Saturday, February 13, 2010

BIJAKSANA BUKAN HANYA KEPADA TUTUR KATA

Kalau kita inginkan sesuatu itu memberi kesan kepada pendengar, maka kita perlu bijaksana memilih keadaan.Sebagai perbandingan,jika ingin pendengar merasa gerum, seram atau takut bila kita bercerita pasal hantu atau kisah-kisah menakutkan maka kita perlu membawa mereka ke kawasan perkuburan, pada waktu malam atau mungkin di tengah-tengah2 hutan belantara.Dalam keadaan sebegitu, pasti yang mendengar terasa takut atau berkesan kepada jiwa mereka.Kalau kita bercerita pada waktu tengah hari buta, dalam suasana orang ramai pasti matlamat kita tidak kemana,tidak memberi kesan kepada pendengar kita. Orang berdakwah begitu juga, perlu bijaksana.Jika kita perokok tegar, usahlah kita berbicara pasal makruh dan haram di depan sasaran kita kerana usaha kita itu seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri..

Kita tidak menjaga ahli keluarga kita mentaati syariat Allah tetapi kita keluar berdakwah menyeru orang lain agar mengikuti perintah Allah dan sunnah Rasul-Nya itu menunjukkan kita munafik.Menjaga tepi kain orang, tepi kain kita hancur berkecai..kebijaksaan itu bukan terletak kepada tutur kata kita semata-mata tetapi terletak kepada amalan dan apa yang telah kita terap dalam keluarga dan kehidupan kita seharian.Masyarakat 'melihat' secara menyeluruh pasal kita justeru kalau kita memang 'seorang insan' maka mudahlah kerja kita.Apa pun kerjaya kita...

No comments:

Post a Comment