Friday, February 5, 2010

RINDU DATANG LAGI...

Duhai kasih..
Andai hujan turun di rembang senja
dan tempias membasahi pipimu
itulah tandanya
aku masih menyayangimu...

Kiranya tiupan bayu
mengusap lembut rambutmu
anggap itu
aku yang melakukannya
dengan gemalai,
penuh mesra dan kasih sayang
aku hadir bersama
desiran bayu
menyapa dan menikmati
keayuan wajahmu

Kasih...
Andaikata...ratusan batu jarak kita
demi ikatan cinta sejati
dengan sumpah setia
janji percintaan kita
tetap ku harungi jua
cabaran yang melintang
kerna ku tahu hanya kau di hatiku.
selamanya.

Andai kedengaran guruh di langit
itu tandanya
aku mengejutkan dirimu
dari lamunan
agar terhenti seketika
kerana aku sedang berdiri
di hadapanmu..
ingin ku ungkapan
perkataan keramat
"I LUV UUUUUUU"...

2 comments:

  1. hye thax for the comment..
    nak kata artis to takada lah.. kurniaan tuhan..
    nway keep in touch.. :D

    ReplyDelete
  2. ingin ku ungkapkan ayat keramat 'aku teramat mencintai mu'

    ReplyDelete