Thursday, February 25, 2010

MENGENALI HATI BUDI

Dalam hidup, kita ada berjumpa dan mengenali ramai orang.Namun dengan keramaian manusia yang kita kenali itu kita tidak 100% mengenali secara mendalam.Hati budi, hati perut, perut pedalnya kita tidak mampu untuk menyelami jauh ke dalam.Kita memang perlu berwaspada sentiasa kerana rambut sama hitam, hati masih lain-lain.
tidak semua yang kita kenal mempunyai citarasa,satu aliran dan satu matlamat dengan kita.Apa yang kita rasa belum tentu mereka rasa.Andai menemui yang sama rasa, itulah indahnya sebuah pertemuan dan perkenalan.Hari ini manusia terlalu hipokrit, materialistik dan mementing kemewahan semata-mata.Mengejar pangkat dan jawatan dalam memilih kawan.Pun begitu,tidak semua demikian.Mungkin 1 dalam 100 orang yang kita kenal ada yang sama rasa, sama kehendak, sama gaya dan sama impian dengan kita.Kalau pun tidak dalam semua bidang, pasti dalam satu atau dua bidang yang kita impikan itu ada yang sama rasa, rasa impian dan sama harapan.Kepuasan hidup tercapai bila bertemu keserasian dengan pasangan.Hati budinya perlu kita dekati dan selami serapat yang mungkin...mengenali hati budi memudahkan kita untuk berhubung, berkawan, menjalinkan persahabatan atau pun mungkin untuk sebuah perkahwinan...kenali hati bunyinya untuk memri ruang kepadanya mengenali hati budi kita.Bersahabatlah dengan sejujurnya...

No comments:

Post a Comment