Monday, February 15, 2010

SEKUNTUM MAWAR MELAMBANGKAN SERIBU BAHASA

Mawar lambang kasih sayang
sekuntum pun ada maknanya
dua kuntum pun ada maknanya
tiga kuntum juga sama
cuma tiga kuntuman mawar
itu maknanya
"aku menyintai mu"
mudahnya mencari cinta
mudahnya menyerah cinta
mudahnya untuk bercinta
dengan sekuntum mawar
kita alpa
kita terpedaya
kita terkulai
kita terjual
kita tergadai..

Kenapa mudahnya
kita menghulur jiwa
menyerah tanpa cagaran
pada lelaki bernama
mata keranjang?
Mudahnya cinta kita
murah nilainya
nipisnya jiwa
kita bergantung
dengan sehelai benang
diperbuat janji palsu semata

Aduhh..
kerana mawar cinta ternoda
jiwa merana
merekah jiwa
memerit rasa
terpesona dan terkulai duka
dek panahan asmara
kuntuma mawar.

Usahlah terpesona,
dek huluran sejambak bunga
kerana walaupun sekuntum
ia melambangkan seribu bahasa
jangan begitu mudah
kita terjemahnya
kelak kita jua yang merasa
biarlah mawar
pengikat mesra
antara dua jiwa.

No comments:

Post a Comment