Ramai manusia boleh hidup dalam kemiskinan tetapi hanya sedikit yang mampu mengurus kekayaan.Setelah mereka kaya mcm2 kerenah dan tabiat buruk akan mula ditonjolkan. Seseorang yang hidup dalam keadaan serba sederhana mampu utk mengurus hidup menepati kehendak Islam namun setelah harta melimpah ruah mula la mereka lupakan Allah,lupa utk melunaskan tuntutan dan suruhan Allah.
Kesibukan mengurus harta lebih penting daripada berhenti sejenak utk menunaikan solat dan seumpamanya.Bermesyuarat berjam2 lama sehingga waktu solat terlepas begitu sahaja tanpa sebarang rasa bersalah.'Time' utk bertemu pelanggan atau pihak tertentu lebih penting,lebih dititikberatkan berbanding time utk 'bertemu dan bermunajat' dgn Allah.
Seseorg pemimpin sebelum bergelar pemimpin nampak elok dan cukup berwibawa utk diberi tanggungjawab sebagai YB.Namun sebaik disahkan menjadi ADUN atau MP,sekelip mata mereka berubah.Daripada asalnya serba sederhana,hidup sekadar ada dan tidak begitu tamak dunia tetiba bertukar watak.Idealisme perjuangan hilang entah kemana.Kereta mula mewah, rumah bertukar baru,rumah lama dibaikpulih dari setingkat menjadi bertingkat, penampilan juga sudah berubah,dulu mudah didekati sekarang terlalu sukar utk ditemui.Sekelilingnya dipagari kroni dan juak2 yg sentiasa mengampu bosnya.
Kalau yang berkuasa ini dibiarakan lama berkuasa,dibiarkan lama mengaut kekayaan pasti lama kelamaan akan menjadi diktator.Sudahnya apa yang berlaku di MESIR akan berlaku di mana-mana.Pemimpin pada awalnya begitu mengambilberat isu rakyat dan kebajikan rakyat namun bila terlalu lama berkuasa,watak dan perwatakan akan berubah.
Garis pemisah antara rakyat makin berjarak.Hartanya makin menimbun, pengawal peribadi bertambah.Bertambahnya pengawal peribadi bermaksud keselamatannya makin terancam.Mengapa begitu?Jika tidak kerana harta dan kekayaan yg dimiliki.nya.Kalau pemimpin tidak membolot harta rakyat pasti tiada siapa utk mengancam nyawa pemimpin,kalau pemimpin berkhidmat utk rakyat, tidak perlu dirisaukan keselamatannya kerana tiada siapa yg cemburu atau dengki.
Masalahnya pemimpin ni cakap je nak berkhidmat utk rakyat namun belakang tabir mcm2 gelagat negatif yg mereka lakukan tanpa disedari rakyat.Perempuan, maksiat, rasuah, penyelewengan tidak dapat dielak kerana mereka sengaja terjun dalam lubuk kemusnahan tersebut.
Dan hari ini, majoriti pemimpin akan menjadi hubbuduniyya.Tamak kuasa dan harta.Hilang pertimbangan, hilang prinsip perjuangan bila sudah kaya dan banyak kuasa.Ketamakan dan kerakusan kepada kuasa dan kekayaan akan membuatkan mereka ini sudah tidak lagi nampak kepentingan berkhidmat utk rakyat.Mereka semakin hari makin rakus kepada mengumpul kekayaan dan leka dibuai kemewahan yg melimpah ruah.
Sebelum kaya,sebelum bergelar pemimpin,semuanya elok,baik,positif,tidak mementingkan harta,mudah didekati rakyat namun selepas kaya dan bergelar pemimpin..segala2nya berubah...hanya mereka yg benar2 berpegang teguh kepada agama yang mampu hidup qanaah selamanya.Zaman khalifah,pemimpin kaya menjadi miskin,zaman moden ini pemimpin dari miskin menjadi kaya..itulah bezanya.
No comments:
Post a Comment