Friday, February 5, 2010

KITA SELALU MENANGIS....

Saban waktu kita kan menangis.Menangis sedih, menangis gembira, menangis kecewa dan sanggup meratap kerana simpati akan sesuatu..sanggup membiarkan air mata membasahi pipi, membasahi baju, melunturkan make-up di pipi...sanggup berendam airmata dek kerana kecewa,tidak mahu hidup, tidak mahu makan dan macam-macam lagi protes kita.Kononnya kita tidak mampu lagi untuk hidup bahagia seperti sebelumnya kerana putus cinta.Seolah-olah tiada lagi lelaki lain atau wanita lain di dunia ini sebagai ganti.Dahsyatnya kita merajuk dan melayan air mata.Meronta-ronta tidak boleh menerima kenyataan dan takdir Allah.Aduhhh..lemahnya minda, lemahnya akal, lemahnya daya fikir kita,kenapa begitu?..pernah kah kita menangis kerana memikirkan segala dosa kita dengan DIA?Pernah kah kita meratap merayu kemampunan-Nya kerana kita sudah terlalu jauh dari jalan-Nya?Pernah kak kita sebegitu?Membasahi pipi dengan airmata kekesalan, airmata kesedihan di atas lalai dan lupa kita pada-Nya? Pernahkah?...andai tidak pernah usahlah membazir airmata untuk menangisi sesuatu yang tidak pasti..pertemuan dan perpisahan akan terus berlaku sehingga kiamat nanti.Tidak ada yang kekal kecuali DIA...justeru, gunakanlah airmata untuk memohon keampunan-Nya biar sampai buta sekalipun kita menangi itu lebih mulia...

2 comments:

  1. fitrah manusia air mata tetap teman setia dlm apa jua keadaan suka ataupun duka.

    ReplyDelete