Wednesday, September 22, 2010

PILIHLAH AGAMA...

Utusan Agung ALLAH Azzawajjalla; JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW diamanahkan utk menyebarkan ISLAM utk seluruh umat manusia di planet bumi ini.Baginda tidak sesekali memperjuangkan bangsanya iaitu BANGSA ARAB.Baginda tidak pernah berbangga2 dgn bangsanya sebagai bangsa Arab tetapi Baginda menumpukan sepenuh usaha, masa,tenaga dan mindanya utk berdakwah menyebarkan ISLAM.Agama yg syumul.Agama yg diiktiraf oleh ALLAH sebagai satu2nya agama diakui kebenaran sampai akhir zaman.Baginda sanggup menggadai nyawa mempertahakan agama yg dibawa.Para sahabat baginda juga begitu.Sudi hidup miskin.Semua harta diserahkan utk agamanya.Bila ditanya,apa lagi yg mereka ada.Cukuplah Rasul dan Allah utk mereka.Begitu hebat,begitu taat dan begitu bulat para sahabat berjuang mempertahankan agama.Agama itu bersifat sarwajagat,bersifat universal.Maka jangan kita keliru antara perjuangan menegakkan agama dgn perjuangan mempertahankan nasib bangsa.Berdakwah menyebarkan agama itu adalah SUNNAH dan berjuang mempertahankan bangsa itu adalah ASSOBIYAH.Pilihlah amalan sunnah kerana itu ikutan dan pegangan AHLUL-SUNNAH WALJAMAAH.

No comments:

Post a Comment