Sunday, February 20, 2011

KUBAH MASJID : Mengapa Hijau? Dan mengapa Biru?...

Rata2 kita melihat,mana2 negeri di bawah kuasa BN,kubah masjid mesti berwarna biru.Manakala negeri di bawah Pakatan Pembangkang pula kubah masjid dicar hijau.Bukan menjadi satu kesalahan pun.Namun kedua2 warna itu adalah warna bendera BN dan warna PAS.

Masjid di luar negara mmg tidak menjadi isu pun dgn warna Biru atau Hijau ini.Di Turki, sebuah masjid yang terkenal ialah Masjid Biru.Semua kubahnya berwarna biru.Itu tidak menjadi kesalahan atau apa2 isu sbb di sana bukan melambangkan warna parti Pas atau BN.Di Madinah, Masjid Nabi pun kubahnya berwarna hijau.Itupun tidak menjadi isu sebab BN dan PAS tidak menjadi parti politik opposisi di sana.

Berbalik kepada Malaysia.Warna Hijau aalah sinonim dgn PAS manakal Biru pula sinonim dgn BN.Jika kubah2 masjid diwarnakan dgn warna di atas sedikit sebanyak ia akan memberi tempias kepada kedua-dua penyokong parti berkenaan.

Apa salahnya jika semua kubah masjid di negara ini disyaratkan tidak boleh diwarnakan dengan warna HIJAU atau BIRU.Warna yang dibenarkan hanyalah WARNA KUNING EMAS sahaja.Itu jalan terbaik.Ada manusia fobia dgn warna biru atau hijau.Bagi mereka yang memang tidak taksub dgn warna maka isu warna kubah masjid ini bukan satu perkara besar namun bagi ahli yang 'tidak sekolah',warna2 di atas menjadi garis pemisah utk mereka ke masjid.

Kedua2 pemimpin parti politik berkenaan perlu merenung perkara ini jika benar mereka berpolitik adalah utk kesejahteraan,politik perdamaian atau mengamalkan politik muafakat maka warna2 kubah masjida dalam negeri 'jajahan' mereka tidak menggunakan warna yang boleh merujuk kepada warna bendera parti tertentu.

Apa untung jika mengamalkan politik pecah dan perintah kerana dalam negeri kuasa BN atau negeri kuasa PR,pasti ada ahli parti berlainan.Tidak ada salahnya utk tidak melibatkan masjid dengan sebarang kaitan politik.Kalau isu warna kubah boleh mencetuskan rasa jauh hati umat Islam dgn masjid,apa salahnya kubah tersebut diwarnakan dengan warna selain hijau atau biru?.Warna kuning emas itu lebih sederhana dan tidak menjurus kepada mana2 parti politik.

Bertindak la sebelum keadaan menjadi parah..bijaksanalah mengurus politik...


No comments:

Post a Comment