Monday, February 28, 2011

PRK : Projek segera senjata pancing undi

Setiap kali berlaku PRK maka mcm2 projek diberikan utk rakyat dalam DUN berkenaan.Tetiba sahaja lambakan projek dilimpahkan dalam DUNyg terlibat dgn PRK itu.Kalau benar semua projek itu sudah lama dibincangkan dalam Parlimen dan di sidang DUN negeri mengapa pulak kawasan bersebelahan atau DUN bersebelahan sunyi sepi dari segala pembangunan atau projek mee segera berkenaan?.

Difahamkan kalau beri projek bernilai ratusan juta maka akan dituduh kerajaan nak beli undi,nak bodek rakyat di DUN berkenaan tapi kalau semua janji yg dilimpahkan itu seperti, dewan,gelanggang futsal dan seumpamanya apakah itu bukan gula2 utk memancing undi ker?.

Kalau benar itu bukan utk pancing undi,apa salahnya semua DUN dalam parlimen tersebut diberi projek yg berkaitan utk kebaikan rakyat setempat.DUN Kerdau dijanjikan mcm2 projek dan pembinaan utk rakyat sedangkan DUN sebelahnya tidak menerima apa berita gembira.Begitu juga DUn Merlimau,saban hari para menteri mengumumkan pelbagai projek dan pembangunan mengikut kementerian masing2.Sdgkan DUN dalam parlimen Jasin yg tidak terlibat PRK tidak ada sebarang khabar gembira dari kerajaan.Adilkah macam tu.Jika begitu..pakah perlu rakyat mendoakan agar ADUN mereka meninggal supaya mereka akan terlibat dgn PRK baru utk dapatkan projek dan limpahan pembangunan segera.

Berkhidmatlah sejujurnya.Jgn hanya berlaku PRK maka utk pancing undi,untuk raih kemenangan, pelbagai projek bernilai jutaan ringgit diumumkan oleh pelbagai kementerian.Bukankah itu semua satu rasuah politik yg dikatakan pembangunan utk rakyat.Menjadikan PRK utk menghalalkan rasuah politik sdgkan selama ADUN lama masih ada,tidak kedengaran pun projek2 itu ingin dilaksanakan.Mmg berpura-pura dan menipu rakyat secara terang.Kalau bukan kerana PRK, pasti penduduk dalam DUN terlibat tidak akan merasa pembangunan yang dijanjikan seperti pembinaan sekolah baru, dewan futsal, dewan orang ramai dan seumpamanya.Pembinaan kuil atau apa2 rumah ibadah juga tidak akan menjadi kenyataan.

Masalahnya yg sering terjadi,bila PRK berlalu dan kemenangan menjadi milik parti berkenaan maka semua janji,semua projek yg dijanjikan tetiba lenyap.Kalau sedang dibina pun tetiba menjadi projek terbengkalai.Kalau siap pun ambil masa yang teramat lama tidak seperti yg dijanjikan sewaktu kempen.Sudahnya rakyat yang sering ditipu dan dipermainkan sesuka hati.Rakyat pula walaupun sudah puluhan kali dipermainkan begitu masih tidak serik2.Nak juga percaya,nak juga yakin bahawa apa yang dijanjikan itu benar2 akan menjadi kenyataan.

Selalunya menanam tebu di bibir mulut sahaja yang sering tejadi.Manisnya cukup terasa tapi hanya di alam angan2 sahaja.Pada hakikatnya jauh panggang dari api.Rakyat selalu ditindas dgn janji2 manis.Kalau benar semua jaji pembangunan seperti yg dilakukan pada setiap kali PRK@PRU berlaku, rasanya dah lama Malaysia ini menjadi negara maju tak perlu tunggu sehingga tahun 2020.

No comments:

Post a Comment