Wednesday, September 29, 2010

GILA GELARAN...

Manusia hari ini akan melakukan apa sahaja utk menampakkan diri mereka hebat.Bermula dgn gelaran 'datuk' palsu, terkini timbul pula PhD palsu dari universiti yg juga palsu.Tidak wujud pun universiti berkenaan.Lagi satu,benarkah mereka memiliki PhD jika idea dan hujah2 mereka tidak menunjukkan mereka ini berkelulusan tahap itu.Kalau bercakap pun tidak ada keyakinan,hujah yg dibentangkan pun tergagap2,penggunaan bahasa pun tidak begitu lancar,menampakkan mereka ini dangkal ilmu.Saya khuatir, tidak lama lagi negara kita bukan sahaja dipenuhi dengan 'datuk2' muda yg palsu,malahan doktor falsafah [ PhD ] yg palsu.Kemudian mereka ini menceburkan diri dlm perniagaan atau bidang tertentu yg boleh membuktikan pangkat dan kelulusan mereka itu seolah2 benar. Itulah namanya manusia yg tidak sedar diri.Sangup membeli semua benda di pasaran terbuka semata2 utk nampak diri hebat dan bergelar.

No comments:

Post a Comment