Monday, February 22, 2010
INDAHNYA 'SEBUAH KEJUJURAN'
Kalau hidup kita sentiasa dihiasi dengan kejujuran,pasti hidup kita sentiasa tenang dan damai.Setiap yang kita buat, kita jujur dengan apa yang kita lakukan.Kita jujur dengan semua cakap kita, janji kita, perkataan kita dan seumpamanya.Dengan mengamalkan sikap jujur, semua orang yang kita kenal terasa selamat dan bahagia.Mereka tidak mempunyai sebarang keraguan kerana mereka tahu kita memang jujur.Mereka tidak merasa takut untuk ditipu atau terpedaya kerana mereka amat-amat yakin bahawa kita tidak pernah berlaku curang dengan mereka.Kita bersikap jujur dalam semua perkara...justeru bersandarkan sikap kita itu membuatkan semua orang akan senantiasa mempercayai kita.Cuma dalam kita bersikap jujur itu, terkadang kita pula mungkin akan tertipu kerana ada yang mengambil kesempatan di atas kejujuran kita itu.Walaupun demikian, sesungguhnya kejujuran itu suatu yang indah.Indahnya kalau semua orang bersikap jujur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment