Thursday, February 18, 2010

KUSUT FIKIRAN LIHAT GELAGAT AHLI POLITIK

Perkara remeh menjadi payah.Perkara kecil menjadi luas.Perkara singkat dipanjangkan.Orang fikir ke kiri, dia fikir ke kanan.Bendah yang mudah dirumitkan.Semuanya berpusatkan kepentingan diri.Bercakap berdegar-degar membela bangsa.Macam-macam dilaungkan slogan dan manifesto.Nampak terlalu mudah untuk dicapai umpama merapatkan bibir atas dan bawah.Namun jauh di luar sana, cakap tidak serupa bikin.Pelbagai rancangan dicari untuk memenuhi kepentingan peribadi.Bermaharajalela lah korupsi dan kroni.Bertambah bini jelas terbukti.Ahli ahli memakai topeng agama berniaga mencari dunia, alim ulak terpalit sama.Syurga dan negara belakang kira.Nanti mati, terserah pada-Nya.Mudahnya mereka membuat kira-kira.Halal dan haram ditelan sama.Mabuk dan loya perkara biasa.Mana manusia mana binatangnya, sekali lihat seperti sama.Pemimpin politik seolah-olahnya sama.Matlamat hidup hampir sama.Berhujah, berpidato penuh makna, rakyat mendengar amat terpesona.Hasilnya kosong belaka.Mereka menipu di mana-mana.Rakyat jua teraniaya.Berderet kereta berjuta harganya, punca duit usah ditanya..aku orang politik mestilah kaya.Imej dijaga demi kuasa.Rakyat terpinggir peduli apa.Sepenggal berkhidmat dapatlah pencenya.Rezeki murah jadi menteri.Rakyat bahawa ditipu mati-mati.Lagak kita seorang menteri,menipu, melawak tidak berkerut kening.Licik dan lincah penuh berseni.Apa-apa mesti berani.Kelak tertangkap pun puas hati.Isteri pertama fasakh, banyak lagi isteri...sakit kepala memikirkan ahli politik sebegini.Ikhlasnya tiada, prinsip perjuangan tertanam rapi.Harta haram di makan anak bini.Matlamat menghalalkan cara.Apa di depan disonglap semua usah dihirau milik siapa.Ahli politik sebegini nak menyesal bila?Jangan mati datang tiba-tiba.Pintu taubat masih terbuka, bercakap dan berjuang janganlah pura-pura, kelak tanahair tercinta, tergadai percuma...

No comments:

Post a Comment