Friday, February 26, 2010

KASIH JUNJUNGAN

Ulangtahun kelahiran
disambut hanya untuk mereka yang masih hidup
Istimewanya Penghuluku MUHAMMAD...
saat kelahiran mu disambut
jutaan, bilion umat.
Lebih 1400 tahun kau telah wafat.
syariat, tarikat, hakikat dan makrifat
berlangsung sampai kiamat.
Amat bertuah aku menjadi umatmu
duhai Penghuluku MUHAMMAD

Mimpiku..pernah ku temuimu
bathil atau benar itu kamu
tidak ku pasti
wajahmu, gerakatur langkahmu
amat sopan, bermakna penuh berseri,
kau tersenyum memandangku
kau mengangguk memanggil ku
gembira bukan kepalang
aku berlari menuju mu
menaiki tangga marmar putih
sebuah gua
mungkin sebuah menara...
terpandang indah
masjidmu...
aku melilau mencari
tetiba kau menghilang.
Sedang tadi kau memanggil ku dengan senyuman,
pandangan dan anggukan
meminta aku datang.

Terpandang aku sekujur tubuh
diselimuti kapan putih.
10 ahlul bait mengelilingi jenazah itu
aku kehairanan..siapakah itu
wajahnya belum ku tentu
kapan menutupinya.
Aku keliru semua yang ada memandangku..
semua berjubah
laksana warga arab
semuanya lelaki

Tersedia ruang kosong sebelah kiri
di bahu jenazah itu.
Aku mengisinya,
bersila menyelak penutup
mayat itu.
Tergaman, terkejut diriku
rupanya insan yang ku cari-cari sejak tadi
telah 'kembali'

Tersedar aku dari tidur
terkejut pandangan kehairanan ahlu bait
aku hadir di sisimu
berada di kiri bahumu.
harum bilikku,
bau bak kasturi..
Yaa Penghuluku..ya MUHAMMAD
aku mengharapkan itu benar kamu
senyummu,
renunganmu,
anggukan mu,
masih segar di mindaku
Aku terkejut
rupanya ku temuimu bukan hakiki
cuma sebuah mimpi
ku mengharap itu realiti
aku merinduimu ;
seorang nabi,
seorang rasul,
kekasih Ilahi.

Allah dan malaikat
berselawat untu mu,
betapa mulianya dirimu..
syafaat mu
redha mu
pengakuan mu
sebagai umat MUHAMMAD
MUHAMMAD AWAL DAN AKHIR
penyelamat segala azab.
Nurmu mengharum sepanjang umat
sebelum Adam hingga kiamat
Kelahiranmu dirai
diperingati
disanjungi
sekalian umat
meski dirimu telah wafat.
auramu
penghulu nabi-nabi
menyelubungi tujuh petala langit dan bumi

Engkaulah penyelamat
pembawa rahmat
pemberi syafaat
doa maha berkat.
dirimu adalah seluruh
kebaikan
teladan untuk umat

Thursday, February 25, 2010

MENGENALI HATI BUDI

Dalam hidup, kita ada berjumpa dan mengenali ramai orang.Namun dengan keramaian manusia yang kita kenali itu kita tidak 100% mengenali secara mendalam.Hati budi, hati perut, perut pedalnya kita tidak mampu untuk menyelami jauh ke dalam.Kita memang perlu berwaspada sentiasa kerana rambut sama hitam, hati masih lain-lain.
tidak semua yang kita kenal mempunyai citarasa,satu aliran dan satu matlamat dengan kita.Apa yang kita rasa belum tentu mereka rasa.Andai menemui yang sama rasa, itulah indahnya sebuah pertemuan dan perkenalan.Hari ini manusia terlalu hipokrit, materialistik dan mementing kemewahan semata-mata.Mengejar pangkat dan jawatan dalam memilih kawan.Pun begitu,tidak semua demikian.Mungkin 1 dalam 100 orang yang kita kenal ada yang sama rasa, sama kehendak, sama gaya dan sama impian dengan kita.Kalau pun tidak dalam semua bidang, pasti dalam satu atau dua bidang yang kita impikan itu ada yang sama rasa, rasa impian dan sama harapan.Kepuasan hidup tercapai bila bertemu keserasian dengan pasangan.Hati budinya perlu kita dekati dan selami serapat yang mungkin...mengenali hati budi memudahkan kita untuk berhubung, berkawan, menjalinkan persahabatan atau pun mungkin untuk sebuah perkahwinan...kenali hati bunyinya untuk memri ruang kepadanya mengenali hati budi kita.Bersahabatlah dengan sejujurnya...

Monday, February 22, 2010

INDAHNYA 'SEBUAH KEJUJURAN'

Kalau hidup kita sentiasa dihiasi dengan kejujuran,pasti hidup kita sentiasa tenang dan damai.Setiap yang kita buat, kita jujur dengan apa yang kita lakukan.Kita jujur dengan semua cakap kita, janji kita, perkataan kita dan seumpamanya.Dengan mengamalkan sikap jujur, semua orang yang kita kenal terasa selamat dan bahagia.Mereka tidak mempunyai sebarang keraguan kerana mereka tahu kita memang jujur.Mereka tidak merasa takut untuk ditipu atau terpedaya kerana mereka amat-amat yakin bahawa kita tidak pernah berlaku curang dengan mereka.Kita bersikap jujur dalam semua perkara...justeru bersandarkan sikap kita itu membuatkan semua orang akan senantiasa mempercayai kita.Cuma dalam kita bersikap jujur itu, terkadang kita pula mungkin akan tertipu kerana ada yang mengambil kesempatan di atas kejujuran kita itu.Walaupun demikian, sesungguhnya kejujuran itu suatu yang indah.Indahnya kalau semua orang bersikap jujur.

KELIRU...

Entah terpedayakah kita dalam mengenali seseorang...kita semacam ingin percaya.Dalam waktu yang sama kita masih ragu-ragu apakah orang yang kita rasa kenal itu jujur dengan kita?Kejujuran suatu perkara yang sukar untuk dibuktikan, sukar untuk diyakini kerana kejujuran masih berselindung dengan kebaikan dan pelbagai helah dan tipudaya.Sekali imbas jelas nampak kejujuran yang ingin dibuktikan namun dalam waktu yang lain seperti ada pertanyaan, betulkah dia jujur dengan kita?Sedangkan kita seboleh mungkin cuba bersikap jujur, sejujur-jujurnya.Namun tetiba kita tertanya-tanya, apakah kita terpedaya dan tertipu dengan kebaikan dan sikap peramahnya...keliru untuk mencari kepastian.Bagaimana anda menanganinya jika anda berada dalam situsi berkenaan...boleh kita kongsi pendapat di sini.Tinggalkan komen anda untuk renungan kita bersama.Mungkin anda yang sudi menjengok blog ini boleh membantu dengan pengalaman yang mungkin pernah dilalui...pengalaman itu guru paling berharga.

Sunday, February 21, 2010

KERAS KENG, DEGIL DAN KERAS PEDAL...

Pertembungan antara kerajaan Kelantan dengan Pusat dalam isu wang ehsan dan royalti makin meleret.Semakin dipanjang-panjangkan.Hujah Kelantan telah diberi.Hujah Pusat juga diberi.Macam dalam perbahasan la pulak.Penontonnya seluruh rakyat Malaysia.Penotnton sudah dari awal tahu menilai.Mereka tersenyum sahaja, kekadang menggelengkan kepala.Jawapan di tangan mereka.Tunggulah PRU13 kata mereka. Namun Pusat dan Kerajaan Kelantan, masing-masing degil,keral pedal dan keras 'keng'...mempertahankan hak yang sepatutnya rakyat Kelantan menikmatinya sejak dari awal lagi.Namun kerana politik pura-pura, politik ingin mengekalkan kuasa, perebutan kemenangan di hati rakyat sudah dipelbagaikan.UMNO menari denga iramanya, PAS ada rentak tarinya sendiri.Lagu sudah habis tetapi kini UMNO masih menari, muzik sudah lama dimatikan.Dek kerana lalok dan mabuk dengan kuasa dan tamak haloba masih ada pihak nak menari.Orang ramai, para penonton tergelak ketawa melihat aksi-aksi yang memang memualkan.Tayangan wayang kulit yang dipentaskan begitu mudah rakyat membuat penyudahnya sendiri.Rakyat sudah bangkit meninggalkan pentas.Mereka jemu dengan cerita basi yang diulang-ulang semula.Mereka mahu hasilnya bukan cerita.Terlalu banyak mereka mendengar dan menonton cerita.TV3, TV1, Astro Awani, Bernama dan semua media ada memaparkan cerita..mereka sudah tahu dan muak dengan cerita.Mereka [ penonton ] juga bijaksana...kalau berani bubarlah PARLIMEN kata mereka.Mari kita beradu tenaga.Mari kita bermula semula.Kita buat perhitungan secara dewasa.Kita bertembung dalam pilihanraya...biar itu menjadi pemutusnya.Sudah terang lagi bersuluh tetapi yang melihat sengaja buta, yang mendengar sengaja memekakkan telinga, yang tahu sengaja membisu, yang pandai menjadi auta...demi politik dan kuasa, kebenaran tergadai..semua menjadi keldai.Menurut perintah walaupun memang jelas tidak boleh pakai....Tak tau bila mereka nak sedar.

KERAS KENG, DEGIL DAN KERAS PEDAL

Saturday, February 20, 2010

DERUAN OMBAK MENYAPA...

Sesekali ombak ke tepi menyapa diri
untuk apa kamu ke mari?
Termenung jauh mencari pasti
di pelabuhan yang tidak bertepi.
Desiran angin pantai, deruan ombak mengilai
kicaun sang camar bercanda
terimbau kembali saat-saat indah bersamanya

Mengutip kenangan di angin lalu
terlalu melankolik untuk ku kenang
sayu, pilu, merentap rindu
pada sebuah memori luka
yang terlekang waktu
dari sebuah memori silam
semakin terhakis dari ingatan

Terkuak jendela
rindu
pada sebuah pertemuan nan lalu
indah dan bahagianya
seketika dulu
berlarian di gigi air
diusik ombak pantai
tergelak kecil puith giginya
terselak lembut rambutnya
disapu sang bayu
kemerahan pipinya
terpancar sinaran menteri
oohhh..cantiknya wajah si dia
..terlena dan aku terlena
dengan keayuannya.

Berbisik hati ini
bilakah kan ku ulangi lagi
saat-saat indah ini
ingin ku berlari-lari
menyusuri pantai ini
melihat ombak tersenyum
menjadi saksi
melihat sang camar
terbang memerhati
aku dan dia
damai di sini...

MENJELANG SENJA - Menilai diri

Sedarkah kita, bahawa hidup ini memang sementara.Umur dah sebegini rasanya masih baru hidup di dunia.Dulu banyak menanggung derita, rasa perit dan lamanya hidup ini.Namun bila mendapat sedikit bahagia, sedikit harta terasa baru semalam hidup di dunia.Baru semalam terasa enaknya hidup ini.Itulah tipua daya dunia.Manusia begitu semuanya.Mudah lalai dan terlena dengan hiburan palsu yang terpana.Masa susah terasa perit hidupnya.Bila sudah kaya lain pula nadanya.Hakikatnya manusia yakni kita semua mudah terleka.Kalau boleh nak hidup selamanya.Bicara soal mati tidak mahu semacam mahu mengelak.Macam-macam dibuat helah.Hakikatnya mahu hidup seumurnya.Begitu takut bicara soal mati sedangkan mati itu pasti.tidak mungkin lewat dan tidak mungkin tercepat.Sampai saat dan ketikanya..terbujur kaku lah kita.Sehelai kain putih peneman jasadnya.Tidak pernahkah kita bertanya..akan bahagiakan kita kelak 'di sana'?
Ingatlah mati, ingat seksa diri, ingatlah mati itu amat-amat pasti.

SELALU SIBUK...untuk apa sebenarnya?

Kita seperti tidak cukup kaki dan tangan.Semuanya hendak dibuat dalam satu masa.Akhirnya ke kiri tak kena, ke kanan pun tak kena.Kita mengeluh sendirian, kerana kita kepenatan dalam bekerja.Entah apa yang kita kejar,entah apa yang kita mahukan.Setiap hari, sepanjang minggu, sepanjang tahun, kita sentiasa sibuk.Ruang rehat untuk diri pun macam tak cukup.Keletihan dan kepenatan.Anak dara, dengan caranya, sibuk semacam.Isteri dan para suami demikian juga.Semua orang sibuk.Pagi-pagi dah keluar kerja, lewat malam baru balik.Tinggal hari minggu sahaja untuk rehat itupun masih ada kerja yang berbaki.Kena siapkan juga sebelum hari Isnin.Wahhh..sibuk begitu sekali?.Rehat kita, kerja kita dan waktu ibadah kita entah di mana.Bercelaru dan berkecamuk tidak menentu.Benar seperti di kata, waktu ibadah kita mencuri masa.Lebih khusus untuk kerja yang kadang-kadang sia-sia.Kita terlalu sibuk..tetapi sibuk kita itu untuk apa sebenar?....ambillah masa berfikir sejenak...menilai dan merenung jauh ke dalam hati.Apa yang ku cari, dan apa yang kuat buat untuk akhirat aku nanti.

Friday, February 19, 2010

DIA Maha Mengetahui...

Kita pohon kekuatan, Allah berikan kesulitan untuk jadikan kita kuat.
Kita pohon keteguhan hati, Allah beri masalah untuk di atasi.
Kita pohon keyakinan,Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.
Kita pohon cinta, Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi...
Kadangkala kita tidak pernah dapat pun apa yang kita minta,namun kita sentiasa dapat apa yang diperlukan...kerna DIA lebih Mengetahui siapa dan apa keperluan kita, bukanya apa yang selalu kita minta.

BUAT BAIK BERPADA-PADA...

Adakalanya kita terlalu baik dengan orang.Adakalanya kebaikan kita disalahgunakan.Adakalanya kebaikan kita disalaherti.Macam-macam fitnah dan keraguan dilontarkan.Baik ada makna lah, baik untuk menunjuk-nunjuk lah.Susah juga rupanya ingin membuat kebaikan.Dalam baik-baik kita pun ada yang masih sangsi.Tidak yakin dan tidak percaya.Entah macamana hendak dibuktikan kebaikan kita itu adalah sejujur adanya.Terlalu sukar untuk dimengerti mengapa setiap kebaikan dan janji kita masih diragui.Apakah perlu kepada cagaran tertentu.Macam loan bank la pulak.Pinjam sekian banyak, ada penjamin, ada cagaran dan seumpamanya.Kita mudah meneka dan membuat kesimpulan.Melihat orang tua berpegangan tangan dengan seorang gadis cantik dituduhnya orang tua gatal, tak sedar diri,orang tua miang.Bukan miang keladi lagi tetapi miang buluh.Amat sangat gatalnya.Sedangkan gadis cantik,gadis manis yang berpegangan tangan dengan datuk itu tadi adalah cucunya, anak saudaranya atau memang ada hubungan darah daging dengannya.Memang muhrimnya...aduhhh,begitu kita sekarang mudahnya membuat tanggapan.Akhir kalam..buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali,dua kali lagi la tak boleh.

Thursday, February 18, 2010

KELUHAN SEORANG RAKYAT

Ternoda dan terburai
insan dan kemanusiaan,
dek kerakusan tubuh
bernama ahli politik
hujah, bukti, keraguan melampau
melewati kewarasan hakiki
maruah tergadai
membusuk bernanah membuak
menusuk hidung rakyat terbanyak
derap langkah tetap angkuh
dengan kepalsuan kuasa yang terjajah
dek nafsu amarah dan dengki
beraja di mata bersultan di hati

Buruk dan jijiknya
sebuah kuasa, meraja melela
membunuh sebuah kebenaran,
kemenangan dan kekalahan terbukti
dengan tebal dan nipis
sehelai kertas bernama wang
nafsu duniawi menyentap sopan
dan adab budi manusia
hilang timbang tara
hilang akal budi
hilang ilmu berkuasa
ternoda kerana
pangkat dan harta

Membisu semua
mereka bergelar YB
berlumba, berlari membabi buta
merembat, merempuh
segala noda.
ada mata cuma melihat kuasa
ada mata cuma melihat harta
ada mata cuma melihat kepentingan
sedara,
kroni dan terdekat sahaja

Hina mulia
manusia terjajah kerana alpa
sekelumit harta..harta rakyat terjual
tapi percuma
kaya rayalah mereka yang bergelar si jaga
terkulai jua yang tertidur dan terlena
dek sebiji gula-gula
bernama rasuah
terbeliak mata,ngantuk terus terjaga
layu kembang semula
nafsu yang tadinya tak bermaya
bangkit menerjah tetiba

Bilakah mereka bergelar pemimpin
walau parti mana pun mereka
andai agama disama dengan dunia
alim ulamak menjadi hina
akal sempurna hilang warasnya
dah kaya terus tamak haloba
harta, harta dan harta
rakyat di bawah terbiar merana
andai tidak tersedar dari lena dunia
pertiwi dijaga terlepas percuma
warga puncak kuasa
dilanyak secukup rupa,
ditipu, dianiaya secara hina,
masih ada lagikah
mereka bernama pemimpin
mampu melihat keluhan rakyat
menongkah arus kuasa
rasuah menjalar usus manusia
menghumbangkan jiwa raga
sehina-hinanya.

KUSUT FIKIRAN LIHAT GELAGAT AHLI POLITIK

Perkara remeh menjadi payah.Perkara kecil menjadi luas.Perkara singkat dipanjangkan.Orang fikir ke kiri, dia fikir ke kanan.Bendah yang mudah dirumitkan.Semuanya berpusatkan kepentingan diri.Bercakap berdegar-degar membela bangsa.Macam-macam dilaungkan slogan dan manifesto.Nampak terlalu mudah untuk dicapai umpama merapatkan bibir atas dan bawah.Namun jauh di luar sana, cakap tidak serupa bikin.Pelbagai rancangan dicari untuk memenuhi kepentingan peribadi.Bermaharajalela lah korupsi dan kroni.Bertambah bini jelas terbukti.Ahli ahli memakai topeng agama berniaga mencari dunia, alim ulak terpalit sama.Syurga dan negara belakang kira.Nanti mati, terserah pada-Nya.Mudahnya mereka membuat kira-kira.Halal dan haram ditelan sama.Mabuk dan loya perkara biasa.Mana manusia mana binatangnya, sekali lihat seperti sama.Pemimpin politik seolah-olahnya sama.Matlamat hidup hampir sama.Berhujah, berpidato penuh makna, rakyat mendengar amat terpesona.Hasilnya kosong belaka.Mereka menipu di mana-mana.Rakyat jua teraniaya.Berderet kereta berjuta harganya, punca duit usah ditanya..aku orang politik mestilah kaya.Imej dijaga demi kuasa.Rakyat terpinggir peduli apa.Sepenggal berkhidmat dapatlah pencenya.Rezeki murah jadi menteri.Rakyat bahawa ditipu mati-mati.Lagak kita seorang menteri,menipu, melawak tidak berkerut kening.Licik dan lincah penuh berseni.Apa-apa mesti berani.Kelak tertangkap pun puas hati.Isteri pertama fasakh, banyak lagi isteri...sakit kepala memikirkan ahli politik sebegini.Ikhlasnya tiada, prinsip perjuangan tertanam rapi.Harta haram di makan anak bini.Matlamat menghalalkan cara.Apa di depan disonglap semua usah dihirau milik siapa.Ahli politik sebegini nak menyesal bila?Jangan mati datang tiba-tiba.Pintu taubat masih terbuka, bercakap dan berjuang janganlah pura-pura, kelak tanahair tercinta, tergadai percuma...

MENGURUS SEBUAH IKATAN KEMESRAAN

Dalam usaha kita untuk mengeratkan hubungan antara dua hati, dua jiwa agar menjadi satu adalah satu tugas yang berat.Begitu abstrak.Umpama menolak ombak.Kita perlu saling bertolak ansur.Tidak menekan dan memaksa.Jangan kita mempergunakan dia jika benar kita jujur dan setulusnya.Usahlah kita membebankan pasangan kita.Biarlah seadanya.Jangan fikirkan hati kita kerana hatinya perlu dijaga sama.Usahlah mementingkan diri andai benar diri ingin dikasihi.Biarlah antara keduanya seperti diikat mati.Seciap seperti ayam, sedencing seperti besi, seberkas seperti sireh, serumpun seperti serai..kuat pada seia, berani pada sekata.Menjaga ikatan kasih sayang perlu berseni dan keberanian.Cuma biarlah berani kerana benar bukan berani mengikut perasaan.Kata pujangga ikut hati mati, ikut nafsu lesu...waspadalah selalu jika ingin hubungan yang bermutu.Cinta cuma satu...jagai dan siraminya dengan kasih sayang yang padu.

MENGENAL DIRI

Hanya mereka yang mengenal diri mampu untuk mengurus hidup dengan sempurna.Mengenali kelemahan dan kekuatan diri adalah mereka yang bijaksana.Tahu kelemahan, maka kita sedar keupayaan kita.Tahu kekuatan, terima seadanya kerana itu jua pinjaman cuma.Allah mengizinkan kita menggunakan sedikit 'kekayaan-Nya' untuk kita guna.Gunakanlah seadanya.Jangan menganiaya.Mengenal diri membawa kita mengenali Pencipta.Kita tahu ke mana kita sudahnya?Harta bertimbun, di 'sana' kelak sehelai kain putih cuma.Tiada siapa mampu membela selain 3 perkara ; ilmu yang berguna, anak-anak yang soleh dan solehah,dan amal jariah semasa di dunia..Hidup biarlah bijaksana.Jangan kedekut, jangan berkira mana.Takat termampu berbudilah kita pada hamba-Nya.Mengenal diri, kita lebih reda dan sentiasa berlapang dada...tiada beza di sini atau di sana kerana semuanya adalah milik DIA...

JANGAN MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN...

Ada satu kisah...berkawin lagi satu tetapi berahsia dgn isteri pertama.Kemudian berpesan dengan setiap rakan tolong jangan bagitau sesiapa terutama isterinya yang pertama.Sekali dengar nak gelak pun ada.Kita yang duk jauh ni di pesan sebegitu sedangkan isteri-isterinya itu tinggal dalam satu kawasan.Usahlah menutup bangkai gajah dengan sehelai daun lalang..mustahil bangkai gajah tu org tak nampak dan amat mustahil bau busuk bangkai gajah itu tidak terhidu.Mengurus hidup yang halal pun takut bayang-bayang sendiri.Belajar tinggi-tinggi, tahap pemikiran di tumit kaki.Masalah lain hebat dia selesaikan.Ahli perniagaan mesti masalah lagi besar tetapi kecundang dengan isu berkahwin lebih dari satu.Mana keberanian seorang bisnesman?...berani buat berani tanggung.Masalah tidak akan selesai jika cuba melarikan diri darinya.Makin dijauhi, makin ia mendekatai.Rasa takut dan curiga akan terus melata dalam jiwa.Orang bersalah begitu la..polis sedang tolong orang kemalangan pun, kita yang tidak ada lesen sudah kelam kabut tak tentu pasal..takut ada sekatan jalan raya.Nasihat buat kawan yang terlibat dalam hal macam ni,kalau takut di lambung ombak, usah berumah di tepi pantai.Takut pada isteri tua..usah berangan nak kawin dua..cukuplah dengan apa yang ada.Cantumkan yang satu menjadi 4 dalam 1.Dialah isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat..itu lebih baik...

Wednesday, February 17, 2010

PERNAHKAH....

Pernahkah anda alami bila call tidak berjawab?Berulang kali call masih tidak berjawab?Tetiba dalam banyak2 call tu tetiba berjawab.Bila ditanya, katanya tak dengar, tertidur, dalam silent mode..aduhhh bisanya dan mengancamnya jawapan.Logik pun ada, macam menipu pun ada tapi sayangnya kita tidak boleh berburuk sangka.Tapi kalau dah selalu camtu, tu macamana?..kita pun pakai hphone gak,tapi tidak lah sampai banyak kali org call untuk dijawab...entahlah tepuk dada tanya jiwa, ikhlas dan jujurkah kita...

PENANTIAN SUATU SEKSA

Aduhhh..duhh...duhhh.Sekejap janji ditepati, sekejap menanti pula satu penyeksaan.Itulah kebenarannya.Betapa ramai antara kita rasa terseksa bila menanti.Menanti yang kunjung tiba, apa lagi yang memang takkan tiba sampai bila-bila..lagi la terseksa.Tertipa jua dek manisnya kata-kata.Menanti yang pasti juga terseksa kerana terpaksa membilang hari,membilang saat atau membilang detiknya tiba.Begitu juga menanti yang tidak pasti, terseksanya amatlah parah.Nak bilang apa?hari?tak pasti berapa hari, saat?jauh sekali sebab entah bila menjadi realiti.Penantian yang pasti pun terseksa, apatalah lagi janji yang tinggal janji.Inilah yang dinamakan TERKULAI DI HUJUNG JANJI.Penantian suatu seksa yang tidak tertanggung oleh tubuhku yang kering dan layuuuuu,kepastian suatu penawar untuk suka dan duka ...

BILA JANJI DITEPATI

Terkulai di hujung janji kan menjadi sekadar ilusi andai janji telah ditetapi.Indahnya jiwa, riangnya rasa bila apa yang didamba menjelma jua.Janji yang dinanti menjadi realiti.Dia yang berjanji, dia menepati.Niat ikhlas lagi suci jelas difahami...indahnya rupa,indahnya suara.Kelak bertemu kelu untuk berkata.Walau jauh di mata, andai janji terpatri, usah resah tak tentu hala.Asalkan janji ditepati, apa lagi yang merisau sendiri.Biasalah manusia, tertipu perkara bahaya.Jiwa resah tiada penghujungnya...indahnya janji bila ditetapi.

Tuesday, February 16, 2010

TERKULAI DI HUJUNG JANJI...

Bila berjanji biar pasti.Pasti janji itu kita penuhi.Janji dikata, kata dikota.Prinsip berjanji, walau maut menghalang, kita mesti dalam perjalanan menunaikan janji.Berani berjanji, berani juga kita menepati.Untuk apa berjanji jika sekadar menyedap rasa.Fikirkan pula pihak yang menagih janji, bagaimana rasanya mereka.Janji dikata tidak kunjung tiba.Resah dan gelisahlah mereka.Antara pasrah dan redha, terbahagi dua.Adat bercinta, janjilah pengikat setia.Janjilah yang menemukan mereka.Dan kerana janji lah mereka sanggup menderita.Demi janji mereka redah apa sahaja.Runtuhnya sebuah cinta kerana janji hanya tinggal janji..terkulai layu di hujung janji.Demi janji lautan api sanggup direnangi.Demi janji sehidup semati,demi janjiyang dayus menjadi berani, demi janji yang mustahil macam pasti.Demi janji dah matipun boleh hidup kembali..sedangkan hakikatnya yang hidup tu pasti akan mati....orang muda, hanyadek mabuk bercinta sanggup terkulai di hujung janji...buat dia, janjiku adalah pasti cuma jarak dan masa menjadi ilusi, satu masa ku lamar ia ke alam nyata.Janjiku tetap realiti selagi hayat masih ku miliki.

SEKADAR SELOKA...

Indah sungguh perawan di rimba
tidur malam termimpi-mimpi
walau dia jauh di mata
namun setiaku tersisip rapi

tidur malam termimpi-mimpi
rupanya amat rupawan
cintaku separuh mati
kerna dia ku pertaruhkan


rupanya amat rupawan
teringat dia siang malam
tidurku terganggu sakan
terasa kenyang walau tak makan

teringat dia siang malam
terbawa-bawa di alam mimpi
walau jauh dari pandangan
akan ku ingat setiap hari

terbawa-bawa di alam mimpi
raut wajahnya mengusik hati
romantiknya suara indah sekali
menatap wajah sekadar ilusi

raut wajahnya mengusik hati
impian berjumpa kapan pasti
ku doa sentiasa pada Illahi
makbulkan pertemuan yang realiti


impian berjumpa kapan pasti
terpisah lautan tak bertepi
demi cinta ku sanggup mati
lautan api sanggup ke renangi [ nak mampusss?!!! ]

terpisah lautan tidak bertepi
satu di sana, satu di sini
entah bila bersatunya kami
jiwa gelora separuh mati

satu di sana, satu di sini
dua jiwa satu hati
gelak dan duka perkara pasti
terlelap lena tidak pasti

dua jiwa satu hati
menguji setia sudah pasti
buat dia aku teruji
menahan gelora cinta terpatri

menguji setia sudah pasti
orang bercinta sanggup mati
entah ia entah ilusi
itu namanya cinta gila babi...

orang bercinta sanggup mati
pada Yang Esa menyerah diri
ikatan setia cuma ilusi
terbelah jiwa tergadai janji

pada Yang Esah menyerah diri
pertemuan menjadi pasti
jauh di mata dekat di hati
kelak bersatu, puaslah kami....

JAUH DI MATA DEKAT DI HATI...

Sukarnya buat mereka
bercinta dari jarak yang jauh
seolah merewang
minda mengembara...
tersenyum dan ketawa
sendirian jua.

Berbual dalam phone
bercakap sendiri
ketawa sendiri
gelak sendiri
orang tengok..gilakah dia?

Itulah
bila dah jatuh cinta..
pedulikan orang kata apa
mereka tau apa?
cinta kita, hanya kita yang rasa.

Biar tersenyum sendiri
bergelak sendiri
tertawa sendiri
kerna
hanya kita
yang tau apa yang kita bualkan
dengan si dia...
apa yang kita bicara
adalah rahsia antara kita..

Itulah selalu mereka bicara
bila ditanya sesiapa.
Satu di barat
mungin satu di utara
internet, panggilan phone
penyegar jiwa
pengubat lara
sesaat bersama, setahun terasa
puas tak terkata
bila diraba...
ohhh rupanya dia tiada bersama.

Jarak menjadi pemisahnya
melekat hati walau jauh di mata.
Namun indahnya cinta
walaupun secara maya.
Jujurku ku pertaruh jua
jujurnya ku yakin berbisa
umpama cinta Adam dan Hawa
lambat laun bersatu juga.

CEMBURU

Cemburu
adalah fitrah manusia
ada cemburu buta
ada cemburu sayang
ada cemburu entah apa-apa
Cemburu menduga jiwa
pelbagai rasa
pelbagai rupa
Cemburukah kita?
benarkah cemburu kita
kerna sayang
atau kerna memang
kita seorang pendengki
membabi buta?
Aduhhhh sakitnya jiwa
buat mereka
cemburu entah apa-apa
sembang bersama
dituduh bercinta
menduakan cita
menduakan pasangannya
Mengapa begitu?

Percayalah..
kalau dah hak kita
jauh mana jaraknya
kita tetap bersama
kiranya
tiada jodoh
antara kita
dalam pelukan pun terlerai jua
dalam ikatan sah pun bercerai jua
dalam penuh kasih
dan sayang pun
pasti terpisah jua
Nah..untuk apa kita cemburu buta
menyesakkan dada
menyakitkan jiwa
menghalang reda
sukar untuk berlapang dada

Usahlah cemburu melata
kelak kita tiada sesiapa
Cemburu itu baik
untuk sebuah ikatan
jujur dan setia
mengikat jiwamaka cemburu
itu penyedap rasa
lantaran hidup kita
dikeliling
cemburu yang bahagia
kerana dia milik kita
dan kita juga miliknya.
Cemburulah sebegitu
kerana ia amat membahagiakan
kerana cemburu itu
tandanya sayang..
Huhuuuu..pernahkah kita CEMBURU?
tepuk dada tanya jiwa
apakah ku juga cemburu buta?
buat sia dia..aku memang
cemburu padamu
namun aku yakin pada-Nya
andai dia milikku
untuk apa ku risau
gundah gulana
andai kami tetap bersama
pasti kami bersama jua.

Ku doa dia bahagia
walau di mana dia berada
yakinlah..aku sentiasa bersamanya
dalam jaga,
dalam lena,
aku tetap sayang padanya.

Monday, February 15, 2010

SEKUNTUM MAWAR MELAMBANGKAN SERIBU BAHASA

Mawar lambang kasih sayang
sekuntum pun ada maknanya
dua kuntum pun ada maknanya
tiga kuntum juga sama
cuma tiga kuntuman mawar
itu maknanya
"aku menyintai mu"
mudahnya mencari cinta
mudahnya menyerah cinta
mudahnya untuk bercinta
dengan sekuntum mawar
kita alpa
kita terpedaya
kita terkulai
kita terjual
kita tergadai..

Kenapa mudahnya
kita menghulur jiwa
menyerah tanpa cagaran
pada lelaki bernama
mata keranjang?
Mudahnya cinta kita
murah nilainya
nipisnya jiwa
kita bergantung
dengan sehelai benang
diperbuat janji palsu semata

Aduhh..
kerana mawar cinta ternoda
jiwa merana
merekah jiwa
memerit rasa
terpesona dan terkulai duka
dek panahan asmara
kuntuma mawar.

Usahlah terpesona,
dek huluran sejambak bunga
kerana walaupun sekuntum
ia melambangkan seribu bahasa
jangan begitu mudah
kita terjemahnya
kelak kita jua yang merasa
biarlah mawar
pengikat mesra
antara dua jiwa.

JUJURLAH DENGAN SESIAPA JUGA

Jujur itu sikap mulia.Andai kita terpedaya pun kita tidak kecewa lantaran kita tidak menipu sesiapa.Jujur tidak mengundang bahaya.Jujur disenangi semua, jujur menggambarkan maruah kita, jujur akan terus dipuja.Kelak kejujuran itu menyenangkan kita.Sikap jujur membawa kita ke mana-mana, dengan jujur kita dipandang mulia.Jujurlah selamanya.Didalamnya ada bahagia, didalamnya ada rasa percaya, didalam terkandung sejuta rahsia..rahsia buat mereka yang ingin jiwa yang tenang dan berlapang dada.Jujurlah dengan sesiapa juga.

Saturday, February 13, 2010

BIJAKSANA BUKAN HANYA KEPADA TUTUR KATA

Kalau kita inginkan sesuatu itu memberi kesan kepada pendengar, maka kita perlu bijaksana memilih keadaan.Sebagai perbandingan,jika ingin pendengar merasa gerum, seram atau takut bila kita bercerita pasal hantu atau kisah-kisah menakutkan maka kita perlu membawa mereka ke kawasan perkuburan, pada waktu malam atau mungkin di tengah-tengah2 hutan belantara.Dalam keadaan sebegitu, pasti yang mendengar terasa takut atau berkesan kepada jiwa mereka.Kalau kita bercerita pada waktu tengah hari buta, dalam suasana orang ramai pasti matlamat kita tidak kemana,tidak memberi kesan kepada pendengar kita. Orang berdakwah begitu juga, perlu bijaksana.Jika kita perokok tegar, usahlah kita berbicara pasal makruh dan haram di depan sasaran kita kerana usaha kita itu seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri..

Kita tidak menjaga ahli keluarga kita mentaati syariat Allah tetapi kita keluar berdakwah menyeru orang lain agar mengikuti perintah Allah dan sunnah Rasul-Nya itu menunjukkan kita munafik.Menjaga tepi kain orang, tepi kain kita hancur berkecai..kebijaksaan itu bukan terletak kepada tutur kata kita semata-mata tetapi terletak kepada amalan dan apa yang telah kita terap dalam keluarga dan kehidupan kita seharian.Masyarakat 'melihat' secara menyeluruh pasal kita justeru kalau kita memang 'seorang insan' maka mudahlah kerja kita.Apa pun kerjaya kita...

Thursday, February 11, 2010

BERCUTI LAGI

CNY datang lagi.Kita orang Melayu mengambil peluang bercuti.Balik kampung mengunjungi keluarga.Penduduk pantai timur selalunya sesak di semua perhentian bas dan terminal lapangan terbang untuk pulang ke kampung masing-masing.Orang lain yang menyambut raya, orang lain yang lebih-lebih bercuti.Tiket sold-out di semua kaunter bas terutama untuk destinasi ke timur, kemudian ke utara dan ke selatan.Di negara ini, setiap kali musim raya walau apapun raya yang diraikan maka seluruh warga kota berpusu-pusu balik ke kampung.Kaum Melayu mengalah kaum yang menyambut raya.Mereka yang berebut-rebut untuk bercuti.

Masalahnya setiap kali musim raya tiba, maka tidak lekang daripada kemalangan maut.Di sana sini kes kemalangan dilaporkan.Air mata ahli keluarga mengiringi jenazah yang dikebumikan.Sikap orang kita terutama Melayu begitu baran di jalan raya.Memandu dengan gelojoh, bersikap 'hero' di jalan raya,ingi cepat sampai ke kampung, tidak mematuhi peraturan jalan raya, memandu secara berbahaya dan pelbagai kerenah manusia 'sakit jiwa' bila di jalan raya.Jenuh pihak polis mengingatkan para pemandu, ops-sikap berulangkali dilaksanakan namun kesan kepada pengguna jalan raya masih tidak berubah.Makin diingat,makin teruk kemalangan berlaku.Kematian secara tragis terus berlaku...entah la.Kita bercuti di kampung, ada yang lain 'bercuti' di alam barzah...membawa segala amalan di dunia.

Tinggallah keluarga dan yang berkaitan dengan arwah menangisi mereka yang pergi..silap sedikit, sekelip mata nyawa melayang.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian buruk padahnya.Sudah terantuk baru terngadah.

Wednesday, February 10, 2010

AKU BERSYUKUR PADAMU

SELINGKAR KISAH UNTUK KENANGAN PERIBADI
______________________________________________

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak, aku adalah antara hamba-Nya yang diuji dengan penuh ranjau dan duri.Jarak sekolah dengan rumahku hampir 7 batu jauhnya [ didarab dengan 1.6km = lebih 11km ] Aku berjalan kaki setiap hari.Bayangkan ketika itu ayahku hanya memilik sebuah basikal tua untuk ke ladang menoreh getah pawag, dan petang untuk sawah juga tanah pawah untuk menanam padi. Ayahku cuma mendaftarkan diri untuk masuk tahun satu kemudian apa sahaja mesyuarat dia tidak pernah datang.Masa dan tenaganya hanya untuk mencari sesuap nasi untuk dirinya,isteri dan anak-anak. Pag-pagi aku dah mula menapak kaki ke sekolah berjalan kaki bersama kawan-kawan yang senasib denganku.Anak-anak miskin.Yuran tahun semasa tidak pernah mampu dijelaskan.Selalunya masuk tahun baru, yuran tahun sebelumnya baru dibayar walaupun hanya beberapa RM cuma.Duit belanja untuk diriku pula dalam setahun bilah dibilang dengan jari.Selebihnya aku membawa nasi bungkus lauk ikan kering dibalut surat khabar cina dan daung pisang kering.Alangkah sedihnya hati, perit, malu dan pilu.Time rehat aku dan kawan senasib akan masuk ke kebun getah sebelah sekolah untuk makan bekal yang dibawa.Nak ke kantin rasa malu kerana kami tidak ada duit untuk belanja.Ruin aku begitulah.Pulang dari sekolah lewat petang baru sampai rumah.Waktu balik, jenuh meredah hutan dan kebun orang untuk mengelak panas.Jam 4.00 petang selalunya baru sampai umah.Lapar janganlah cakap...namun pelajaran ku tetap cemerlang.Semasa di sekolah rendah, aku dapat nombor 1[ 4 kali] nombor 2 [ 4 kali ] dan selebihnya antara nombor 3 - 6.Kiranya aku dalam golongan pandai lah jugak.Namun nasibku sudah ditakdirkan sebegini.Setiap hari berjalan kaki untuk ke sekolah.

Masih tidak dapat ku lupa, bila waktu pendidikan jasmani di padang sekolah, tengah-tengah seronok bermain bola, kapal terbang melintasi padang, aku sempat mendongak dan berkata-kata dalam hati "bolehkan aku menaiki kapal terbang suatu hari nanti"..aku merasakan amat mustahil untuk aku mengalami peristiwa tu..Aku seorang anak yang miskin, bapa ku miskin, dan bapa aku juga tidak memiliki apa-apa harta.Kasut sekolahku hanya berganti 3 tahun sekali, maknanya aku sempat pakai 2 pasang kasut sekolah sahaja dari tahun 1 hingga tahun 6.Bayangkan, itupun kasut getah biji 13 macam kasut bola.Tumit kasut pun dah haus, tumit kakiku yang keluar menyapu jalan.Waktu itu, hanya ada azam dalam diriku, ingin berjaya dalam pelajaran.Di kampung, aku dan keluarga menjadi hinaan orang-orang kampung.Malahan saudara mara terdekat juga memandang sinis kepada keluarga kami.Sediah gak kerana makcik-makcik sebelah ayahku semuanya kaya dan berada.Makcik-makcik dan pakcik sebelah ibuku juga kaya dan mewah.Sedangkan ibu dan ayahku dalam kesempitan.Biarlah ku simpan kisah sebenarnya mengapa kami hidup miskin.Semuanya akibat tamak dan haloba harta dan sikap pentingkan diri sendiri dalam kalangan makcik-makcik dan pakcikku trsebut.biarlah ia menjadi kenangan hidupku seumur hayat.Sungguh memeritkan.Pilu.Hati kecil aku dari seorang anak kecil masih mampu merasai penderitaan ayah dan ibuku.Namun mereka tetap sabar.Suruhan Allah tidak pernah mereka abaikan.Hidup kami lebih teruk daripada kais pagi makan pagi..sawah padi pun pawah, menoreh getah pun pawah.Berapalah sangat hasilnya.Paling ku merasa pilu bila aku meminta duit belanja, ibuku puas mencari duit dalam bekas bekalan rokok daunnya,puas dicari di celah-celah tembakau..tak juga jumpa, akhirnya dengan sedih dia berkata "tak ada duit mak nak bagi kat engkau..bawak nasi bekal je lah", "mak rasa semalam ada duit seposen kat dalam beg rokok mak ni" sambungnya lagi.Aduhhhhh..betapa miskinnya keluarga kami.Memang aku tidak pernah merasa duit belanja lebih dari seposen [ sepuluh sen ] waktu aku bersekolah rendah dahulu.Aku memang miskin.Seposen itu pun boleh dikira dengan jari dalam setahun.

Kemudian usiaku meningkat remaja, menyambung pelajaran di sekolah menengah.Keadaanya tetap sama.Mula-mula aku naik bas sekolah.Jarak rumahku dengan sekolah menengah lagi la jauh.Hampir 18km.Namun aku tidak mampu untuk terus naik bas kerana tidak ada duit untuk bayar tiket bulang bas walaupun cuma RM8 sebulan.Memang tidak mampu.Kadang-kadang aku pernah menumpang curi naik bas.Nasib tak baik kena halau dari baik.Berjalan kaki untuk sampai ke rumah untuk jarak yang berbaki..letih, lenguh dan penat yang tidak dapat diceritakan.Malu pun ada.Tak ada duit ada hati nak naik bas...

Namun, tekadku tidak berubah.Azamku tetap membara.Di sekolah menengah aku dilantik menjadi pengawas sekolah, guru-guru begitu baik denganku.Mereka kadangkala memberi ku duit.Aku juga mendapat biasiswa untuk anak-anak miskin.Kemudian aku berpindah untuk tinggal di rumah sewa berkongsi dengan rakan senasib.Bolehlah aku bayar sewa sebab ada duit biasiswa.Aku selalu berlapar kerana tidak ada duit...liku-liku hidupku sewaktu zaman kanak-kanak, peringkat sekolah rendah dan menengah cukup menyedihkan.Di kampung, orang kampung memandang sebelah mata sahaja...umpama melukut di tepi gantang.Ada orang kampung melarang anak dara mereka berkawan denganku kerana katanya aku ni tidak ada masa depan.Aku terima.Aku cuma berkawan dengan rakan perempuan sekampung sewaktu di sekolah sahaja.Di kampung aku buat hal ku sendiri...Entahlah.Hina dan terpinggirnya keluargaku di mata orang kampungku sendiri.

Aku bersyukur ayah dan ibuku seorang insan yang cukup tabah.Mereka membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.Kasih sayang orang miskin macamanalah sangat..sekadar memberi apa yang termampu...buku rujukan di sekolah hanya bergantung kepada buku-buku teks sahaja.Orang lain mampu membeli buku-buku rujukan, aku cuma mampu berkongsi menelaah buku-buku mereka.Ada juga kawan yang bersimpati denganku.

Namun itu kisah dahulukala...kini aku bukan lagi manusia yang dihina, diumpat atau dikeji.Orang kampung mula menukar pandangan mereka selama ini terhadapku.Mereka mula cemburu.Aku berkahwin dengan gadis dari ibu kota Kuala Lumpur, mereka menuduh ]ku memilih.Tidak mahu berkahwin dengan orang kampung sendiri.Wahhhh..memang Melayu mudah lupa, benarlah kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa.Dahulu mereka juga yang melarang anak-anak dara mereka berkawan dengan diriku, sekarang aku pula dituduh memilih isteri.Tergerak juga di hati nak memulangkan paku buah keras tetapi aku tidak sampai hati untuk berdendam.Aku diamkan diri.Biarkan mereka dengan hujah mereka.Keluargaku mula dipandang orang kampung.Mereka mula segan dengan keluargaku terutama ayahku.Mereka mula bercakap tentang kehidupan kami yang mula berubah.

Kini aku memiliki segalanya.Cuma sayang belum sempat untuk ku berjasa, mereka [ ibu dan ayahku ] telah kembali menemui Pemiliknya.Masa mereka masih susah aku masih belum berjaya seperti sekarang.Bila aku mula menapak naik, mula hidup sikit mewah, mereka dijemput kembali.Terkadang tergenang airmataku tanpa sedar kerana sayu dan simpati dengan kesusahan yang pernah mereka lalui dahulu.Apakan daya..apa yang berlaku semuanya dalam takdir-Nya.Kini hanya fatihah dan doa ku hadiahkan buat mereka saban waktu.Hanya itu yang mampu ku berbakti kepada mereka yang pernah mendidik dan memeliharaku dengan 'kasih sayang' mereka.

Dulu yang kurasakan mustahil semuanya ku gapai.Naik kapal terbang sudah menjadi seperti naik bas untuk balik kampung.Sudah kerapkali ku berada di udara dalam perut kapal terbang.Bukan sahaja dalam negara malahan untuk bercuti di luar negara.Makanan yang agak mahal dan tidak terfikir untuk ku nikmati sudah juga menjadi juadah biasa padaku.Terkadang bila teringat derita ayah dan ibu, selera ku terus terhenti.Tak mampu untuk ku telan walaupun amat sedap kerana ibu dan ayahku telah tiada di alam fana ni.Aku tahu semua yang terhidang di depanku kini mereka tidak sempat merasa.Maafkan aku ayah dan bonda...aku tidak sempat berjasa pada kalian berdua.

Ku ringkaskan kisah..aku telah melalui segalanya..umpat keji, hinaan, derita jiwa dan kering airmata menangisi nasib badan.Melalui jalan berliku dalam pelajaran untuk menuju puncak dek kerana kemiskinan.Melalui derita dalam mencari cinta, ditolak kerana harta.Mereka memilih 'emas' dari 'budi'.Begitulah hinanya manusia.Dari segala rentetan derita kecewa dan seksa berpanjangan kini akau mampu tersenyum puas.DAri aku tidak memiliki apa-apa, kini ku miliki segalanya.Apa yang orang lain ada, aku juga ada.Dulu apa yang ku inginkan ku pendamkan bertahun lamanya kerana tiada wang sekarang 'barang pinta, barang jadi' begitulah boleh diumpamakan.Cuma hidupku masih bersederhana...walaupun mampu untuk hidup mewah namun kerana 'didikan' sejarah hidupku yang berliku, aku tidak 'sampai hati' untuk meraikan kejayaanku berlebih-lebihan.Biarlah diriku yang tahu siapa diriku.Hidup masih seperti dulu,masih serba sederhana..cuma keperluan asas aku menumpukan kepada keselesaan dan kehamronian keluarga.Demi anak-anak, mereka tidak faham erti susah dan derita.Oleh kerana ku mampu maka ku penuhi segala keperluan mereka seadanya.Tidak bermewahan tetapi setara dengan rakan-rakan mereka yang tinggal di ibu kota...merekalah pewaris diriku nanti.

Benarlah sabda Nabi " Ingin berjaya di dunia dengan ilmu, ingin berjaya di akhirat juga dengan ilmu dan ingin berjaya dunia dan akhirat juga dengan ilmu" Kini aku menepati sabda Nabi itu.Hanya dengan ilmu yang bapa dan ibuku pertaruhkan untukku selama hayat mereka, kini aku menjadi seorang manusia berjaya.Segunung syukur, sejuta terima kasih ku ucapkan pada-Mu Yaaaa Allahhhh.Aku berjaya dengan takdir-Mu jua.Bimbinglah aku untuk menjadi hambamu yang beriman dan 'mengenal-Mu' dengan sebenar-benarnya sebelum aki dijemput 'pulang'...AKU BERSYUKUR PADAMU ALLAH.

JANGAN TERLALU GEMBIRA...

Biarlah seadanya...jangan terlalu happy menyambut ulang tahun kelahiran.Jangan begitu.Tak elok.Sambutlah seadanya.Lebih afdal kita menyambut ulangtahun kelahiran kita dengan solat hajat dan doa diberkati usia kita."Kenapa, tak boleh ke bergembira menyambut hari ulangtahun kelahiran"?Mungkin akan ada yang bertanya sedemikian, seolah-olah macam ada rasa tidak puashati bersarang dalam diri..boleh, bukan tak boleh.Cuma jika kita sedar bahawa setahun umur kita bertambah, kita sebenarnya sedang melangkah ke garis akhir hayat kita.Setahun umur kita meningkat, setahun juga usia hidup di dunia ni kita berkurang.Maknanya setiap kali kita bertambah umur di dunia kita juga sedang menghampiri mati.Janji kita dengan Allah semakin dekat.Kalau kita sekarang berumur 25 tahu, dan katakan mati kita pada umur 40 tahun, maka setahun umur bertambah menjadi 26 tahun, maka baki hidup kita di dunia tinggal lagi 14 tahun dari tempah asal sebeum itu...so, ingin bergembira sakan lagikah untuk menyambut ulang tahun kelahiran?...tepuk dada tanyalah iman.

Tuesday, February 9, 2010

DALAM DILEMA

Pernahkah kita berada dalam persimpangan?
serba salah untuk membuat pilih
satu di kiri dan satu di kanan
sedangkan kedua-duanya cantik, molek, berharga dan bernilai
kita keliru untuk memilih
kita waswas dengan pilihan sendiri
kita ragu-ragu denga keputusan kita]
kita dalam dilema untuk memutuskannya

Pernahkah kita sebegitu?
andai kita demikian,
itu tandanya ilmu kita
belum matang,kalau matang pun belum benar-benar padat
kalau padat pun belum benar-benar hakiki...
itulah kita sebenarnya
seorang manusia yang serba lemah
serba kekurangan
serba serbi dalam kelompangan
sentiasa begitu

Namun sebagai hamba, kita ada Tuan kita
Allah Maha Memberi Petunjuk,
tapi yang yang kata
dah minta tak dapat gak..mengapa tu?
itu juga tanda kita belum 'hampir' dengan-Nya
mungkin petunjuk sudah diberi
kita gagal 'melihat';
kita gagal 'mendengar';
kita gagal 'membaca';
kita gagal m'mentafsirnya';
usaha lagi
lambat laun kita kenal siapa kita dan siapa DIA..
bila kita sudah mengenal
yang sukar menjadi mudah
yang jauh menjadi dekat
yang kelam menjadi cerah
yang hitam menjadi puith
yang gusar menjadi tenang
yang malas menjadi rajin
yang derita menjadi gembira..
kelak kita seronok bersama-Nya
sesaat kita lupa
kita kecewa sezaman lamanya
begitulah
bila kita sudah mengenali 'kekasih' kita
Dia dengan kita berpisah tiada
berjarak pun tiada
di antara
kita dengan Dia
biarlah
cakap kita menjadi cakap-Nya
bahasa kita menjadi nahasa-Nya
renungan kita menjadi renungan-Nya


Lalu,tiada lagi dilema
tiada lagi perasaan keliru
tiada lagi waswas bertakhta
tiada lagi serba salah menerpa

Segala yang sulit dan sukar
akan senang semuanya..
jangan biarkan diri kita dalam dilema..

TENANGKANLAH HATIMU...

Duhai teman,
biar apapun yang kita tempuhi..
suka
duka
gembira
airmata menjadi teman setia
di kala sedih
di kala duka
di kala gembira.

Namun tiada yang mampu menanggung derita
akhirnya airmata teman setia,
ada juga yang gagal menyambut jaya
sesat, lali dan lupa
itu sebahgian manusia

Cuma buat
teman yang seringkali gagal dan terluka
ingatlah
ujian dan kasih sayang DIA pelbagai rupa
ujian derita dari-Nya
itu juga tanda sayang-Nya pada kita
ujian harta dan kaya
itu juga tanda sayang-Nya pada kita
cuma berapa ramai yang sanggup menempuh derita
selalu alpa dan terlupa
betapa itu semua
penebus segala dosa kita..
usah meratap bermuram durja
DIA Maha Bijaksana
'melihat-Nya' mengatasi penglihatan kita
'ilum-Nya' mentagasi ilmu kita
siapalah kita jika tanpa-Nya

Tenangkan lah hatimu
di kala berduka
usah risau
usah terlupa
usah kecewa
berlapang lah dada
kerana apa sahaja
yang mendatang kepada kita
walau dari sudut
mana kita meneka
itu semua hakikat
kasih dan sayang-NYa
pada kita
Dia lebih tahu
apa yang terbaik untuk kita
walaupun kita memandang dari sudut
berbeza
kerana
DIA yang mencipta kita..
tenangkan lah hatimu...

Friday, February 5, 2010

KITA SELALU MENANGIS....

Saban waktu kita kan menangis.Menangis sedih, menangis gembira, menangis kecewa dan sanggup meratap kerana simpati akan sesuatu..sanggup membiarkan air mata membasahi pipi, membasahi baju, melunturkan make-up di pipi...sanggup berendam airmata dek kerana kecewa,tidak mahu hidup, tidak mahu makan dan macam-macam lagi protes kita.Kononnya kita tidak mampu lagi untuk hidup bahagia seperti sebelumnya kerana putus cinta.Seolah-olah tiada lagi lelaki lain atau wanita lain di dunia ini sebagai ganti.Dahsyatnya kita merajuk dan melayan air mata.Meronta-ronta tidak boleh menerima kenyataan dan takdir Allah.Aduhhh..lemahnya minda, lemahnya akal, lemahnya daya fikir kita,kenapa begitu?..pernah kah kita menangis kerana memikirkan segala dosa kita dengan DIA?Pernah kah kita meratap merayu kemampunan-Nya kerana kita sudah terlalu jauh dari jalan-Nya?Pernah kak kita sebegitu?Membasahi pipi dengan airmata kekesalan, airmata kesedihan di atas lalai dan lupa kita pada-Nya? Pernahkah?...andai tidak pernah usahlah membazir airmata untuk menangisi sesuatu yang tidak pasti..pertemuan dan perpisahan akan terus berlaku sehingga kiamat nanti.Tidak ada yang kekal kecuali DIA...justeru, gunakanlah airmata untuk memohon keampunan-Nya biar sampai buta sekalipun kita menangi itu lebih mulia...

MANA MILIK KITA?...

Kita sering mengungkapkan perkataan ' itu hak saya' atau 'itu milik saya'.Dengan tegas dan angkuh kita menyatakan sesuatu yang menjadi milik kita.Memang benar, kita beli mungkin.Kita membayar nilai sesuatu barangan tersebut.Kita berkorban masa dan tenaga untuk memilikinya.Sanggup berperang, sanggup bunuh membunuh, sanggup memfitnah semata-mata berebut hak milik.Kita sayangkan kepunyaan kita.Sampai begitu sekali kita mempertahankanya.Namun pernahkah kita bertanya "aku ni milik siapa?"..andai kita mendapat jawapannya maka apa yang kita miliki selama ini sebenarnya bukan milik kita.Kita diberi pinjam sementera.Memang duit kita yang membayar nilai barangan yang kita milik itu namun asalnya duit itu juga bukan milik kita....maka mana milik kita?Langsung tiada, semuanya milik Allah.Diri kita milik Allah secara mutlak maka apa-apa sahaja yang kitak milik itu sebenarnya bukan milik kita..milik Allah jua.Sebab itu kita akan kerosakan barang, harta benda, kehilangan, kebakaran, haus, luput, lebur, hancur dan seumpamanya kerana kita tidak memiliki apa-apa.Allah lah pemilik sejati sebab itu segala-gala kembali pada-Nya.Semuanya milik DIA..kita MESTI sedari hakikta itu barulah kita sentiasa reda dan berlapang dada bila menerima sebarang musibah atau ujian dari-Nya.

RINDU DATANG LAGI...

Duhai kasih..
Andai hujan turun di rembang senja
dan tempias membasahi pipimu
itulah tandanya
aku masih menyayangimu...

Kiranya tiupan bayu
mengusap lembut rambutmu
anggap itu
aku yang melakukannya
dengan gemalai,
penuh mesra dan kasih sayang
aku hadir bersama
desiran bayu
menyapa dan menikmati
keayuan wajahmu

Kasih...
Andaikata...ratusan batu jarak kita
demi ikatan cinta sejati
dengan sumpah setia
janji percintaan kita
tetap ku harungi jua
cabaran yang melintang
kerna ku tahu hanya kau di hatiku.
selamanya.

Andai kedengaran guruh di langit
itu tandanya
aku mengejutkan dirimu
dari lamunan
agar terhenti seketika
kerana aku sedang berdiri
di hadapanmu..
ingin ku ungkapan
perkataan keramat
"I LUV UUUUUUU"...

Kembali pada-NYA

Terbujur kaku
wajah memucat, mungkin kuningan
tersedu, sayu, manik-manik jernih
membasahi pipi
tetamu menziarahi...
Terimbau kenangan waktu bersama
selagi hayat dikandung badan..

Kini,
kita kan pergi menemui pemilik hakiki
Entah bahagia
entah menderita
diusung bersama
3 bekalan untuk 'makan' di sana
anak yang soleh dan solehan
sedekah jariah selama di dunia
dan amalan baik
sewaktu fana

Buat yang menzirahi
rakan, jiran, ahlu bait mahupun siapa
jua..
pasti menyusul bila tiba saatnya
Redha la pemergianya
Allah sayangkan dia
Allah menagmbil semula hak-Nya
Allah Maha Berkuasa
Allah la tujuan kita

Tiada pasport untuk ke sana
tiada pemerikasaan keselamatan
tiada bayaran
tiada sekatan
tiada syarat membosankan
tiada waktu untuk menunggu giliran
tiada masa, sampai saatnya. sempurna
janji kita dengan DIA
kita kan ke sana.

Tunggulah giliran kita.
pasti
KEMBALI PADA-NYA.

LUAHAN RASA II

Semalam,
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya rasa indah
membalut hati resah
untuk tenang seketika...
lupa pada kekusutan menerpa.

Dan hari ini,
terasa madu ini kian susut
entah,..
tertahankah kita pada hukum alam
kitakah yang tertewas pada warna kehidupan
menatap sepi kelam senja
mengucapkan salam perpisahan.

Entah esok kita kan bersama lagi
melepaskan rasa luka
melepaskan benak terpendam
pada lingkaran waktu
kemesraan berpupuk
semakin menghilang.

LUAHAN RASA..

Haruman mawar, kehijaun herba
dan mekar kembangyna kemboja
menjadi saksi setiap detik kita bersama...
dengan serpihan warna cinta
bertaburan dari sebuah epilog
impian semalam merentangi gurun perasaan
kemarau tanpa air hujan ketabahan

Usah ditangisi takdir perpisahan,
tidak juga menyesali sebuah pertemuan
dengan langkah sayu namun tanpa sendu
melalui pengakhiran ini
dengan rela mu...
terima kasih.

Tuesday, February 2, 2010

POLIS ASYIK NAIK GAJI JEEEE?....

Sewaktu Tun Abdullah menjadi PM...berlaku perubahan gaji, semua kakitangan awam terlibat termasuk pasukan polis..Kemudian pihak polis dapat lagi perubahan gaji yang dipohon oleh pihak pengurusan polis.Sekarang naik gaji lagi...berapa banyak dia orang dapat naik gaji ni?Kakitangan awam yang lain....tidak dapat apa pun.Kerajaan nampaknya asyik membuat perubahan gaji untuk polis dan tentera je?...Dalam 5 tahun ini sudah banyak kali mereka dapat kenaikan gaji....kalau nak buat perubahan untuk gaji buatlah untuk semua..kakitangan awam lain pun manusia gakkk...ada tanggungjawab, ada hutang dan bebanan lain jangan asyik jaga polis je.Cuba tengok pihak polis tu...kereta-kereta mereka lain macam je mewahnya betul ke mereka tu tak mampu?...