Monday, September 27, 2010

PRK DUN GALAS...

Al-Fatihah dan takziah buat Arwah Che Hashim Sulaima;ADUN Sg. Galas yg telah kembali ke rahmatullah petang tadi [lebih kurang jam 4.30 ptg, 27 September 2010 ].Pemergiannya adalah rahmat Allah ke atas derita sakitnya selama ini.Bebanan sebagai ADUN terlerai sudah. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbannnya selama ini.Diharapkan ada ibadah yg dilakukan beliau selama menjadi seorg YB di Sg.Galas.

Jika PRU13 masih berbaki lebih setahun lagi maka PRK Sg.Galas akan dilangsungkan selepas ini.Tergantung kepada SPR dan speaker DUN Kelantan dlm menguruskan soal kekosongan DUN dan penamaan calon bagi DUN yg bakal diisytiharkan kosong itu.

Perang poster antara PR dan rakan2 dgn BN dan rakan2nya akan rancak bila SPR mengesahkan calon2 yg akan bertanding.Siapa pilihan rakyat kali ini?PR atau BN..kita tunggu suara rakyat di DUN Sg.Galas,samada BN terus kena 'galas' atau PR berbelas.Hanya Allah yg mengetahui.Apapun didoakan,kemenangan berpihak kepada pihak yg menjunjung tinggi segala hukum2 Allah.

No comments:

Post a Comment