Friday, February 4, 2011

UMNO TANAH MERAH ; Harapan atau ilusi?

SENARIO semasa UMNO Bhg Tanah Merah seperti menampakkan sinar.Ada sinar sdg menebarkan cahayanya.Riak-riak utk bangkit semula sudah mulai kelihatan.Carik2 yg selama ini terkopak dan renggang mulai merapat semula.Derap langkah kepimpinan yg mulai mengambil pelbagai pendekatan utk menyatukan semula semua hulubalang yg memiliki kekuatan masing-masing sedang rancak dilaksanakan.Namun apakah semua itu sekadar ilusi atau benar2 harapan yang bakal dilamar ke alam nyata.Sejujurnya...jauh panggang dari api.Untuk melihat UMNO kembali gah umpama mengharapkan matahari di musim tengkujuh.

Keletihan mereka yg memimpin tidak akan terbalas jua.Madu yg diberi hanya madu campuran gula akan dibalas mereka.Madu juga tapi madu tidak asli.Rakyat Tanah Merah adalah mereka yang bijak berpolitik.Mcm mana pemimpin bahagian naik maka mcm tu lah juga rakyat akan jatuhkan kepimpinan.Tak percaya?Tunggu PRU13 nanti.

Kebanyakan mereka yg berkepit ke hulu ke hilir umpama sokong membawa rebah.Pemimpin merancang mereka juga merancang.Apa yg dirancang sebenarnya bersilang arah.Pengikut merancang untuk jatuhkan mereka yg sdg berkuasa.Pemimpin pula berangan2 seperti menaiki perahu tanpa pendayung.

Setiap kali kepimpinan berubah maka setiap kali itu juga akan berlaku cah keting dlm UMNO.Menang sorak kampung tergadai.Memang melihat arus,cukup tenang.Tiada tanda UMNO mengalami kesukaran utk menang dalam PRU akan datang.Namun kalau ditilik sehalus mungkin,dibuat kajian sedalam mungkin sebenarnya UMNO Tanah Merah masih jauh utk menang.Halangan-halangan yg bakal muncul ialah dari mereka yg mmg ahli UMNO itu sendiri.

Perpecahan yang berlaku sewaktu sesi pemilihan lalu belum sembuh sepenuhnya.Mereka yang menang merasa happy kerana merasa mereka sudah berjaya menyusun kekusutan menjadi murni dan harmoni.Itu saya katakan tadi..rakyat Tanah Merah mmg bijaksana.Mereka juga sdg menyusun strategi.Mereka akan lumpuhkan bakal2 calon UMNO Tanah Merah dlm PRU nanti.

Pelanduk sering melupakan jerat namun jerat tidak pernah lupakan pelanduk.Silap langkah pelanduk akan terjerat semula.Ruang yang terdedah akan diisi dgn plan dan strategi oleh mereka yang terluka.Akhirnya yang menang tidak menang semua,yang kalah akan menang juga akhirnya.Ada kelam di hujung sinar.Kalau tidak berhati-hati calon2 yg bakal menawar diri akan terkulai di kaki penyokong sendiri.

Pengundi luar jgn diambil mudah.Pengundi luar tidak pernah lupa mengikuti setiap inci perkembangan politik daerah mereka.Apa yg terjadi dan bakal terjadi kadang2 mereka tahu lebih awal.Itulah bijaknya org Tanah Merah.Ada 'SB politik' yg menyalurkan semua maklumat buat mereka.Kalau kecewa dgn sikap pengundi luar kerana duit habis undi entah kemana maka jaga betul2 pengundi luar kerana mereka ini ada pengaruh dan pengikut masing-masing.Pengundi luar tidak harapkan ehsan atau bantuan kewangan sesiapa utk balik mengundi.Kalau diberi mereka ambil,undi belum tentu utk mereka yg memberi.

Tanah Merah ada 3 DUN dlm parlimennya.DUN Bkt Panau,DUN Kemahang dan DUN Gual Ipoh.Antara 3 DUN itu mana satu UMNO merasakan mereka rasa yakin utk rampas semula?.DUN Bkt Panau rasanya agak mustahil utk dirampas semula.Ketokohan Dr.Abdul Fatah Mahmood masih unggul utk ditewaskan.Sehingga kini org UMNO sendiri mengakui kawasan DUN Bkt Panau akan kekal dlm genggaman Dr. Fatah.DUN Kemahang juga masih sama kerana Datuk Mejar [B] Anizam Abdul Rahman masih mendapat tempat di hati rakyat.DUN Gual Ipoh seperti nampak sedikit tergugat,UMNO ada harapan utk merampas kembali cuma betulkah penyokong UMNO solid akan mengundi calon yang bakal beradu di situ?.

Seperti dikatakan tadi,penyokong bijak bermain angin dgn pemimpin.Mereka meminta macam-macam,pemimpin seboleh mungkin akan memenuhi semua permintaan itu.Akhirnya wpun menang kampung tergadai.Rakyat akan kekal membuat protes atau cah keting atau boikot undi.Sudahnya PAS akan kekal lagi di situ.

Bekas pemimpin seperti Datuk Ir Saari, Nik Amir dan kumpulannya mesti masih terasa dgn apa yang telah berlaku.Mereka kalah dgn seni politik yg sengaja dirancang dari awal.Jgn lupa Datuk Supardi,dia juga ada rencananya sendiri.Mereka ini juga bukan sembarangan orang.Duit bukan masalah kerana mereka adalah org2 kaya..hahahahaaaa.Org Tanah Merah mmg kaya raya.

Percaturan politik.Kalah pemilihan mereka akan cuba 'menang' dlm PRU akan datang.Datuk Ikmal dan bala tenteranya perlu berhati-hati.Onak dan duri masih bersepah di jalanan.Kalau lupa memakai kasut bertapak tebal maka tidak mustahil kaki mereka akan terluka.Mungkin cedera parah kalau duri yg dipijak itu 'duri tambun taik' [ sejenis duri yg cukup berbisa ].

Jangan disangka air yg tenang tiada buaya.Ketenangan itu adalah satu strategi utk menyusun percaturan dan helah bagaimana utk 'membalas dendam'.Mungkin hari ini kelihatan semuanya ok,semuanya dlm kawalan semuanya seperti selamat.Zon selamat untuk UMNO Tanah Merah ketika ini tapi itu cuma wayang kulit.Kalau sesiapa sering menonton wayang kulit pasti tahu cerita yg dibuat adalah buah fikiran tok dalangnya sahaja.Maka senario yg terjadi di Tanah Merah umpama mainan wayang kulit.Tok Dalang mmg ada.Tok-tok dalang inilah yg sedang main wayang kulit utk menampakkan suasana terhibur dan menyegarkan jiwa2 yg dahagakan kemenangan.

Namun hakikatnya tok-tok dalang tadi ada agenda tersendiri.Hidden agenda hanya mereka yang tahu.Secara asasnya mereka akan membuat 'come-back' dgn kejutan buat UMNO bahagian terutama dlm PRU nanti.Rasanya akan ramai nanti muncul manusia akan bilang tin tepi jalan, jaga trafik di persimpangan atau pun menangis tak berlagu.Angan-angan mat jenin akan menjadi dendangan semua org UMNO di Tanah Merah selepas PRU13 nanti.

Mainan politik org UMNO Tanah Merah mmg cukup licik sejak dahulu kala.Kalah di sana menang di sini,menang di sini kalah pulak di sana.Kalau merasa sombong dan gah dgn kuasa maka jangan terkejut kalau tetiba tsunami berlaku.Selagi mereka bernama manusia,selagi mereka bermain politik maka pentas yg terhidang akan dipenuhi oleh manusia 'bijaksana dan bijaksini'.

Lepas PRU nanti yg penuh kantung ialah tokey kedai makan, pemimpin bawahan yang mudah dibeli,org-org yang mmg menunggu peluang utk menangguk.Mereka yang merah padam mukanya ialah calon2 yg bertanding,duit habis, tenaga habis, masa terbuang, hutang keliling pinggang, undi hilang..rakan2 yg selama ini berkeliling di meja2 makan tersenyum puasa.Mereka dpt bahagian mereka,kenyang.Itulah politik Tanah Merah.Nak gelak pun ada,dlm seronok melihat pemimpin bertungkus lumus berkerja,tanpa mereka sedar sebenarnya mmg ada kumpulan-kumpulan [ tidak bersama tapi satu matlamat ] sdg merangka plan utk tumbangkan calon2 yg mereka tidak sebulu.

Kalau kepimpinan bahagian bijaksana mereka akan cepat2 membuat penyusunan semula.Ada duri dlm daging dan mmg ada duri juga di luar daging malahan penuh duri sepanjang perjalanan.Menunggu masa.Sekarang mereka hanya mengisi masa sehingga sampai masa.Gelak ketawa, selamba dan selekeh mereka hanya strategi politik agar mereka tidak dipandang atau disyaki apa2 sdgkan mereka org-org bijaksana.Org kaya boleh berlakon miskin,org cerdik boleh berlakon bodoh.Jgnlah pihak yang sdg berkuasa terjerat dgn mainan sendiri..TAK PERCAYA?. Tunggguuuuuuuu...


2 comments:

  1. Arena wati kata"Sesuatu ada ketikanya, sesuatu ada hadnya..seseorang, pada suatu ketika, dalam sesuatu keadaan,harus menentukan pilihan"

    UMNO Bahagian Tanah Merah bagaikan kasturi yang sudah hilang harumnya..Mawar tak berkuntum..cinta tak bersambung..Buatlah apa pun, DOSA pemimpin sekarang tak terampun..

    Keindahan khabar UMNO Tanah Merah bagaikan ISTANA PASIR..datang tsunami PRU 13 pasti pemimpin UMNO sekarang akan 'jilat cok'.

    Wang, semua orang minat. waima manusia gila seperti Satar dan Malik Robot pun meminati wang. Apatah lagi yang siuman..TETAPI undi belum tentu..

    Bila ramai begini tidak bermakna kelainan itu adalah nanar, najis atau emosi mereka luka.Jangan sesiapa pandang kelainan itu sebagai satu dosa..kelainan ini adalak kesan sampingan sebab dan akibat bawaan pimpinan yang ada sekarang dizahirkan secara tidak bermoral.

    "BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU LABINYA"
    "MIM TENDAG WAU JADI SARKAS" itulah UMNO Tanah Merah..

    ReplyDelete
  2. Mati jilat cok adalah kematian yg menghinakan..entahlah,manusia hari ini hanya inginkan kuasa dan kedudukan.soal kuasa yg dimiliki melalui lunas2 moral yg bersifat kemanusiaan atau kebinatangan itu urusan kedua,paling utama dan pertama MESTI menang dahulu."Atas prinsip yg menang mesti menang semua,yg kalah mmapoh gi la dia"..maka itulah yg sedang membusuk di UMNO Tanah Merah pada hari ini.Nampak je seperti tidur sebantal rupanya mimpi tetap lain2..kalau sebelum tidur pakai kacamata maka waktu tidur MESTI pakai kacamata kerana dlm mimpi nanti tidak dpt melihat jelas apa yg akan disampaikan melalui mimpi2 itu..jgn nanti terjaga dari tidur kelelahan kerana mimpi itu kadangkala memberi isyarat sebenar..jgn lupa tidur tu basuh kaki dahulu.

    ReplyDelete