawapan di tangan mereka.Tunggulah PRU13 kata mereka. Namun Pusat dan Kerajaan Kelantan, masing-masing degil,keral pedal dan keras 'keng'...mempertahankan hak yang sepatutnya rakyat Kelantan menikmatinya sejak dari awal lagi.Namun kerana politik pura-pura, politik ingin mengekalkan kuasa, perebutan kemenangan di hati rakyat sudah dipelbagaikan.UMNO menari denga iramanya, PAS ada rentak tarinya sendiri.Lagu sudah habis tetapi kini UMNO masih menari, muzik sudah lama dimatikan.Dek kerana lalok dan mabuk dengan kuasa dan tamak haloba masih ada pihak nak menari.Orang ramai, para penonton tergelak ketawa melihat aksi-aksi yang memang memualkan.Tayangan wayang kulit yang dipentaskan begitu mudah rakyat membuat penyudahnya sendiri.Rakyat sudah bangkit meninggalkan pentas.Mereka jemu dengan cerita basi yang diulang-ulang semula.Mereka mahu hasilnya bukan cerita.Terlalu banyak mereka mendengar dan menonton cerita.TV3, TV1, Astro Awani, Bernama dan semua media ada memaparkan cerita..mereka sudah tahu dan muak dengan cerita.Mereka [ penonton ] juga bijaksana...kalau berani bubarlah PARLIMEN kata mereka.Mari kita beradu tenaga.Mari kita bermula semula.Kita buat perhitungan secara dewasa.Kita bertembung dalam pilihanraya...biar itu menjadi pemutusnya.Sudah terang lagi bersuluh tetapi yang melihat sengaja buta, yang mendengar sengaja memekakkan telinga, yang tahu sengaja membisu, yang pandai menjadi auta...demi politik dan kuasa, kebenaran tergadai..semua menjadi keldai.Menurut perintah walaupun memang jelas tidak boleh pakai....Tak tau bila mereka nak sedar.

No comments:

Post a Comment