Mulai 6 April nanti DUN Sarawak rasmi dibuka utk pertandingan.Tanggal 26 April segala penantian pun berakhir.Segala perang psikologi,taktikal, pendekatan, strategi dan mcm2 helah yg digunakan akan terjawab.
Terbaru VCD lucah kononnya DSAI menjadi watak utamanya tersebar.Peliknya VCD hitam putih.Zaman ICT ni mana ada lagi org buat dlm hitam putih.Sdgkan rakaman itu dikatakan kononnya berlaku 21 Februari yg lalu.Tahun 2011 ni,masih baru.Lucunya kenapa rakaman itu dlm hitam putih..tanya dan jawab la sendiri.
Sebenarnya bila VCD sedemikian terbongkar di saat PRU13 dan DUN Sarawak dibubarkan pasti rakyat dan khalayak akan melihat itu satu perang psikologi utk pilihanraya.Kalau pun benar kenapa tetiba diletupkan oleh mereka yang dipercayai ada dendam yang tak sudah terhadap tertuduh?.Kenapa mereka?.Di sini wujud lagi 1001 persoalan.
Kemudian mereka itu juga telah mengaku memiliki, menayang secara terbuka di premis kerajaan di CARCOSSA SRI NEGARA.Premis milik kerajaan.Bukan senang nak masuk ke situ apatah lagi nak tayang benda lucah namun dlm hal ini semuanya terlepas mendapat 'kebenaran' mungkin dari pihak2 tertentu.Kerajaan nak lepas tangan mmg tak boleh sbb premis itu milik mereka.Kalau pengedar VCD lucah pasar malam pun pasti dah ditangkap dan dihukum namun mereka bertiga 'DATUK T ' dilepas dgn pelbagai hujah dan helah.Rakyat juga makin bertanya2.Kalau silap atur makanya kerajaan tak semena2 menerima padah.
Begitulah selalunya..silap perancangan akan makan diri.Kalau benar sekalipun itu Anwar sukar utk dibuktikan kerana dari awal lagi2 sudah seperti ada rancangan rapi utk pendedahan VCD berkenaan.Sidang akhbar pun ternampak ada main silap mata.Pakar body language pun boleh mambaca berak badan mereka yg bercakap,menjeling dan merenung.Entah la.
PRU13 makin hampir.Kalau DUN Sarawak BN menang besar maka PRU13 akan dilaksanakan tahun 2011 ni juga. Cuma apa yg tercetus ni [ VCD lucah ] menjadi satu duri dlm daging pula kepada UMNO dan BN.Kalau silap perhitungan akan menjadi umpama senjata makan tuan.
Demi kuasa dan pangkat,sanggup lakukan apa sahaja.Ingat..walau siapa pun kita,lambat laun kita akan MATI.Kematian menjadi penamat segala helah dan niat jahat kita.Kita akan bawa semua rekod kita di dunia mengadap Rabbul-Jalil.Di sana..sebesar zarah pun tidak terlepas.Duit byk,harta menimbun pun tidak mampu membantu.
Baik kerajaan mahupun pembangkang,biarlah menang dgn jujur dan amanah,kalau kalah pun biarlah dgn bermaruah.Politik tu politik juga tapi kalau mati dihumban ke neraka buat apa?.Fikir2kanlah..
No comments:
Post a Comment