Tuesday, September 28, 2010

PERKASA perlu buktikan...

Apakah benar PERKASA itu mmg perkasa?

Wisel pertandingan di DUN Galas akan ditiup oleh SPR tidak lama lagi.Dgn tempoh DUN tersebut belum mencecah 3 tahun dari PRU12 yg lalu maka pertandingan utk mengisi DUN tersebut perlu dilakukan.Kematian ADUN Galas,Allahyarham Che Hashim Sulaima akan membuang ruang kepada UMNO utk menebus kekalahan lalu.PAS pula akan mempertahankan hak mereka.Cuma yg menariknya di sini ialah,apakah NGO sekali dengar macam ngo [ bahasa kelate bermaksud tidak cerdik @ bodo [ bodoh ] ]yg bernama PERKASA akan turun gelanggang utk menyinsing lengan beradu kekuatan.Jika sebelum ini presiden, seperti yakin NGO yg dipimpinnya itu mendapat sambutan org Melayu maka PRK DUN Galas inilah tempatnya utk membuktikan kata2nya itu benar.Kebetulan pulak DUN Galas adalah di Kelantan,negeri Datuk Presidennya sendiri,sedang molek la kalau dia mencalonkan dirinya..mana tau untuk sabut timbul,untung batu tenggelam walaupun keuntungannya itu sekadar sabut dan batu sahaja la.

Andai dia tewas maka selepas PRK itu maka PERKASA tersebut akan menjadi pekasam,sebuah pertubuhan yg 'tidak ttaso' [ tidak berupaya utk bergerak @ melakukan kerja2 berat ].Apakah NGO itu bertukar fungsi menjadi 'pertubuhan ngo'. Masih tidak sedar perjuangan mempertahankan bangsa ditentang oleh Islam.Sebagai seorg yg mengaku Islam mengapa mereka tidak menjadikan NGO itu satu gerakan yg memperjuangkan Islam kalau benar PAS itu satu gerakan Islam yg tidak 100% menepati ciri2 Islam yg diakui Nabi?Mengapa mereka lebih condong kepada perjuangan bersifat assobiyah?.Sdgkan perjuangan itu tidak menepati perjuangan Nabi.Perjuangan itu batil dan sia2.

Usahlah membuang masa memperjuangkan satu hasrat yg tidak bertepatan dgn Islam.Bukan sahaja org Melayu faham Islam akan menentang malahan kaum bukan Melayu juga akan menentang kerana ia dianggap 'rasis'.Sebuah NGO yang dipertikaikan oleh kaum bukan Melayu.Sdgkan Perlembagaan Negara kekal menjamin hak2 Melayu yg telah lama termaktub dlm perlembagaan tersebut.

Masih ada pandir pada zaman moden ini.Kadangkala merasakan cerdik rupanya cerdik mereka itu dlm kalangan mereka yg secerdik mereka sahaja.Kalau dilihat oleh cendikiawan sebenar,maka mereka itu tidak menepati ciri2 cerdik.Org tiup serunai pakai mulut,dia pakai hidung.Memang nampak hebat,pelik dan istimewa tetapi kurang cerdik la.Lagak seperti itu hanya boleh dianggap hebat jika dilakukan oleh OKU sahaja kerana mereka mungkin tidak memiliki mulut yg sempurna.Kalau mempunyai mulut yg elok,tetapi masih meniup serunai guna hidung,itulah dinamakan 'tidak berapa saro' [ tidak betul cara pemikiran-kurang waras ]

No comments:

Post a Comment