CNY datang lagi.Kita orang Melayu mengambil peluang bercuti.Balik kampung mengunjungi keluarga.Penduduk pantai timur selalunya sesak di semua perhentian bas dan terminal lapangan terbang untuk pulang ke kampung masing-masing.Orang lain yang menyambut raya, orang lain yang lebih-lebih bercuti.Tiket sold-out di semua kaunter bas terutama untuk destinasi ke timur, kemudian ke utara dan ke selatan.Di negara ini, setiap kali musim raya walau apapun raya yang diraikan maka seluruh warga kota berpusu-pusu balik ke kampung.Kaum Melayu mengalah kaum yang menyambut raya.Mereka yang berebut-rebut untuk bercuti.
Masalahnya setiap kali musim raya tiba, maka tidak lekang daripada kemalangan maut.Di sana sini kes kemalangan dilaporkan.Air mata ahli keluarga mengiringi jenazah yang dikebumikan.Sikap orang kita terutama Melayu begitu baran di jalan raya.Memandu dengan gelojoh, bersikap 'hero' di jalan raya,ingi cepat sampai ke kampung, tidak mematuhi peraturan jalan raya, memandu secara berbahaya dan pelbagai kerenah manusia 'sakit jiwa' bila di jalan raya.Jenuh pihak polis mengingatkan para pemandu, ops-sikap berulangkali dilaksanakan namun kesan kepada pengguna jalan raya masih tidak berubah.Makin diingat,makin teruk kemalangan berlaku.Kematian secara tragis terus berlaku...entah la.Kita bercuti di kampung, ada yang lain 'bercuti' di alam barzah...membawa segala amalan di dunia.
Tinggallah keluarga dan yang berkaitan dengan arwah menangisi mereka yang pergi..silap sedikit, sekelip mata nyawa melayang.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian buruk padahnya.Sudah terantuk baru terngadah.
Thursday, February 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment