Monday, March 7, 2011

PRK : Lawan sekadar nak bantu rakyat dapat pembangunan...

Tahniah UBN kerana menang di kedua2 PRK DUN Merlimau dan Kerdau.Mmg UMNO perlu menang sbb itu kawasan UBN.Kalau kalah dlm saat2 begini maka itu satu alamat tidak elok buat UBN.PRU13 makin hampir..

Bagi pakatan pembangkang, kalau selepas ini ada lagi PRK di kawasan UBN,ambillah pendekatan tidak perlu bertanding.Kalau sekadar nak berdakwah apakah benar unsur2 dakwah diterapkan semasa berkempen.Kalau sama naik dgn caci maki,tuduh menuduh mana erti dakwah yg dimaskudkan.Lagipun skrg period PRU13,berikan kemenangan sementara buat UBN.Kalau lawan pun peluang nak menang agak sukar.UBN mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan sbb mereka pemerintah negara.Bayanglah...

Namun kalau tidak bertanding membuatkan UBN tidak langsung memberi pembangunan segera atau projek mee segera kepada penduduk tempatan yang kehilangan ADUNnya elok juga pembangkang bertanding bukan apa pun sekadar mempastikan kerajaan@UBN terpaksa melambakkan pelbagai projek pembangunan.Seluruh pemimpin akan dtg menjenguk dan mengumumkan macam2 projek.Itu satu bakti juga utk rakyat.Kalau tak bertanding mungkin UBN tidak beri apa2 utk rakyat sbb kemenangan sudah dlm tangan.Maka bertanding sbb nak tolong rakyat dapat pembangunan segera itu satu tindakan mulia dan wajar.

Begitu juga UBN,kalau kawasan PRK itu kawasan pembangkang,berilah laluan kepada pembangkang.Bertanding pun akan rugi duit,masa dan menyakitkan jiwa.Rakyat dihidangkan dgn pelbagai gelagat tidak cerdik pemimpin mereka sahaja.Baik menunggu PRU13.Itu peperangan politik sebenar.

Melainkan kalau DUN tersebut menentukan majoriti 2/3 maka lawanlah, itu perlu utk kedua2 pihak.Mana tau untung sabut timbul,untung batu tenggelam.Dalam perang politik,yg kalah pun pemimpin negara juga,yg menang pun pemimpin negara juga.Politik muafakat itu lebih mulia.Bertolak ansurlah utk kebaikan bersama.Jangan nanti yg menang jadi arang,yg kalah jadi abu.Peristiwa yang terjadi di  negara2 Teluk perlu dielakkan.



No comments:

Post a Comment